Pages

@aimaniman |

Gunalah Sabun Cap Kapak


Macam-macam cara digunakan oleh pengiklan untuk menarik minat pembeli produk mereka. Misalnya, produk sabun ni, bayangkanlah jika kita tidak menggunakan produknya, tangan kita sebenarnya diibaratkan dipenuhi oleh beribu2 ekor lipas. bayangkan jika kita menyentuh kulit gebu baby?? Tentu ibu bapa yang risau akan kebersihan anak2 terus berminat untuk membeli. Jika alah membeli menang memakai ok lah, tapi jika kita alah membeli dan juga alah memakai, macam mana? Dah lah harga mahal, tapi kualiti ke laut, siapa yang boleh membela nasib kita sebagai pengguna. Sebenarnya, semuanya terletak pada diri kita sendiri, sama ada kita ni pengguna bijak atau sebaliknya. Kalau kita bijak, kita x mudah terpengaruh dengan dakyah pengiklan yang ingin mengaut keuntugan sahaja. Sebaliknya, kita kena menilai kesahihan iklan barulah mengatalkan tangan untuk membeli.. betul tak? Nasihat khusus untuk mama.. yang begitu pemurah untuk mengeluarkan duit...
Published with Blogger-droid v2.0.2

My Wife Motor

My Lovely and cute wife...
Bayangkanlah kalau suami2 terlalu fanatik dengan barang2 kesayangannya macam dalam gambar. Rasa2nya kita rasa terharu atau menyampah plus meluat tengok betapa fanatiknya suami kita... Kalau mama, dah lama mama bagi hadiah cermin kat encik suami biar dia tersedar daripada mimpi indah bersama wife metalic dia tu.. Kekadang terfikir juga kenapalah lelaki sanggup berhabis duit demi wife metalik, tetapi berkira sangat dengan wife sejati dia nie... Fikirlah wahai suami2 yang terasa...
Published with Blogger-droid v2.0.2

Nama Baby Iman 311112

Susahnya nak cari nama baby millenium
Nak tergelak pun ada, tapi memang lawak kartun ni. Akibat terlalu banyak yang gila Facebook, blog dan Tweeter, akibatnya.. nak cari nama anak pun susah. Sesukar nak mencari pasword bagi blog, FB,.. dah terlalu banyak blog sehinggakan penggunaan nama yang kita suka pun terhad, terpaksalah nanti nama baby kita ada nombor di hujungnya supaya unik dan lebih selamat daripada serangan penggodam... Alahai, kalau ada baby mama nak taruk nama apa yerk.. Jom relax dan share makan kejap.... Semua baby mama kena ada nama Iman, mungkin Iman 311112 kot... isshhh .. Jom relax sambil tengok video pulak...
Published with Blogger-droid v2.0.2

Awan Nano Juara Ajl 26

 Awan Nano Hafiz Sempoi Juara AJL 26

 Naib Johan.. Trio perempuan

 Karma ketiga

 Persembahan Terbaik

M  Nasir memang terbaik...
Awan Nano yang disampaikan oleh Hafiz pemenang juara lagu AJL 26. Dengan persembahan yang unik, bert'shirt dan selipar sahaja Hafiz berjaya menyampaikan lagu gubahan M Nasir ni dengan baik sehinggakan beliau juga dianugerahkan pemenang vokal terbaik. Mama ingatkan Sedetik Lebih gandingan Trio Jaclyn dan rakan2 yang jadi juara atau Sungai Lui, Aizat.. tapi tekaan mama silap. Awal2 lagi abah kata Aizat nyanyi 'main2' tak serius, memang patutpun x menang. Sorry tau Aizat, ni abah punya pendapat, mungkin Aizat dah mencuba sehabis baik tapi nasib tak menyebelahinya. Cuma yang mama masih fikirkan, apakah motif Hafiz berpakaian simple macam tu,.. mungkin ada maksud tersirat dalam lagu Awan Nano tu kan.. mama tak pelik sebab komposernya pun M Nasir, memang lagunya puitis dan penuh maksud tersirat. Mama ingat lagi lagu Sumpah Semerah Padi dan Tanya Sama Hud Hud.. sumpah mama tak faham, tapi itulah yang terbaik. Tahniah buat pemenang, yang kalah bukan tak baik tetapi ada lagu lain yang terbaik..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Download Free Anti Virus 2012

Komputer anda dah dilindungi? Kalau belum macam mama, dan malas nak keluarkan duit nak beli Perisian AntiVirus di pasaran, jom la kita pakat ramai2 kebas Free Software Anti Virus yang macam mama buat ni. Mama bukan lokek nak keluarkan duit nak beli software anti virus macam Kapersky tu, tapi kalau dah ada yang free, kita kebas je la.. selama dia free dan sampai software ni pun kena upgrade jadi pro. Time tu, mama pun dengan hati yang paksa rela beli lah software ni. Sayang ooii laptop dan notebook mama ni, macam nyawa ooii selain anak2 mama la. Kalau ada dua tiga nyawa, nyawa yang terakhir ialah laptop dan nb. Tak payah fikir panjang2, jom la klik kat AVG Free antivirus atau Avast free antivirus ataupun Avira free antivirus. Lepas ni, tak takut lagi la lp dan nb mama diserang makhluk asing virus ni. Jangan tunggu lama2, nanti software free jadi pro... nyanyi sikit taw..


Published with Blogger-droid v2.0.2

14 Cincin Unik Untuk Bakal Pengantin

Revolver Ring sesuai untuk suami yang bakal mentalakkan isteri...

Rumah sebelah sebelahnya rumah mama ada majlis walimatulurus. Hebat khemahnya, ada lebih dari satu.. issh mama x sempat nak kira la, tapi memang le hebat sebab warna khemah tu warna kegemaran mama, putih, biru turqouis dan pink, wow!!.. Teringat pulak mama pada majlis kawan yang duduk sebelah mama kat sekolah. Dia guru GSTL, bulan dua ni akan masuk maktab untuk setahun setengah atas program 'memaktabkan' guru GSTL supaya jadi 'guru sebenar'.. Kesian kan kat bakal pengantin, 9.2.2012 kawen.. 26.2.2012 kena masuk maktab/ Universiti pergi kursus. Seingat mama masa KPLI dulu, syarat nak kursus tak boleh pregnant.. kena berjaga2 la kawan mama tu. Balik pada cerita tadi,.. tengah hari ni mama nak makan2 le kat kenduri sebelah rumah tu, selamat makan2 untuk mama. Sebelum p kenduri, mama nak kongsi.14 cincin unik untuk pilihan bakal pengantin, mana lah tau bakal pengantin kat luar tu tergaru2 kepala nak pilih cincin yang sesuai, lepas pilih cincin, pilih pulak hadiah vroom untuk bakal isteriku. Bila lagi nak menguji keikhlasan bakal suami dan lihat betapa kreatifnya dia demi anda. So tunggu ye, cincin macam mana pilihan sidia...

Published with Blogger-droid v2.0.2

AJL 26 Sedetik Lebih versi Jaclyn dan Anuar Zain

Jaclyn vs Anuar Zain
Abah kata sedap... mama kata tak sedap la.. abah kata ok, mama kata tak ok.. lagi ok kalau buat macam biasa, tapi abah kata yang baru tu yang best,.. Sesekali kita perlukan perubahan kata abah. Mama kata, kalau nak berubah pun janganlah drastik sangat, baik2 sedap jadi tak sedap pulak. Setiap hari, mama dengan abah berbeza pendapat, dan akhirnya kami sama2 tak berasa puas. Masing2 suka cara masing2, masing2 tak mahu langsung terima cara orang lain... Pada mama abah kena terima pendapat mama, dan pada abah sebaliknya.. Jadi macam mana titik kepuasan dapat dicipta? Macam mana nak rasa puas, kalau masing2 bertekak nak menegakkan benang yang basah? Sambung lagi tau, klik pada tajuk di bawah..

Aizat Sungai Lui Juara AJL 26

Aizat mantop.. juara AJL 26
Liriknya yg puitis, susunan muzik yg unik dan korus yang mantap merupakan ciri kuat menjadikan Aizat juara Ajl 26 pada 29 Januari 2012 ini.  Lebih2 lagi tema air amat sesuai dgn tajuk lagunya Sungai Lui. Tema Ajl dah condong pd Aizat..jadi lagu Aizat ke juara Ajl 26? Sama2lah kita tunggu di depan tv pada 29 januari ni. Mama teringat zaman Aizat dalam Akademi Fantasia dulu. Time tu Aizat masih dempol dan boroi. Tapi berkat kesungguhan dan minat mendalamnya dalam bidang muzik, beliau sanggup untuk berhijrah menguruskan dirinya. Mentaliti masyarakat Malaysia memang melihat pada rupa dan bentuk badan yang menarik, jadi Aizat yang dulunya tak diterima, sekarang jadi pujaan pulak. Nasib baik la keluarga Aizat berkemampuan untuk merealisasikan hasrat Aizat untuk berjaya dalam bidang muzik. Cuba bayangkan berapa ramai lagi anak muda yang mempunyai potensi besar tapi 'tak diterima' peminat muzik hanya semata2 tubuhnya yang dempol dan boroi dan tidak mampu untuk menghijrahkan diri macam Aizat?? Pada rakyat Malaysia, mama harap bijaklah menilai seseorang bukan dari luaran saja tau,...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thank You Abah Hantar Iman Ke Syurga


## WW : Luahan Hati Iman Buat Ayah siperokok Tegar...

Thank You Abah sebab hantar Iman lekas2 ke syurga idaman....
Lihat luahan2 lain sianak terhadap ayah... di sini...


 Doa Iman buat abah :

Ya, Allah!!.. ampunilah dosa ayahku, 
bukakanlah hatinya untuk berhenti merokok sebelum Kau bawa dia pergi.. amin yarabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Trophy untuk Isteriku

Khas buat insan bernama isteri,,,


##WW: Perlu atau tidak Trofi Buat Isteri ..Jawab wahai suamiku...

atau

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jom Vote Calon Social Media Awards 2012

Berokband macam ok so mama vote la...
Vote jangan tak vote sebab mama suka vote

Baca di Blog DenaiHati tentang Social Media Awards 2012, mama rasa best jugak kalau menjadi salah seorang yang menentukan pemenangnya. Tanam saham sikit2, lepas tu tumpang seronok tengok blog orang lain yang 'menjadi', dan sekurang2nya tahu banyak blog yang tercalon kat situ. Dapat 'cium' haruman blog yang 'menjad'.. macam blog yang mendapat tempat pertama (setakat ni la..) http://emilayusof.com/, blog DH yang berada di tangga kedua dan ketiga blog 'adik angkat' Ben Ashaari ni... http://www.lyssasecret.com/. Patutlah mereka layak dicalonkan,.. memang sah boleh menang. Ok la kawan2.. jom vrooom balik kerja lepas CNY!! kalau penat singgah sebentar kat R&R dan jom vote mereka... vote taw jangan lupa....

Published with Blogger-droid v2.0.2

Pentingnya Haid Pertama Ibu

Jom Ukur Tinggi... 
Siapa ingat bila tarikh pertama didatangi haid..Tarikh tu tak sepenting tarikh ulangtahun kelahiran dan tarikh ulangtahun perkahwinan kita kan?Alaa.. datang-datang la, lepas datang bulan depan datang lagi, apa nak hairan,..yang dikira cuma tepat ke lambat ke datangnya, kalau lambat cepat2 nak pergi check dan dapat berita gembira.. Sebenarnya, tarikh ibu mula2 haid menentukan ketinggian anak.. Boleh percaya ke? Sebenarnya telah terbukti oleh kajian, rujuk kajian di sini. Lepas ni bolehlah bandingkan kenapa anak si X tu lebih tinggi daripada anak si Y sebabnya, si X tu lebih cepat period.. he heee.. Nakkan anak tahun Naga air vrooommmm..?. Tu cuma kajian kan, dan kebetulan terbukti pulak tu, tapi sebenarnya, faktor pemakanan pun mainkan peranan. Kalau siiubu period pertamanya masa umur 10 tahun pun, tapi anak cuma diberi minum air sirap je, x kan lah tumbesaran sianak lebih baik daripada anak yang cukup zat gizi makanannya.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Topup GodLink Istimewa CNY

Topup Istimewa
Mama belek2 FB malam tadi, kredit pada Komuniti Blogger UPM sebab meperkenalkan Topup GodLink Istimewa sempena vroooom CNY ni. Topup ni tak ada expiry date, maknanya boleh guna selama mungkin selagi masih bernafas di dunia. Syarat2 memiliki topup ni pun mudah je, iaitu kena topup lima kali sehari, iaitu pelan 2,4,4,3,4. Ganjaran topup ni pun maha hebat iaitu pahala dan syurga. Sekali lagi terima kasih mama ucapkan pada Geng Blogger UPM ni,..hebat betul topup ni sampaikan kalah topup2 lain yang hebat di pasaran. Cara nak dapatkan topup ni, sila kunjungi masjid atau surau berdekatan atau telefon nombor 24434 sekarang juga... Atau nak dapatkan topup segera takut jem sebab vroooom CNY???

Published with Blogger-droid v2.0.2

Murahnya Jadi Perempuan...

 
Kos menjadi perempuan

 
Perempuan jealous, apatah lelaki tersembul biji mata... ya ke?
    Kos menjadi perempuan begitu murah dan rawatannya mudah diperoleh!! Sesiapa yang mahu jadi perempuan, hanya perlu menyimpan duit beberapa ribu dan terbang ke Thailand atau Singapura, lepas balik jadilah seorang perempuan!! Mudahkan? Sebab tu,tak hairanlah jika ramai 'perempuan' yang 'kelembutannya' melebihi perempuan di Malaysia sekarang ni. Sesiapa orang Port Klang mesti biasa dengan jalan belakang CIMB,.. lorong tu, mula je masuk senja maka mata abah pun melilau ke kiri kanan bahu jalan melihat kelibat 'perempuan' percuma ni. Kalau ada penawaran tentu ada permintaan kan? Dalam fikiran mama, permintaan dari golongan manalah yang banyak sangat sehinggakan golongan perempuan jadian ni bersepah2 di lorong belakang ni. Kalau dilihat sambil lalu, memang betul2 macam perempuan, x ada cacat celanya, malah lebih menggiurkan dengan kulit yang putih mulus dan potongan badan anak dara. Hati lelaki mana yang tak terliur kan.. 
    Mama terfikir anak murid mama ex SPM last year, ada dua orang yang bersikap ala-ala perempuan ni. Seorang tu dari kelas mama, perkembangan terakhir menerusi FB dia sekarang dah buka butik andaman, mukanya pun bukan main jambu lagi. Sebenarnya salah siapa, sehingga anak2 lelaki yang kita lahirkan sempurna sanggup menjadi  sebegini rupa? Salah ibu mendidik, salah guru kurang mendidik atau salah diri sendiri yang tak terdidik?.. Anak bujang mama pun satu hal, mukanya 'jambu' betul, kalau mama bawa keluar jalan2 mesti orang tanya, anak perempuan ke.. Nak mama bukakan seluar dia ke?.. Masalahnya, anak bujang mama ni memang x suka dan amat-amat takut dengan gunting, dengan rambut yang dipotong dan dengan tukang gunting rambut. Pernah dia menjerit sekuat2 hatinya bila dia tengok rambutnya jatuh ke bumi!.. Dia lari dari kerusi gunting rambut yang tinggi dan tukang gunting angkat tangan tak sanggup tanggung risiko. Rambut Sayhmi memang panjang dan ikal dan mukanya pun agak jambu... sebab tu semua orang ingat dia perempuan!!!! Tapi mama x pernah ajar dia ke arah perempuan, mama pastikan pakaian dia, warna pakaian, jenis permainan, warna pinggan, warna beg.. semuanya warna lelaki... tapi mama tetap takutttt...





Published with Blogger-droid v2.0.2

Redha Pemergian Anak

Tabahnya hatimu wahai ibu, ummi, mama, emak....

Kisah lama yang berulang dan berulang dan berulang..

    Kebanyakan ibu bapa bekerja pasti menghadapi dilema ini,.. mencari Taska paling sesuai untuk anak kesayangan. Ibu bapa ada 4 alternatif sebenarnya iaitu, langkah drastik ibu berhenti kerja dan memberikan sepenuh perhatian buat anak. Yang kedua, anak dihantar ke rumah orang untuk dijaga. Yang ketiga, hantar ke taska dan alternatif terakhir cari bibik. Cara pertama untuk mama tentulah mama tolak sebab, mama x mahu harapkan abah semata2, mama perlu berdikari untuk mencari sesuap nasi, dan mengejar cita2 mama. Alternatif kedua pun susah sebab,.. orang yang jaga anak biasanya warga emas yang dah x ada kerja di rumah. Kebiasaannya kawan mama terpaksa ambik mc sebab penjaga anak ada check up di hospital. Bibik pulak, bukan mama tak mahu .. tapi dah 4 atau 5 bibik yang 'menipu' mama, rasanya mama dah serikkkk. 
    Dua orang ibu yang kehilangan baby semalam kerana 'tersedak susu' di taska mama ucapkan takziah. Kalau benda ni berlaku pada mama, mama tak tahu sama ada mama tabah atau tidak kerana anak2 adalah permata hati mama, segala2nya buat mama. Walaupun redha, tapi jauh di sudut hati, tentu ada rasa kekesalan. Anak yang montel, comel semalamnya dalam dakapan kita tiba2 terbujur kaku. Hati sapa yang tak meruntun sedih????
    Panjang entri mama kali ni, sepanjang rasa penyesalan mama terhadap sikap pihak berkenaan yang seakan2 berdiam diri, selepas kematian, baru nak buat siasatan, dan terbukti Taska x ada permit!! Besar sangat ke Malaysia ni, miskin sangat ke kita sampai nak menyiasat kes yang berulang2 ni pun tak mampu2.. Pelupa sangat ke kita, sampai kes yang baru berlaku kita buat2 lupa,..sedikit sangat ke pegawai sampaikan kes yang berulang2 ni tak ada kesudahan? Banyak persoalan sebenarnya bersarang di kepala mama. Puan Menteri sibuk dengan 'bisness lembu' sehinggakan lupa kes maha besar ni ke? Maaf lah kalau terasa sebab tanggungjawab tetap tanggungjawab, kalau berani ambil tanggungjawab, laksanakanlah tugas tu sebaik mungkin, nanti ditanya di sana nanti..
     Taska tanpa permit satu hal,.. taska yang x menepati spesifikasi taska lagi satu hal. Teringat mama pada taska tempat kakak Iman, Syahmi dan Eya anak mama... Hanya ada dua penjaga, seorang anak tuan Taska berumur awal 20-an, dan seorang lagi rakannya juga berumur 20-an.. Kanak2 yang dijaga, mama rasa kalau dikira guna jari, kena pakai jari kaki sekali.. Kalau nak dikira tentang kebersihan dan keselamatan,.. dahi Eya dan dahi Syahmi entah berapa kali dah benjol.. Tapi mama sama macam kebanyakan ibu bapa tetap hantar ke taska sebab dah biasa, sebab dah kenal dengan tuan taska dan sebab tak ada alternatif lain, hanya itu taska terdekat.... Bila pusat jagaan kanak2 akan diwujudkan di pejabat2 kerajaan? Datin Rosmah tolonglah kami...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Rahsia Follower Tweeter @NajibRazak lebih 400000...

Wow popularnya PMku...
Mama terfikir, dalam kesibukan sebagai Perdana Menteri dengan segala idea dan slogan seperti BR1M, KR1M, Rakyat didahulukan... dan macam2 lagi, PM kita ni sempat lagi bertweeter. Bukan setakat bertweeter, malah followernya beratus2 kali ganda melebihi follower tweeter mama.. Mama baru je di'anugerahkan' dengan 'rezeki' beberapa jawatan di sekolah, dah membebel itu ini, malunya mama. Pokok pangkalnya bukan kerana x sempat tapi sengaja x mahu menjadi lebih daripada yang lain. Kita terbiasa 'selesa' dengan apa yang ada.. dan x mahu menjadi lebih baik dr yg sedia ada. Kemampuan PM bertweeter ni membakar semangat mama untuk lebih berjaya lagi pada 2012. Azam ke atau sengaja nak tunjuk bagus ni????



Published with Blogger-droid v2.0.2

Pernikahan Ally Fara Lee Incheon TV3 With love

Tak sangka Pengacara terkenal kena dua kali lafaz... berkerut dahi tuw...gabra kot?
Suka senyuman Ally & Fara.. cutenyee...
Alhamdulillah.. sah..
Banyak blog memaparkan kisah pernikahan Ally Iskandar dengan Fara Lee.. Mama rasa seronok juga melihat akhirnya pengacara TV3 yang beberapa kali kecewa ni akhirnya menemui jodoh dengan gadis yang begitu cute dan cantik, bagai pinang dibelah dua. Selepas ni, tentu pihak pengurusan TV3 pusing memikirkan pengganti Ally sebagai pengacara Muzik Muzik Akhir pada 29 Januari ni. Sebabnya, pada firasat mama lah, tentulah Ally bakal 'terbang' ke Incheon mengikut isterinya yang akan meneruskan pengajian sehingga Disember nanti. Almaklum, baru 9 hari diakadnikahkan, tentu sedang mabuk melayan perasaan kan.. Lainlah kalau Ally terlalu komited terhadap tugas, maka dibiarkan Fara 'kesejukan' seorang diri di Incheon? Musim sejuk ke Fara sekarang kat sana?... Mungkin lepas ni,.. ada rancangan khas 'from Incheon with Love' kerana pengacara terkenal ni semestinya lama 'bermalam' di Incheon, siangnya bolehlah cari bahan untuk rancangan terbaru TV3 kan. bak kata orang 'sambil menyelam sambil minum air' aka sambil berjumpa isteri tercinta sambil cari berita....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tips Mengenali Masih Teruna

Baca selanjutnya di sini

Awas lelaki2 yang belum berkahwin kerana lepas ni syarat untuk meminang anak dara, anda juga mestilah masih teruna!.. Sebelum ini, golongan lelaki gelak besar melihat anak dara yang bakal dipinang kecut perut memikirkan sama ada masih ada dara atau tidak. Sedangkan kehilangan 'nya' pun agak misteri kerana gadis tu tak pernah pun menyentuh lelaki, namun kerana titik hitam kehilangan dara atas pelbagai sebab lain, menyebabkan  sidara dipandang sinis. Lepas ni, 'kita' pulak tengok golongan lelaki menggelabah memikirkan sama ada mereka masih teruna atau pun sudah di'tebuk'.. oppss diapakan yer?.. Tapi mama musykil juga, zaman serba moden ni, masih dipersoalkan lagi ke tentang dara dan teruna ni? Tepuk dada tanyalah diri sendiri....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Facebook Boleh Membunuh...

FB boleh membunuh anda dan anda dan saya...
Time klik churp churp mama terjumpa gambar ni.. so mama kongsi sama la sebab mama rasa ramai yg ada akaun Facebook,.. so siapa yang fanatik FB perlulah berhati2 kerana kita boleh mati jika terlalu asyik ber FB.. ingat orang yang tersayang,.. setakat nak update FB je tak berbaloi jika kita kehilangan nyawa tau... 

Published with Blogger-droid v2.0.2

Gigitan Manja.. terus telan,.. sedap...

Gigitan manja? nasi goreng udang recycle...
Balik sekolah sambil baring-baring mama tenung kipas angin. Mata mengantuk tapi perut kata lapar. Terbayang2 dalam kepala mama kalau la dapat menggigit sesuatu, tentu syok ni. Mama teringat ada sesuatu dalam beg yang boleh digigit manja. Rupa parasnya tak membangkitkan nafsu mama untuk menggigit. So mama, recycle udang dalam bungkusan, mama campur nasi semalam, mama kawinkan udang dengan nasi dalam kuali.. Akhirnya, gigitan manja mama begitu membangkitkan selera mama.. nasi goreng udang recycle... sedap...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Biru Mata Hitamku..

Eeee... geramnyaa.. abis lipstick & eyeshadow mama...
Kakak Iman suka sangat bersolek,.. kalau tak diberi macam2 idea dia nak pujuk mama. Kalau diberi pakai, lipstick baru beli pun dah jadi kontot,.. eyeshadow belum tanggal pelekat harga pun dah hilang bulu penyapunya.. Kekadang nak tergelak tengok muka anak mama, entah dari mana dia belajar bersolek pun mama x tau,.. kalau dr mama memang x mungkin sbb mama pakai lipstick pun ala kadar, asal sempat dan asal tak nampak pucat sangat,.. tp anak mama?.. merahnya mak ngah!! Yang mama pelik, baby Dahiyah yg baru setahun 3 bulan tu pun suka abis bila mama tenyek lipstick,.. sampai pejam2 mata dia,.. memang perempuan dilahirkan dengan naluri suka bersolek ke.. mama dulu kecik2 x tahu bersolek pon??? 

Published with Blogger-droid v2.0.2

Antara Cinta Dan Tanggungjawab

17 Januari....

Dilema ni,.. sekolah baru dibuka minggu ketiga, rasanya segan nak minta 'keluar'.. cinta pada anak dan bawa ke klinik ke atau tanggungjawab sekolah didahulukan? Kalaulah abah boleh bawa baby.. abahkan cuti.... Kita kena ubah mentaliti suami2 ni,.. apa salahnya bawa anak p klinik ibu dan anak kalau isteri kerja.. salah ke?

Published with Blogger-droid v2.0.2

Mama..puting baru ke....

Malaysia bakal pengeluar terbesar sarung kontraseptif ...

Mama... ni puting baru Iman ke? terkedu mama nak jawab... kat sekolah pulak, cikgu sedang mengajar Geografi, Malaysia pengeluar getah terbesar. Hasil getah boleh dijadikan sarung tangan pembedahan, boleh selamatkan nyawa tu.. boleh hasilkan tayar berkualiti tinggi,.. boleh mengelakkan kemalangan tragis akibat jalan raya licin tu... satu lagi murid2, getah Malaysia yang berkualiti boleh menghasilkan sarung kontraseptif yang bermutu tinggi.. Apa sarung kontraseptif tu cikgu?.. alamak... murid2 cari dalam kamus ok... Persoalannya bangga ke kita sebagai pengeluar utama dunia sarung ni?

Published with Blogger-droid v2.0.2

2012 berjaya ke Mama Lahirkan...


Berjaya ke mama lahirkan 2012?
Mama tengok dia.. dia tengok mama.. Segala2nya bersarang dalam kepala. Kepala mama bertambah2 berat. Yang pasti memang mama kena melahirkannya juga,.. mana ada orang yang mengandung gajah.. lebih sembilan bulan 10 hari!!. Persoalannya,.. mampu ke mama menahan sakit perit yang macam tak tertanggung oleh mama,.. namun seorang wanita yang matang harus melaluinya.. rugi kalau tak melaluinya tau.. so Inersia pasti akan lahir pada 2012, insyaalah.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Giveaway Sulung Miecyber's Blog

Giveaway Sulung Miecyber's Blog ni berlangsung selama 3 minggu bermula dari 21 Januari, hingga? pokoknya selama 3 minggu. Terdapat beberapa penaja yang bakal menaja hadiah kepada pemenang iaitu 
Panaja Pertama
Penaja Kedua
dan hadiah untuk review blog tuan rumah terbaik iaitu
a. Top up RM 30 & Cenderahati
b. Top up RM 20 & Cenderahati
c.Top up RM 10 & Cenderahati
Syarat-syarat penyertaan agak mudah iaitu peserta perlu letakkan banner macam di atas tu dan link kan ke blog Miecyber's. Kemudian, kena klik like fanpage penaja giveaway ni. Seterusnya kena buat review Miecyber's Blog dan beri pendapat tentang blog ini. Syaratnya mudah kan? Tak perlu tag blogger lain tu yang penting, dan hadiahnya juga menarik.. Sebenarnya mama dah lama nak bercuti2 ke Taman Negara jauh dari kesibukan kota, tapi mama belum dapat info tepat tentang percutian di sana. So, impian mama tu mama simpan saja sampailah mama jumpa segmen giveaway ni...
Sampai ternganga Syahmi dengar mama nak ke Taman Negara??? perasaannn...

Tugas yang paling penting ialah buat review tentang Miecyber's Blog. Blog ini padat dengan info semasa, teknologi dan pengembaraan dalam dan luar negara. Pada mama blog ni sudah cukup baik kerana susun atur blog yang kemas dan tidak serabut dengan bermacam2 widget yang tidak perlu. Selain tu, tuan blog mempamerkan widget e-solat beserta waktu imsak sebagai peringatan kepada pengunjung blog tentang tugas utama masing-masing kepada-Nya. Seterusnya, terdapat banner tentang pendapat peribadi tuan blog tentang isu Iynas iatu Save Malaysia, Stop Lynas. Hal ini menunjukkan tuan blog amat peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar dan patut diteladani oleh tuan blog lain. Menerusi blog ini juga, mama dapat tips dan info tentang destinasi percutian keluarga yang mama impikan iaitu Taman Negara. Info tentang pakej Taman Negara juga diselitkan oleh Tuan Blog. Watashino Kangaekata gak wakareru merupakan rangkaikata dalam bahasa Jepun yang mama cuba cari maksudnya menerusi Google. Mungkin 'memahami perasaanku' merupakan tujuan tuan blog untuk mencernakannya menerusi blog. Pada mama, rangkaikata pada header blog ini melengkapkan keunikan blog ini pada mata mama dan semua pengunjung blog ini.

Miecyber's Blog.com
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012