Pages

@aimaniman |

Pahala Mudah di Facebook

perrgh... ada ganjaran rupanya?

Jom kita lembut2kan lidah berbicara seperti ni... tak de ler sia2 kita bermuka buku dan berjalan2 ke teratak blog kawan2...  alhamdulillah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selepas 4 Mei Scha dan Awal

mama suka tengok pasangan cute ni..

Selepas 4 Mei ni, ada beberapa perkara yang Awal mahu Scha buat.Pada mama ada baik dan ada buruknya Awal tetapkan benda2 yang harus Scha buat. Mama taku Scha anggap sebagai 'king control'? Harap2 Scha dapat terima demi cintanya pada Awal.......
1) Selepas berkahwin,  Awal mahu Scha pulang ke rumah sebelum jam 12.00 tengah malam.
kalau 12.05 minit Awal???
2) Awal mahu Scha sentiasa tidur bersamanya walaupun sibuk atau berlaku krisis dalam rumahtangga. Dia percaya perkara itu penting setelah dinasihatkan oleh ibu dan kawan-kawan yang sudah berkahwin.
Wow Schaa.. hari2 kena tukar cadar takut boring asyik warna sama jer...
3) Scha mengharapkan Awal boleh menjaganya dengan baik sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri selepas berkahwin nanti.
Suami bukan takat jaga, malah menagih Schaa...
Nak tahu yang lain..? baca seterusnya ...
4) Pasangan ini mendapat 10 penajaan untuk majlis pernikahan dan resepsi. Bio Essense & Nugeno Men antara penaja utama untuk kedua-dua majlis.
5) Astro adalah penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan ini. Selain menyiarkan majlis pernikahan secara langsung, Astro Ria akan menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.
6) Awal nafikan dia mengejar publisiti, sebaliknya ingin berkongsi detik-detik bersejarah dia dan Scha bersama peminat yang banyak memberi sokongan.
7) Scha mementingkan hidangan yang ingin disajikan kepada tetamu. Dia mahu semua tetamu seronok dan puas hati dengan makanan.
8) Hanya ada satu majlis resepsi diadakan untuk kedua-dua belah pihak. Scha juga enggan melakukan sesi fotografi yang memerlukan dia menukar berpasang-pasang baju.
9) Scha mendedahkan andai dia tahu Awal hendak melamarnya secara rasmi di  program Propaganza pada Ahad lalu, pasti dia tidak akan menghadirkan diri.
10) Pasangan ini sepakat memilih warna putih sebagai warna tema majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka mahu majlis perkahwinan mereka kelihatan suci. 

Yang pasti, selepas 4 Mei, Scha dan Awal bakal melayari bahtera rumah tangga yang jauh berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh mereka sepanjang bergelar kekasih. Badai yang melanda diharap menjadi penguat semangat dan ubat paling mujarab untuk mengukuhkan ikatan rumahtangga,... yg penting cepat2 dapat baby ye, suka tengok baby artis, lawa2 macam mummy dan encem mcm papanya...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Baby Hatch Nyawa Kedua

Please maa... jangan tinggal daku...
 

step 1
 
step 2
 
step 3

Meruntun hati mama bila melihat bayi tak berdosa tu ditinggal oleh ibu kandungnya. Mama masih ingat saat mama mendakap baby iman, baby aiman dan baby dayah buat pertama kali, betapa bahagia dan gembiranya mama sebab mendapat mereka. Tak kisahlah walaupun baby iman kena dok kat ICU sebab lambat menangis, dan baby dayah pun kena tahan di ICU sebab kes lebam di muka takut effect pada otak??!.. namun kasih mama membuatkan mereka sekarang ni sihat walafiat. Mama tak tahu  macam mana perasaan ibu2 yang sanggup tinggalkan baby kat mana2, malah ada kes terbaru, pura2 'terjumpa' baby dan x mengaku baby tu baby dia. Mana entah sifat dan naluri keibuan tu.. Semua ni kerana terbuat, termengandung, tersilap langkah, dan kesemua ter.. tu le yang membuat baby montel tu dibuang. Namun dalam sisipan BH hari ni ada disediakan alternatif bagi ibu2 yang ter2 nie, sebab banyak lagi di dunia ni yang mahu menjadi ibu, cuma Allah belum memberikan peluang untuk mereka. Alternatif paling ideal ialah menempatkan baby ni di Baby Hatch. Walaupun alternatif ni seakan2 menggalakkan gejala seks sebelum nikah dan gejala termengandung tetapi, kesalahan 'ibu bapa' janganlah dibebankan kepada baby2 tu. Baby2 yang 'tidak' diingini ni sebenarnya berpeluang untuk hidup. Siapa kita untuk 'membunuh' mereka? So, serahkan baby ni di Baby Hatch, pusat perantara baby sebelum diserahkan kepada 'ibu bapa' yang sanggup menerima mereka. Difahamkan bukan setakat baby luar nikah, namun baby yang tidak cukup sifat juga ada yang di'serah'kan oleh ibu bapa di sini. Namun kuasa Allah, baby yang sumbing dan kudung tangan telah diambil oleh 'ibu bapa' yang menagih kasih sayang anak.. dibaiki masalah sumbingnya dan hidup bahagia dengan ibu bapa baru.  Joom rakyat Malaysia, berhijrahlah minda jangan asyik ambil jalan mudah setelah ter... dengan membuang bayi anda. Insyaallah masih ada yang sayang...

 maklumat lanjut? klik di sini.... www.orphancare.org.my
Published with Blogger-droid v2.0.4

Awal Ashaari Lamar Scha 1Malaysia

2 tahun 6 bulan menunggu...
 
Awal gentleman lamar Scha kat tv

Awal gembira kerana lamarannya diterima Scha..

Gala TV petang tadi menjadi saksi kisah lamaran Awal Ashaari terhadap Scha. Manis sangat mama tengok betapa gentlemannya Awal kerana sanggup mendedahkan kisah lamarannya kepada 1Malaysia iaitu menerusi siaran Propaganza Astro!..  Mungkin Awal dah menunggu terlalu lama iaitu 2 tahun setengah, dan akhirnya saat tersebut tiba juga. Manis betullah mama lihat pasangan ni, macam mana Scha sebak menerima lamaran dan sebab2 pasangan ni menangguhkan perkahwinan mereka.. Antaranya sebab emak Scha sakit dan tarikh Februari lalu sama dengan tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa.  Memang semangat setia kawan yang tinggi betul la Awal Ashaari dan Scha ni.  Tarikh perkahwinan mereka akan diumumkan pada sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini. Tahun 2012 ni banyak sangat pasangat artis yang bakal menamatkan zaman solo mereka. Yang terdekat, Irma pada 1 Julai ni. Manis betullah artis2 ni, dah le muka lawa, tambah dengan pakaian yang cantik2 macam puteri kayangan la pulak Irma. Opppss kisah lain plak. Apa2 pun kisah, yang pasti tahun 2012 banyak pasangan artis bakal berkahwin. Moga2 tahun 2013, bakal melahirkan junior Yusri & Lisa, junior Irma, junior Awal & Scha, dll  bukannya memeningkan kepala hakim di Mahkamah Syariah yer.. kita sama2 doakan yang terbaik, dan itu harapan semua peminat..insyaallah..
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bibik untuk Suamiku

Sanggup ke?
 

Kisah amah dengan gaji RM700 untuk satu jenis pekerjaan membuatkan mama terfikirkan sesuatu. Apa salahnya kalau jadi 'bibik' untuk suami. Mama nak pilih kerja jaga anak, kemas rumah, membasuh, menggosok baju, dan memasak. Jumlah 5 jenis kerja kalau didarabkan dengan 700 bermakna RM3500, ditambah OT pada setiap sabtu dan ahad, 8 kali sabtu dan ahad sebulan didarab 100 = 800. Bermakna pendapatan kasara bibik RM4300. Wow, boleh tahan tu. Tapi angan2 mama tak mungkin kesampaian sebab suami mama tak mampu nak membayar bibik sebanyak tu, sebab tu mama kena kerja juga untuk berkongsi beban perbelanjaan rumahtangga kami. Mama timbulkan kisah ni, untuk membuka mata para suami. Bayangkan, tugas rutin yang dilakukan oleh para isteri sebenarnya tidak ternilai harganya. namun sampai bila, para surirumah tangga dianggap bukan sebagai kerjaya?.. Adakah sampai surirumah ditukar sebagai 'amah' baru tugas murni ni dianggap sebagai kerjaya? Walaupun surirumah tidak memberikan pulangan ekonomi terhadap negara, namun kejayaan mereka mendidik anak2, memberikan impak besar terhadap kepimpinan masa depan negara. Jom, para isteri, kita 'tuntut' hak kita? Bukan nak berdemo tapi setakat nak menyedarkan para suami, peranan para isteri ni besar... dah le bekerja tolong suami, malah jadi 'amah' tak berbayar di rumah. Tapi yang jelas, bayarannya amat besar di 'sana' nanti,..itu janji-Nya.....


tapi yang jelas amah Indon takkan dibayar 1 kerja RM700 pun,.....
Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa UAI kata untuk para suami.....

Suami2 tolong baca yer..

Setelah baca jawapan Ustaz Azhar Idrus, senanglah hati mama.. "Memang tugas suami cari duit, tugas isteri habiskan duit!!" bla bla bla.... dan kalau suami percaya janji isteri yang dia nak beli sekali jer, maknanya laki tu BODOH!!!.. tu UAI kata yer... so baca le jawapan UAI ni yer khas untuk para suami yang marah2 bila isteri suka sangat menghabiskan duit sendiri dan duit suami untuk beli macam2 barang. Lepas ni para suami kena senyum lebar je tau...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tips Blog Mesra Android

Popular tau blog kita...

Mama rasa ramai antara kita yang sudah mempunyai smartphone. Bila ada smartphone, apa lagi,.. bolehlah kita update blog, facebook dan bertweeter menerusi HP jer. Tak payah lagilah nak buka Laptop atau NB. Mudahkan... Dulu, masa guna S2, mama geram kalau setting blog tak diubah pada template untuk HP.. sorry le mama x tau apa istilahnya. Kalau kita buka blog kat HP, blog yang kita baca tu kecik sangat tulisannya, akibatnya, terpaksaler mama cancel je nak komen. Bila guna Note ni, bila buka blog macam tu, mama dah x kisah sebab mama boleh 'besar'kan tulisan ikut kehendak mama. Cuba bayangkan jika setting blog tak ditukar pada yg mesra Android, x pasal2 tentu ramai yang tak dapat nak mengomen. Akibatnya blog kita akan ditinggalkan begitu saja. So, caranya ialah,..klik design, pastu klik Setting, pastu klik Email & Mobile..keluar macam gambar kat atas, pilih Yes, show mobile template... Jangan risau, kalau kita tak ada smartphone pun,.. yang penting rakan blog yang ada smartphone boleh baca blog kita dan komen... kan popular blog kita??... Jom la sama2 buat, nanti mama rajin nak jalan2 blog, kat mana2 pun boleh jalan2 blog... senang dan mudah,...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Result SPM 2012 dan Reporter Haram

 Dah besar 'anak2' mama....

Geng yang betul2 'mencabar' kesabaran mama... Aniq, Faizzuan,Afwan,Haziq,Azim..

Renukha...macam Melayu jer dia ni..

21 Mac 2012 menceritakan segala2nya. Segala debaran, segala penantian berakhir dengan episod separa gembira. Gembira kerana kesemua 'anak' mama lulus Bahasa Melayu tetapi agak sedih kerana mama tahu mereka mampu memperoleh keputusan lebih baik jika sikap dan komitmen mereka terhadap pelajaran lebih baik. Jika geng Azim, Aniq, Haziq, Afwan.. tak tidur, tak membuatkan darah mama naik setiap kali masuk kelas, tak buat lawak bodoh, tak.... tapi semuanya dah jadi kenangan. Hari ni mereka datang dengan seribu harapan, dan harapan mereka termakbul dengan keputusan yang sesuai dengan usaha dan sedikit kudrat yang mereka curahkan. Pada mama jika mereka curahkan lebih banyak kudrat, mungkin sejarah boleh diubah. Namun, betullah kita tak boleh mengulang kembali sejarah yang berlalu, namun kita mampu untuk mencipta sejarah masa depan. Maksud mama, sejarah bakal tercipta jika 'anak2' mama 5B tahun ni, mampu sedar dari lamunan lebih awal. Tadi mereka jadi reporter haram, berkeliaran menyibuk melihat gelagat calon SPM tahun lepas mengambil result. Mama lihat Izzad Danial, Asrul Ashraf, Azli, Kughan, Yagnesh dll menjadi reporter haram tak diundang. Alangkah baiknya jika mereka sedar bahawa, pada masa yang sama setahun yang lalu, 'anak2' mama yang mendapat keputusan SPM 'boleh tahan' tu juga sama seperti mereka, tak mahu duduk di kelas, x suka duduk di kelas, dan hasilnya? ... Mama yakin kamu boleh buat, dan mari sama2 kita buktikan ok... Insyaallah..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Akhirnya Kau Selamat Dilahirkan...

 Kelahiran ke-3 yang ditunggu-tunggu...

Kalau nak dikata mengandung normal, dah di'scan' memang normal. Nak dikata ada masalah masa proses melahirkan, rasa2nya semua masalah dah berjaya diatasi. Namun, entah apa sebabnya, kelahiran yang dinanti2 tertunda selama hampir setengah tahun!..Kalau mengandung ni, boleh dikata mengandung gajah?!.. Tapi alhamdulillah, akhirnya kelahiran ke-3 ni selamat juga, malah rupa paras 'baby' baru keluar dari oven tu jauh lebih cantik dan hebat berbanding yang sulung dan kelahiran kedua. Agaknya puas dah bermacam2 doa dipohon, walaupun lambat kelahiran kali ni betul2 hebat. Semua orang membelek 'baby' baru keluar dari oven ni, semua memuji kehebatan dan kehebatannya. Mungkin ada yang kata "siapa ayahnya.. siapa ibunya.." Mulalah siibu dan siayah takbur, kembang kempis hidung, sedangkan selama ini, puas siibu dan siayah dihina, dikeji, disindir..dek kelewatan kelahiran kali ini. Betullah kata orang, biar lambat asal puas hati... Nak tahu kisah selanjutnya kelahiran lewat ni?.. tekan tajuk di bawah yer...

Tips Senaman al-Quran

kakak Iman baru bertatih2 nak baca Iqra' 1... 

Hari ni info yang mama tulis agak berat, untuk pengetahuan rakan2 blogger.., huruf-huruf Quran ini memberi pengaruh kepada kesihatan kita. Sila rujuk Quranic Super Healing’ tulisan Mustamir Abdullah. Hal ini demikian kerana, bagi melafazkan huruf-huruf tersebut melibatkan organ-organ tubuh seperti paru-paru, kerongkong, ruang mulut, lidah, bibir, hidung dan sebagainya. AL-Quran ditulis dalam huruf hijaiyyah. Menyebut huruf-huruf ini dengan betul sangat penting dalam ilmu tajwid. Oleh yang demikian, seseorang perlu berlatih menyebut dengan bersungguh-sungguh supaya sesuai dengan makharij al-huruf (tempat keluar huruf). Makharij al-huruf bermaksud tempat keluar huruf  iaitu tubuh yang berperanan dalam pembentukan satu-satu huruf. Asal huruf adalah dari udara yang dikeluarkan dari paru-paru ke luar sehingga ke bibir. Bermakna, apabila kita membaca Quran, perlu menarik nafas terlebih dahulu agar dapat mengeluarkan suara. Bunyi suara itu pula bergantung kepada bahagian tubuh mana yang kita gunakan bagi mengeluarkan suara itu. Oleh sebab terbentuknya huruf itu berasal dari udara yang keluar dari dalam dada (paru-paru) sehingga mulut (bibir), para ulama tajwid membahagikan makhraj al-huruf kepada 5 :
  1. Al-halqi (kerongkong)
  2. Al-lisan (lidah)
  3. Al-jauf (rongga mulut)
  4. Asy-syafatani (dua bibir)
  5. Al-khaysyum (ruang hidung)
Melihat kepada penglibatan beberapa organ tertentu untuk menghasilkan bunyi huruf-huruf tersebut dapat di ibaratkan senaman bagi organ. Dengan membaca Quran, kita dapat menggerakkan organ-organ tersebut seperti mana kita melakukan pergerakan senaman untuk menggerakkan kaki, leher, tangan, pinggang dan sebagainya.Manfaat lain ialah dapat merangsang keluar air liur yang berperanan dalam membersihkan rongga mulut daripada mikroorganisma. Air liur bertindak sebagai pelincir aksi otot-otot lidah, bibir dan pipi. Aliran air liur mencuci permukaan mukosa mulut. Air liur juga berperanan dalam mekanisma pertahanan tubuh.
kredit untuk fikrahIslam

*** Oklah baru mama tahu, selain kita dapat pahala kerana membaca al-Quran malah kesihatan kita juga dapat dipertingkatkan apabila kita membuat senaman membaca al-Quran. Ingatkan senaman tu ala2 berjoging, melompat, berlari jer, rupa2nya senaman al-Quran pun ada... Jom kita bersenam dengan membaca al-Quran dengan betul.. Dah senam hari2 ker, atau terlupa???

Published with Blogger-droid v2.0.4

Don't Worry..JAIS tak ada

sumber sebelum diedit dr FB

Persoalannya, adakah kita yang bertamadun ni serupa macam spesies binatang? Perbuatan terlarang tanpa segan silu yang semakin berleluasa sejak akhir2 ni, menggambarkan betapa masyarakat sekarang dah semakin 'menyerupakan' dirinya dengan spesies binatang. Agaknya, dalam fikiran mereka "kalau binatang tak malu, kenapa pulak kita manusia kena malu... kan "kita" ni lebih tinggi darjatnya berbanding binatang"... Tapi yang peliknya, bila berani buat, tak berani pulak nak menanggung akibatnya, bak 'baling batu sembunyi tangan'.. kalau berani dan betul2 anak jantan,.. silalah berani nak tanggung anak yang bakal lahir,, jangan tanpa segan silu pulak nak membuangnya macam nak membuang ludah di merata2 tempat,.. kalau berani buat juga kenapa x berani ngaku, sanggup kata 'jumpa anak orang le' .. korang ingat pihak polis tu tak biasa ke tengok perempuan lepas bersalin, korang punya jalan berbeza le banding perempuan belum pernah melahirkan.. ye ke? Akibatnya? haa kene le duduk dalam penjara sehari,.. tapi lelakinya tak kena pulak kan? Agak2nya perempuan tu mengandung sorang2 koot?.. itulah lawaknya sistem perundangan di Malaysia... bila le undang2 ni nak adil?....

 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Aiman loves Vanilla Coklat

Aiman Loves Vanilla Coklat

Mama rasa macam menyampah masa tengok episod akhir Vanilla Coklat minggu lepas. Sebenarnya entri ni mama kena buat minggu lepas, tapi sebab sibuk teramat sangat, jadi malam ni baru mama sempat nak meluahkan perasaan terhadap cerita yang menjadi kegilaan ramai ni. Mama rasa jalan cerita ni dah best dah pada awalnya, macam mana pembaca dihidangkan dengan pengalaman manis pasangan baru berkahwin. Yang baru berkahwin tu mungkin dapat menghayatinya, malah yang dah lapuk ni pun tersenyum2 mengingatkan kisah lama tuut. Pelakon antagonisnya pada mulanya membuatkan mama benci tapi dalam episod akhir mudah sangat nak 'mematikan' peranan watak Iqram Dinzly. Patutlah cerita Melayu tak macam sinetron Indonesia yang emak mama ikuti walaupun episodnya beratus2. Dalam setiap episod ada konflik baru, walaupun kekadang konflik sengaja diada2kan. Contohnya dalam sinetron Anugerah di TV9 pukul 5.30 petang Isnin sampai Jumaat. Memang best tengok peranan watak Nabila, Mawar dan lain2. Tak macam Vanilla Coklat, tetiba jer bapa Zara terdengar perbualan komplot nak memisahkan anak dan menantunya. Dalam episod akhir, tetiba je bapa Zara berjumpa Iqram, marah2 sikit, Iqram 'bertaubat', bapa Zara 'terima', bapa Zara minta maaf ngan Aiman.... issshhh mudahnya jalan ceritanya,... pas tu wujud konflik sikit sebab 'bapa' Zara malu nak minta maaf kat 'bapa' Aiman... Zara pura2 sakit, sebab sakit semua ahli keluarga jadi 'cair' dan bertemu,... kisah Zara tak mengandung pun dijelaskan oleh doktor... isshhh sebab tu le mama tak tengok sangat episod akhir Vanilla coklat, sebab tipikal drama Melayu yang amat 'ringan' dan tidak memaksa penonton berfikir dan 'mengalami' debaran menanti saat akhir cerita..... Pada mama Drama Vanilla Coklat hanya menarik penonton yang gila dengan keayuan dan kehenseman Aiman Hakim & Izara Aishah... tertipukah kita?

tapi yang penting Aiman Syahmi memang suka aiskrim vanilla coklat

Published with Blogger-droid v2.0.4

PM & 1st Lady Selepas PRU 13

sumber FB ...

Macam ni lah wajah baru PM dan 1st lady Malaysia selepas PRU ke-13 nanti, insyaallah jika Dato' Hj Najib dan Datin Hajah Rosmah masih memegang tampuk pemerintahan negara. Kalau tak percaya, cuba tengok dalam manifesto 'negara Islam' PM sempena PRU 13... he hee... kalau betul kan bagus...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khairul Fahmi Dilamar Arsenal..

KFCM dilamar Arsenal & Measi main Perak...

Alangkah indahnya jika berita Metro ni menjadi kenyataan? Tadi mama tengok sebahagian game Malaysia vs Syria di kedai makan, teman abah,.. time tu masih 1-0, mama balik, keputusan penuh dah jadi 3-0! Apa hal Malaysia ni agaknya? Tak kiralah, Harimau Muda ke, pasukan senior Malaysia ke, pokok pangkalnya mereka mewakili bendera malaysia sebagai hero bola sepak kita. Mama ingat lagi, dulu2 Malaysia disegani juga dalam sukan ni, tapi sekarang confirm pasukan yang bakal melawan Malaysia mesti tersengih dulu sebab mudah sangat kot nak melawan pasukan kita. Apa silapnya malaysia kan, negara yang sedang dalam konflik, tak aman pun boleh menang, sedangkan kita? Mungkin dah tiba masanya FAM buka lembaran baru, cuba korek rahsia BAM ke, pasukan Squasy ke, PHM ke atas kejayaan mereka.. BAM ada juga lahirkan Dato' Lee Chong Wei, Squasy gah dengan Dato' Nicole dan Hoki Malaysia walaupun bertatih2 nak masuk Olimpik 2012, tapi ada juga berita gembiranya.. Malangnya harimau Muda ni,.. tak dapat masuk Olimpik satu hal, tapi kalah semua game tu yang satu hal besar....

sampai bila kita nak bertanding hanya untuk cari pengalaman???
Published with Blogger-droid v2.0.4

12 plus Rahsia Mummy Fasha Sanda

Mummy Fasha... ingat anak Jejai rupa2nya anak sendiri???

1. Wanita berusia 28 tahun ini gemar mengumpul fridge magnet dan juga botol perfume berjenama.
2. Fasha suka memasak dan hidangan yang paling pandai dimasaknya ialah masak lemak cili api.
3. Memiliki 7 ekor kucing di rumah. Fasha mengakui suka bercakap dengan kucingnya serta menggelarkan dirinya ‘mummy’ kepada anak2 kucingnya sendiri...
4. Fasha tak boleh hidup tanpa Blackberry.
5. Seorang yang kuat makan dan pantang nampak makanan.
6. Jangan tak tahu, pelakon Cinta Elysa ini pandai mencuci rambut budak kecil.
7. Sangat takut dan fobia dengan pacat kerana pernah digigit binatang itu.
8. Buah hati Jejai ini mengakui sudah lupa cara membawa kereta manual.
9. Seorang yang ringkas, suka pakai jeans, T-shirt serta tanpa sebarang solekan ketika keluar rumah.
10. Makanan kegemaran ialah laksa Perlis masakan ibunya.
11. Senang menangis bila berlakon tapi susah menangis ketika di luar.
12. Suka melakukan semua perkara sendiri dan sentiasa mengutamakan keluarganya dahulu.
Tentang perkahwinannya..
1.Bakal berkahwin dengan Jejai, desas-desus pada 29 April 2012, "memang betul saya akan bernikah pada hujung April ini, tapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar" --> biarlah rahsia..
2.“Memang benar saya akan bernikah di Kuala Lumpur. Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya". Patutlah artis cantik2 suka kawin duda, duda hensem dan kaya...
3.“Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara.” fuuuh kayanya artis kan, patutlah ramai nak jadi artis, kalau tak jadi artis x merasa nak kawin kat luar negara nak honeymoon kat oversea...
4.Baju kawin Fasha tidak ditaja, malah bajunya dibelinya sendiri!.. kata Rizman Ruzaidi pereka baju kawin Fasha. Empat pasang baju kawinnya berkonsepkan moden dan tradisional, bab harga pun Rizman tak boleh berkongsi untuk menjaga hati Fasha... alahaiperahsianya Fasha nie..


Published with Blogger-droid v2.0.4

MAIJ Bantu Adik Dirang...

Tiada lagi mee segera buat Dirang..

Ibu mana yang tidak hiba bila dengar kata2 "Kenapa biarkan anak saya mati".. sedih dan pilu rasa hati, mama tak tahu apa yang akan terjadi pada mama jika anak mama senasib Dirang.. Mayatnya hangus terbakar oleh pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. Dalam satu kenyataan, MAIJ bakal membantu menguruskan pengebumian adik Dirang, almaklum jenazahnya hanya tinggal serpihan sahaja. Mungkin sedikit kelegaan pada ibu Dirang apabila jenazah Dirang bakal diuruskan seperti jenazah sempurna. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata bahawa kita perlu mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku, menurut beliau lagi, "Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," lebih2 lagi yang disyakki membunuh adalah orang Islam!!.. Pihak JKM pula akan memberikan khidmat kaunseling dan bantuan RM200 sebulan kepada ayah tiri mangsa sehingga beliau mendapat pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

Kasih ibu sampai ke mati...

Iktibar daripada peristiwa ini, pada mama kejadian ini mencerminkan kepayahan hidup masyarakat Melayu di tengah2 bandaraya. Banyak lagi kisah masyarakat yang meruntun jiwa, yang wataknya ialah anak-anak keluarga Melayu. Harap2 lepas ni, pihak JKM lebih' membuka mata', jangan selepas berlakunya sesuatu benda yang buruk baru nak membantu...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Penapis Air Mineral Peluh Bangla

 Syoknya mamat Bangla ni bagi kita minum...

Cuba bayangkan air mineral yang kita minum tu datangnya daripada penapis air canggih yang dilakukan oleh mamat Bangla seperti dalam gambar. Dahlah air paip tu dah penuh dengan segala pencemaran, ditambah pula dengan pencemaran segera peluh mamat tu, .. sebab tu lah air yang kita minum ada perisa tambahan!!!???.... 

 Mama nak Coway tapi mahal sangat la..

Al Jabbar mama mampu kot...

Sebelum perut kita kenyang dengan air perisa peluh mamat Bangla tu, jom kita 'melabur' sedikit dengan membeli penapis air, x kiralah produk mana pun, ikut kemampuan masing-masing. Mama hanya mampu nak dapatkan produk alJabbar kot, jadi sesiapa yang pernah gunakan produk ni bolehlah berkongsi dengan mama. Mengikut sumber, kelebihan penapis air ni:

Sistem Air Dr. Jabbar Energy Life
Sistem air Dr. Jabbar Energy Life mengambil contoh prinsip mata air mineral
dan air bukit semulajadi. Ia menggunakan bahan-bahan dari alam
semulajadi dan karbon diaktifkan berkualiti tinggi dan seramik biotenaga.
Molekul air diubahsuai untuk memudahkannya diserap oleh badan sekaligus
membuang toksin, kekotoran dari badan kita dan memperbaiki peredaran darah.
Sistem air Dr. Jabbar Energy Life berfungsi dengan sistem 7 penapisan yang
bermutu tinggi menggunakan teknologi Jepun dan Korea berupaya menyah
toksin, kekotoran dan pelbagai bahan cemar kimia sekaligus menjana
"AIR HIDUP". Faedah yang dapat kita perolehi dari penapis air yang baik
seperti Dr. Jabbar Bio-Aura Water Life System bukan sahaja memberi kita air
yang bersih, segar dengan menyahkan bahan cemar kimia yang tidak
kelihatan dengan mata kasar, malah ia juga menghasilkan air yang
mempunyai AURA dengan tenaga "bio-electromagnetic field" yang tinggi untuk
kesihatan yang optima.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tinggalkan Suami atau Big Apple ...

Memang sedap sehingga menjilat jari
Donut..... sedappppppnnnnyyyaaa
gambar hanya hiasan...

Dalam dilema ni, nak tinggalkan mana satu? Tinggalkan Big Apple atau Suami?.. Hisshhhhh dimakan sedap dibuang sayang nieh... Semenjak mama kenal Big Apple, rasa cinta padanya sukar nak diucapkan. Sebab rasa cinta pada Big Apple  menyebabkan BMI mama melebihi tahap sepatutnya,... Kalau mama tak tinggalkan Big Apple, takut2 mama pulak ditinggalkan sebab suami mana suka kalau isteri obesiti... kalau x kisah hal suami, mama kisah takut2 penyakit pulak yang suka kat mama... so mama tengah menangis ni, nak tinggalkan siapa ni... ada idea?
Published with Blogger-droid v2.0.4

Bomba habis SBPA batal, SSM Kekal...

 Kakak Iman ponteng sekolah ikut mama...

 Alamak.. lawaknyaa...

 Peliknya mama....

Issshhhh anak dara mama p camping ke p bersolek??

Gambar macam tak ada kaitan kan? Saja nak 'menyejukkan' hati dan 'menghentikan' ketawa, perut macam digeletek2 nieh... sebabnya??? Mama baru balik dari camping kadet Bomba di Laguna Park, penat belum hilang, migrain belum reda, telinga pulak geli2 terdengar perbualan kawan2. My hubby p Putrajaya, ada perhimpunan.. sok sek sok sek... alaa.. SBPA tak jadi, SSM balik semula!! ha?.. Baru minggu lepas rasanya mama dengar daripada rakan2 yg p RAPAT... gaji guru akan naik 700 ke atas ikut gred. Masing2 tersenyum lebar, macam2 perencanaan ada dalam kepala... tup2 pagi ni dah le tengah lepak tengah2 panas, dapat plak khabar tentang SBPA tak jadi???.. Mama bukan kalut sangat SBPA x jadi, tapi mama geram le sebab seolah2 perancangan kerajaan ni macam melepaskan batuk di tangga jer, banyak yang tak betul sana sini dan bila dikomen, ambil jalan pintas, batalkan... gambarannya apa? Umpama 'bapak' nak bagi 'gula-gula' kat anak-anak, tapi malangnya 'anak-anak' dah 'bijak'.., bukan setakat nak gula-gula tapi nak 'burger' sebab mana aci, 'adik bongsu' dapat 'gula-gula', tapi 'abang long' dapat' burger', sedangkan yang tolong ayah adik bongsu, abang long 'pandai arah jer'..... ayah pulak tak mahu pusing, terus kata tak jadi nak bagi apa-apa!!!... apa la 'ayah' niii...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiga Hari Bersama Bomba


Tiga hari bersama bomba di Laguna Park.. dah boleh jadi bomba ke? Jom la cuba call 999, tentu bomba yang  jawab!!... Ayat penat dan letih nie, sebab almaklumlah keadaan di Laguna Park, sapa pernah sampai sini, walaupun berkhemah dan berbumbung tapi angin tepi laut ni, panas semacam. Bukan panas terik tapi bahang yang tak tertahan ni. Sesiapa yang ada migrain, tolonglah jangan mengada2 nak datang ke sini sebab confirm migrain tahap gaban nanti. Tambah2 mama terlepas Vanila Coklat malam tadi, maka migrain tahap super gaban ni .....


Ok la, nanti2 sambung lagi sebab sekarang ni tetiba jer hujan,... budak2 cina dah menjerit2 nie,..suka kot sebab pagi tadi sikit punya panas,.. bila hujan sejuk sikit rasanya bumi ni.  Kejap lagi nak sambung kawad menyelamat kering.. apa beza antara kawad kering atau basah? ... x pa, migrain tahap gaban ni pun boleh jawab.... k...

Clark Kent Mengeluh...

Kasut oh kasut...

Teringin nak pakai kasut, tapi apakan daya.... Mama ingat, mama pakai kasut dua kali je, 1st masa konvo ukm dan 2nd masa konvo kpli, sbb wajib pakai. Lepas tu, mama tak kira dalam majlis apa2 pun mama akan pakai sandal bertumit je, almaklum kaki jenis mengembang macam belon...dalam diam mama simpan hasrat nak pakai jugak, orang kata kasut jenama clark ni lembut.... mama dah x pandang harga, keinginan memuncak2, so clark jadi milik mama. Mama cuba pakai, ok nampak, x melecet, mama pakai masuk kelas, macam ok.. sejam mama berdiri.. masalah sama timbul semula,.. mama keluarkan kaki... fuiiihhh taubat dah x mau dan x akan pakai kasut,... bukan x ingin tapi x mampu.. siapa ada masalah kaki jenih kembang semangkuk faham rintihan mama...

3 hari x berblog rindu rasanya..
esok, 3 hari lagi berpisah dengan blog sbb kene p camping
jom layan Laguna Park camping Kadet Bomba 2012.....

 
Published with Blogger-droid v2.0.4
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012