Pages

@aimaniman |

Kuasa Sarah Menawan Lelaki

Wow bahagianya ko Shuib tq Sarah...
Semoga Didin juga bahagia... tq Sarah

Sarah wanita agung bagi seorang lelaki. Kuasa Siti sarah melengkapkan kehidupan Shuib Sepah yang kini menjadi seorang ayah. Tentulah tanpa Siti Sarah, kehidupan Shuib tak selengkap sekarang. Mana ada lelaki ada anak tanpa perempuan, kerana lelaki pasti x boleh mengandung punya! Kuasa Sarah, isteri adik mama juga tak kurang besarnya. Sarah 'berjaya' mendidik dan mempengaruhi adik mama agar 'menerima' hakikat bahawa kegagalan pertama bukan bererti kegagalan selamanya. Sedikit demi sedikit kuasa Sarah berjaya memberi keyakinan semula untuk adik mama yang selama ini seolah2 'menyalahkan' dirinya padahal kegagalan sebenarnya mematangkan manusia, dik. Tanpa kegagalan dan bangun semula daripada kegagalan,  ibarat lauk kurang garam, sambal kurang tumisannya dan air milo ais kurang gula. Sebagai manusia yang matang kita haruslah melihat kegagalan dari arah positif kerana kegagalan mendewasakan kita, walaupun amat pahit untuk ditelan, tapi insyaallah setelah berjaya mengharunginya kita akan menjadi manusia yang lebih kuat dari hari semalam......

Published with Blogger-droid v2.0.2

OsBon Juara Maharaja Lawak Mega

Mr Os & Abon.. 
 Boboboiyot....

OsBon Fans
JoZan de Best
Tepat ramalan mama.. OsBon Juara
Tepat ramalan mama.., sebab dari awal walaupun x le mama ikuti setiap episod MLM ni tapi OsBon memang ada ummph tersendiri. Ramuan lawaknya cukup sebati dan lengkap perencahnya, mama bukan mudah nak ketawa tapi bila OsBon buat lawak memang tergelak la juga. Cuma ada beberapa isu yang membuatkan mama terfikir sekejap :
1. MLM anjuran Astro Warna so pemenangnya juga dari Malaysia?.. Saeho mungkin bess pada pandangan orang Indon dan Syok mungkin lawak diterima di Singapura.. so macam ada bias kot?? Kalaulah OsBon melawak di Indon, rasa2 korang orang Indon gelak ke...?
2. Lawak yang meniru aksi ala ala perempuan yang paling top - OsBon aksi mengandung, Boboiyot dengan aksi pasangan cintun kanak2, dan JoZan juga ada aksi perempuan menyanyi... seolah2 mentaliti masyarakat Malaysia ni masih jauh ketinggalan, lawak 'berat' dan ada mesej ditolak ketepi, tapi lawak yang santai,.. terus diterima..

Mama tinggalkan 2 persoalan ni untuk difikir2kan
Tapi apa2 pun, tahniah untuk OsBon

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jika Allah Tiada Di Hearty

Tanpa Allah, hari2 kita akan haru biru.. seminggu akan jadi seminggu seperti ini:

Sinday
Mournday
Tearsday
Wasteday
Thirstday
Fightday
Shatterday

dan jika Tujuh hari (1 week) tanpa Allah.... menjadikannya 1 Weak
Semoga hidup anak mama diberkati Allah.. Amin
credit pd blog yang paparkan isu ini..

Boyfriend UK

Malu-malu...
Termenung nampak Hail?
Iman jumpa boyfriend baru UK di UK... Oppps..boyfriend dia memang lahir di UK sebab ibunya lahirkan sms study kat sana dan mereka berjumpa di UK juga.. Iman bercuti di UK ke?...Sebenarnya di Ukay je la.. Mama sebenarnya nak cerita tentang sikap budak2 yang harus di'contohi' oleh orang dewasa dan membuatkan orang dewasa berasa malu terhadap budak2.  Kenapa mama kata macam tu? Budak2 walaupun jarang berjumpa, tapi sekali berjumpa je terus mesra, tak macam org dewasa, muncung semacam, engkau engkau dan aku aku.. Tapi yg peliknya, bab2 lain perangai orang dewasa mcm budak2 pulak  tp bab bertegur sapa langsung nil!... Ego tu tebal sangat macam daki dah melekat kat badan....

Published with Blogger-droid v2.0.2

Gadjet paling Best 2011

Mama dapat yang mana?

Semuanya best dan rambang mata kalau tengok. Kalau banyak duit, mesti mama nak cekup semua tapi malangnya mama bukan ditakdirkan untuk banyak duit. Ada 10 gadjet paling menarik bagi tahun 2011 ni. Nak tau apa dia?
a.  Xperia Play
b.  Iconia Tab W500
c.  Samsung Galaxy S 11
d.  Blackberry Bold 9900
e.  HTC EVO 3D
f.  ThinkPad Tablet Lenovo
g.  Aspire S3
h.  Galaxy Note
i.  Nikon D1500
j.  Nokia N9

Soalan mama, gadjet mana yang bloggers dah ada? Mama kempunan nak semua cuma ada tang c je.. Galaxy S mama... Tu pun nasib baik ada 1st bonus ari tu. 2nd bonus belum melekat kat apa2 tapi dah dekat nak habis. Tengah tunggu pelarasan gaji SBPA ni pulak.. dengar kata CUEPACS berjaya 'fight' markah statik turun kepada 65 daripada sebelum ni 75. Lega dada mama, ada kemungkinan boleh la ada kenaikan gaji kannn..

PMR 2011 sekolah mama 5 orang je 8A.. sekolah korang berapa?


Si Kembang tetap jadi pilihan



Tengoklah pilihan hatinya.. yang kembang, dah tak kenyal, bocor sana sini, dah lembik... Siapa yg masih nakkan dia kecuali sidia nie.. Kalau yang lain mesti dah buang je... Ada cara agar yang keras dan baru jadi pilihan?  Pernah satu masa tu, selepas beli yg baru, yg lama ni dibuang dalam bakul sampah. Setelah puas dipujuk sianak masih mahukan sikembang, maka sikembang yang telah bersemadi dengan bahan buangan dikorek, dibasuh dan disumbat semula ke dalam mulut,.. barulah sianak menghisap susu dan tidur. Dalam hati mama: walaupun kembang tak lawa tapi semua makhluk ada keistimewaan tersendiri...

sorri 2-3 hari ni cuti berbw kerana problem sikit...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Kuuji Tahap Cintanya

Pernah tak anda uji tahap cintanya kepada anda? Takut? Takut2 kalau tahap cintanya hanya 10% atau hanya 5%? Sampai bila kita nak hidup dengan orang yang tidak mencintai kita sepenuh hatinya? Sebab itulah mama memberanikan diri untuk menguji tahap cintanya. Pada mama, dia perlu mecintai mama seratus % kerana mama mencintainya 1001%  iaitu tempatnya kedua selepas mama mencintai Pencipta mama


Soalan mama.. mama tak kaya, mama tak ada apa2 nak beri... Barbie, iPad, PsP, galaxy tab.. semua yang kakak nak kakak tak dapat.. kakak tinggal dengan orang kaya ye, tak payah tinggal dengan mama? Iman nak tinggal dengan sapa... "dengan mama" Iman x dapat semua tu.. tak pa ke? "Iman nak dengan mama" Beberapa kali mama tanya dan jawapannya tetap sama iaitu anak mama tetap pilih mamanya yang 'tak ada apa' berbanding dengan tinggal dengan 'orang kaya' yang boleh beri semua yg dia nak. Rupa2nya anak mama bukan jenis 'mata duitan'. Dalam hati mama, walaupun kita 'tak kaya' harta moga mama mampu memberikan 'kekayaan' ilmu dunia dan akhirat serta limpahan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.. amin..

Kakak Iman, Abang syahmi dan adik Dahiyah... mama dah tau tahap cinta anak2 mama...

Konserto Terakhir ganti Interlok 2012 
bukti 'cinta' 100% antara kaum di Malaysia?
tunggu ulasan mama ye

Berapa Usia Anda Mula Bergayut?

Kita kan dah adaselipar sekolah.. mama kita belikan 2 tau..
game psp kita warna merah....
mama kita beli baju baru.. kita nak pergi kemeren hailen

Malam tadi mama dengar kakak Iman berbual2, mama ingat kakak bual dengan Syami..tapi makin lana makin rancak, sampai mama ambil gambar pun kakak x kisah. Aksi kakak bergayut pun berubah2..maknanya lama dah kakak bergayut. Mula2 mama dengarkan jugak perbualan kakak..dari tentang 'selipar' sekolah sampailah ke game psp yg dia ada, kalau boleh memang semua dia nak cerita pada sepupu dia ni. Mama bukan x percaya anak, tapi mama kena main peranan 'tapis' perbualan kakak. Tak mustahil bila kakak bersekolah tahun depan, kakak makin 'pandai' bersembang dan bergayut...Bukan soal kos telefon yang mama risau, tapi tentang  butir perbualan anak mama..Mama risau kalau kakak dah pandai ada 'pak we' sebelum masanya.. Biar kemudahan yg mama sediakan dimanfaatkan dengan bersosial secara bijak dan berhemah. Biar digelar nama x sporting asal jangan over sporting sampai kakak lupa belajar.. 


Bila usia anda mula pandai bergayut?

Mama dulu bergayut dengan abah pun pakai public je nak jimat topup....

Published with Blogger-droid v2.0.2

Kontroversi Interlok Menggadai Nasib anak Selangor

Kontroversi tentang novel Interlok nampaknya berlanjutan sehingga ke tahun 2012.. Mama ingat lagi, akhir tahun 2010, mama beli teks novel dan buku kajian novel ni agar mudah mama membuat 'homework' sebelum mengajar di kelas. Namun, pada 2011 novel ini dilarang diajar dengan pelbagai alasan. Akhirnya, kami terpaksa pula menampal erata pada buku berkenaan agar novel ini dapat dikaji di sekolah. Bayangkan, kami terpaksa ke sekolah pada hari Sabtu semata2 untuk menampal beberapa perkataan yang 'menyinggung' hati dan perasaan 'rakan' kita. Kami akur dengan harapan selepas itu kami bebas untuk menyampaikan maklumat kepada anak didik. Almaklum, anak didik mama bukan spesies murid MRSM atau STF atau STK atau SDAR atau Convent Bukit Nenas,.. anak2 murid mama ada yang masih merangkak2 untuk menyelesaikan 1 muka surat buku walaupun usianya sudah menjangkau 17 tahun. Kami mengejar masa agar murid2 kami dibekalkan dengan 'bekalan' semaksimum mungkin untuk 'berperang' nanti. Tidak cukup dengan menampal erata, kontroversi berlanjutan dengan anak2 murid mama menerima 'buku' baru daripada berkulitkan mentari jingga kepada novel berkulit biru. Alhamdulillah dalam hati kecil mama, walaupun kami masih seriau, ingat ke anak2 murid mama dengan nama2 watak, tema, persoalan, nilai dan lain2 dalam novel ni kerana soalan SPM meliputi perbandingan antara novel Tingkatan 4 dengan novel Tingkatan 5. Kerisauan mama terubat apabila soalan SPM 2011 tidak meminta calon membuat perbandingan, alhamdulillah... Namun kontroversi berlarutan rupanya, dan yg terakhir, Timbalan Presiden parti 'rakan' kita ni mengumumkan bahawa Novel Interlok ditarik balik daripada komponen kajian sastera SPM 2012!!. Masyaallah dalam hati mama.... Kenapalah dek kerana ingin menjadi 'hero' bangsa sendiri, nasib semua anak bangsa digadai dan diratah? Kenapa mama kata begini?

1.  Bukan sedikit kos (wang dan tenaga)  untuk menyediakan kertas gloss untuk menampal erata aka pelekat ajaib
2.  Bukan sedikit kos untuk 'melahirkan' semula teks edisi murid Interlok ** menurut Dato Dr Fuad.. RM 1 juta digunakan untuk mencetak semula 390 000 naskhah dan penghantarannya.. guna duit sapa tu?
3. Bukan sedikit masa dan tenaga kami mengkaji Interlok dengan bahan yang minimum demi menyediakan pelajar dengan kelengkapan maksimum untuk SPM.. namun soalan tak keluar pun?? Kenapa LPM tak umumkan bahawa soalan perbandingan tidak dikeluarkan kerana kontroversi Interlok.. ada berani ke?
4.  Bukan sedikit masa dan tenaga calon SPM 2012 mengulangkaji sendiri untuk Interlok pada cuti sekolah
5. Berapa masa yang perlu kami nantikan untuk 'kelahiran' novel baru menggantikan Interlok dan yang pasti awal 2012 belum ada!!!
********  Semuanya kerana:  tiada Pengumuman rasmi tentang penarikan balik Interlok. Sama macam lampiran C SBPA yang masih belum dikeluarkan, begitu juga pengumuman rasmi tentang penarikan balik Interlok oleh menteri berkenaan.. sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden Parti 'rakan' kita ni kata keputusan sudah dibuat oleh kabinet.

kah kah kah.. bijaknyaa dia...


2012 kulit merah x da kulit biru ada???
Tok Muhyidin : ditelan mati amma.. diluah mati appaa..


pelekat ajaib Interlok


 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012