Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Guru Super Tensyen

Cikgu Iza | May 28, 2012 | 12 Komen |
Hi kertas bilakah nak berkurang ni

Genap tiga hari tak mengupdate blog ni menandakan mama tensyen pada tahap super punya. Apa tidaknya, 9 kelas nak kena tanda semua nya esei pulak tu!. Almaklum guru tak cukup, jadi cikgu tingkatan 4 dan 5 cuma 3 orang saja mengajar 6 kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5. Dua belas kelas bahagi 3 cikgu jadi kami dapat 4 kelas seorang. Satu subjek ada 2 kertas, bermakna 8 kelas,.. mana jadi 9 kelas tu?? Haa, sebab cikgu masih tak cukup jadi kami kena lego dapat tambahan 1 kelas lagi!!. Siapa yang pernah tanda kertas exam BM tingkatan 4 dan 5 faham la keluhan mama ni, kan....
 
 Siapa pernah ke sini?

Mama tambah tensyen bila melihat peta di atas ni. Kakak Iman tahu tentang tempat  ni pun melalui iklan di TV 3. Alahai kakak Iman, mama ni nama je duduk di Kelang tapi bab pergi ke KL tu mama memang tak reti la. Mama pergi Sogo pun naik LRT, mama kidnap tudung di Jalan TAR pun naik LRT. Mana la mama tahu nak ke situ... Oleh sebab cuti sekolah, kalau boleh nak juga bawa kakak Iman ke sini. Mama dapatkan info di Youtube, memang best rasanya kalau dapat bawa kakak Iman, Syahmi dan Dahiyah ke sini. So mama tanya kawan2 jalan paling mudah ke situ dari Kelang, dan itulah hasilnya... masuk Highway Federal,.. jumpa 'jambatan Penang', masuk Highway Damansara-Puchong, pas tu nampak signboard TTDI.. pastu nampak aar signboard The Curve, Ikea dan tempat tu.... siapa pernah ke sana? Ada jalan lebih mudah ke sana dari Kelang???? Tolonglahhhh....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lisa Sudah Berisi

Cikgu Iza | May 25, 2012 | 17 Komen |
Lisa dan Yusry memang penyayang

Khabarnya, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50 kilogram sekarang. Almaklum, Lisa kini semakin bahagia setelah 3 bulan berkahwin. Malah, Lisa kini sudah semakin berisi. Wow, tentu ramai peminat Lisa yang tumpang gembira dan meramalkan Lisa dan Yusri Junior secomel mama dan papa mereka. Menyentuh soal anak ni, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui dia tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Haa... sebab tu lah Lisa sudah berisi tau. Gembira dan nak tau kisah sebenarnya... baca lagi yer...

 Untungnya dapat mama Lisa dan papa Yusri

Nazmi Faiz Mansor 2015

Cikgu Iza | May 24, 2012 | 7 Komen |
Nazmi Faiz Mansor

Dunia sukan bola sepak Malaysia diledakkan dengan berita Nazmi Faiz Mansor yang berjaya menjadi kesebelasan pemain kelab Portugal, SC Beira-Marr. Pujian demi pujian dilontarkan kepada pemain muda berusia 17 tahun ni. Malah dalam Harian Metro hari ni, Nazmi diibaratkan seperti Pablo Aimar, bintang Benfica walaupun bertubuh kecil tetapi begitu menyengat.
Difahamkan Nazmi mengikat kontrak selama 3 tahun bersama pasukan SC Beira-Marr. Diharapkan agar sepanjang tiga tahun tersebut Nazmi mampu belajar dan mengutip segala pengalaman dan peluang yang ada bermain di Eropah. Diharapkan juga, setelah 3 tahun bakat Nazmi akan terus gemilang dan menjadi ikon bola sepak negara yang disegani.
Tapi, ada kemungkinan juga Nazmi 'tenggelam' dibayangi barisan gah pemain hebat Eropah. Akibatnya, dia hanya mampu mengisi bangku pemain simpanan dan akhirnya kontrak tamat tanpa sebarang peningkatan mutu permainannya. Maka, Nazmi pun pulang ke Malaysia tanpa 'disedari', walaupun bukan dengan cela dan umpatan. Biasalah tradisi kita kan, pasukan yang menang disambut dengan pujian, pasukan kalah dihina mati-matian. 
Mama bukan doakan sedemikian, namun segala-galanya mungkin. Sistem pendidikan di Malaysia masih berorientasikan peperiksaan. Cuma, mulai pelajar Tingkatan 1 2012, transformasi berubah apabila sistem peperiksaan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian berdasarkan sekolah (PBS). Ini bermakna, Nazmi tidak termasuk dalam golongan ini. Nazmi masih lagi termasuk dalam kelompok sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, bermakna kecemerlangan dalam peperiksaan amat dituntut sebagai kunci mendapatkan pekerjaan baik pada masa hadapan.
Apa nasib Nazmi? Dia ke Portugal hanya berbekalkan keupayaan dan ketangkasan bermain, bukan dengan apa-apa kelulusan. Pendek kata, dia ke sana tanpa SPM. Mampukah dia 'diangkat' dan mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan jika dia gagal dalam arena bola sepak? Adakah keistimewaan yang bakal diberikan atau adakah Nazmi akan dibiarkan dan terpaksa menjadi 'buruh' di mana-mana untuk menyara kehidupan? Inilah dilema atlet di Malaysia, kehebatan dalam sukan tidak dianggap keistimewaan, apabila prestasi merudum, ahli sukan terpaksa bertatih sendirian untuk berjuang meneruskan kehidupan. 
Harap-harap Dato' Ismail Sabri Yaacob mampu memperjuangkan nasib atlet, semoga tiga tahun Nazmi beraksi di Portugal menyamai 3 tahun pengajian di universiti, maka setelah 4 tahun, Nazmi juga mampu menghadiri 'konvokesyen'nya, dan dia mampu menjadi 'orang' walaupun 'gagal' dalam sukan. Tolong ye, Dato', demi mutu sukan negara.. betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Debat PTPTN Sinar Harian Perluke?

Cikgu Iza | May 23, 2012 | 15 Komen |
 KJ

 Rafizi

Moderator

Semalam pukul 10-11.30 mama tengok Debat PTPTN di Astro Awani. Abah kerja malam, so anak2 dengan mama. Mama tidurkan Dahiyah awal-awal, dengan harapan dia akan tidur masa debat berlangsung. Tapi malangnya, pukul 11 mama lihat kelibat kecil keluar dari bilik lalu jatuh atas carpet sambil meraung. Alamak, Dahiyah bangun, maka perhatian mama terhadap debat terganggu la.
Ok, cerita pasal Debat. Mama rasa bertuah dan beruntung sesiapa yang mendengar perdebatan ni kerana moderatornya tidak berat sebelah seperti debat2 lain yang mama pernah ikuti di TV3. Semua sedia maklum kerana TV3 milik siapa, so faham-fahamlah. Mama tak sangka Sinar Harian bersama Astro Awani berani dan mampu melakukan transformasi menyiarkan debat yang 'bersih' serta mencabar ketua kerajaan dan ketua pembangkang berdebat pula sebelum PRU 13
Mama rasa, inilah baru dikatakan kebebasan bermedia di Malaysia. Semoga jejak langkah Sinar Harian dan Astro Awani dituruti dan dicontohi oleh pihak media lain, termasuklah media alternatif.
Nak tahu pasal debat? Carilah di Youtube tentang Debat PTPTN malam tadi kerana blog mama bukan blog berbaur politik. Mama cuma suka sebab kebebasan bermedia sudah mula berputik, alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wow Gerenti Dara

Cikgu Iza | May 22, 2012 | 7 Komen |
 Gerenti masih ada dara
 Tapi rasanya yang macam ni lagi manis.. tertutup..

 Baru tak membazir..

Pada lelaki yang mengutamakan kecantikan dan rupa paras sebagai pra syarat utama memilih calon teman hidup, tentu sahaja ternanti2kan iklan macam di atas. Beli isteri dari Vietnam hanya USD 600 = >/ Rm2400 kot, gerenti masih dara, gerenti akan terima dalam tempoh 90 hari, dan jika lari dalam jangkamasa setahun akan diganti balik secara percuma. Jom siapa nak cuba call no ni, 24434 ex 22212. Tak dapat,.. x pa sila cuba lagi.
Tentu ramai lelaki yang tersenyum kambing malah berkira2 untuk memilih saja gadis menjadi pilihan hati. Tapi rasa2nya pilihan tu penyejuk hati ke? Rasa2nya hati tenang ke kalau pasangan kita terlalu cantik ni, silap2 setiap hari kehidupan disulami rasa cemburu dan takut sidia ada yang lain. 
Pada mama, kalau nak memilih pasangan hidup, biarlah yang menyejukkan mata memandang dan membuatkan hati tenang sentiasa. Misalnya dalam gambar kedua, hanya pasangan saja yang tau kecantikan pasangannya kerana sidia bertudung. Kan lebih aman? Bukan maksud mama si artis jadi pilihan, gambar tu hanya hiasan. Almaklum, kita kan suka yang cantik2, jadi mama tepek la gambar yang cantik dan cun. 
Kalau bertudung, masalah gambar terakhir pun tiada. Biasalah perempuan sibuk nak mendandan diri. Padahal, perubahan pada rambut tu sikit jer, tapi sebab teruja nakkan fesyen rambut terbaru, sanggup berhabis duit, berbanding lelaki, dengan bayaran sedikit semuanya sudah ditebas, baru berbaloi-baloi.. 
So, cari sidia yang bertudung, pasti duit kita tak habis nak belanja sidia di salun setiap bulan... Cik abang pun tak susah nak suruh sidia bertudung sebab sidia dah tahu hukum bertudung, kan mudah kerja ko suami...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Blogger-blogger comel Malaysia

Cikgu Iza | May 21, 2012 | 18 Komen |
 arathelady

Kenali Arathelady di sini. Wajahnya tidak termasuk dalam senarai blogger comel di Mynewshub, tapi pada mama Arathelady juga antara blogger comel, malah kecomelan dan kehebatannya melontarkan idea membuatkan dia menjadi tetamu Generasi Y di TV 1 pada Sabtu.

dan

Sebenarnya, mama kurang mengenali blogger2 comel ni, almaklum mereka blogger2 comel muda yang ramai peminat, bijak berbicara, disukai ramai, dan berjaya menambat puluhan ribu follower di blog masing-masing. Kalau nak dibandingkan antara blog usang mama ni, macam langit dengan bumi.Kredit untuk Cikepal kerana mengumpul antara blogger comel di Malaysia ni.

Pada mama, blogger comel ni bertuah kerana selain dianugerahkan rupa paras yang cantik, rata-rata mereka juga bijak menulis dengan idea yang superb, pasti menggamit kedatangan ramai follower dan pengomen.  Mungkin zaman teknologi canggih yang memuatkan segala idea dijaja menerusi blog, tweeter, Fb dan banyak lagi wadah maya sesuai dengan zaman mereka. Zaman mama muda macam mereka dah berlalu, zaman muda dan kurang komitmen dulu2 mama cuma kenal YM dan Space sebagai media sosial secara maya mama. Sekarang ni baru bertatih nak berblog, maka blog 'orang tua' ni hanya sesuai sebagi blog memecah kebosanan diri sahaja.

 Ben Ashaari siapa tak kenal..

Semalam, bersama2 Arathelady, Ben Ashaari juga menjadi tetamu Generasi Y. Alangkah bertuahnya mereka, mereka terkenal sebagai blogger dan mereka bijak juga berbicara. Kalau mama? Alamat rancangan tv terpaksa dihentikan kerana tetamu tak biasa bercakap!!..

 Anak blogger la yang paling comel di dunia ..

Maaflah yer, walau sebanyak mana pun blogger comel yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun anak2 mama lah yang paling comel di dunia. Bukan memuji diri sendiri, tapi anak2 anugerah Allah ni lah manusia paling comel yang dianugerahkan untuk mama,..



Published with Blogger-droid v2.0

Mama masuk Majalah Inersia

Cikgu Iza | May 20, 2012 | 4 Komen |
lensa Inersia merakanm gambar HG 

Esok mama bakal masuk majalah tau. Majalah Inersia terbitan keempat. Siapa pernah dengar nama majalah ni? Tak pernah? Tak patut kalau tak pernah, nama majalah ni dah sepopular nama majalah hebat yang lain tau. Tak percaya? Memang patut pun kalau tak percaya, sebab mama masuk bakul angkat sendiri je. 

Laporan HG 

Dalam entri ni, mama muatkan beberapa laporan yang bakal mama hantar buat kali pertama kepada pencetak majalah esok. Berdebar2 sebenarnya sebab semua laporan ni, lihat senarai laporan dalam gambar di bawah,.. merupakan hantaran pertama mama sebagai su majalah sekolah. Ok, terbuka dah rahsia. Mama bukannya masuk majalah mana2 pun. Almaklum sendiri terbit, sendiri pilihlah gambar yang ada muka sendiri kan... Boleh buat kenang2an untuk kakak Iman Athirah, abang Aiman syahmi dan adik Iman Dahiyah bila dia orang besar nanti, mama masuk majalah!!!.. 

 Laporan Saya Sayang Guru

Mama berharap semoga semuanya berjalan lancar esok. Kalau kerja mama siap awal, maka peluang mama nak ber bw dan melepak2 di blog lebih lama lah lagi kan...  Semoga Cik Saidatul, wakil dari pencetak tu dapat buat kerja tip top tahun ni. Tahun lepas majalah lambat keluar gara-gara nama KP KPM lama diterbitkan semula.. harap2 tahun ni mama tak se careless su tahun lepas tu ek..

Hantaran pertama

Ni la fail hantaran pertama mama esok. Puas dah mama semak dan edit, harap2 tiada kesilapan ejaan dan gambar2 betul ikut program. Jangan program lain tapi gambar lain plak dan gambar lain caption lain plak. Sebenarnya, susah gak kerja su majalah ni kan. Harap2 mama mampu buat yang terbaik.  Sesiapa yang ada pengalaman tolonglah kongsi2kan yer,.. oppps... 

iklan satu jer dari kolej WIT, sesiapa yang nak beriklan di majalah sekolah mama, sila angkat tangan??
Published with Blogger-droid v2.0.4

Hafiz Superstar Mania

Cikgu Iza | May 19, 2012 | 8 Komen |
Hafiz memang superstar
 
Ahmad Dhani menumpang Hafiz atau ditumpang Hafiz?

Pentas Mania 2012 berlabuh tirainya dengan Hafiz keluar sebagai superstar Mania pertama. Memang mama dah pilih dan menjangkakan Hafiz boleh menjadi superstar Mania kerana bakatnya yang memang lain daripada peserta yang lain. Dia memang tiada tandingannya buat masa ni. Kalau ada pun sedikit cabaran daripada Jacqlyn Victor. Namun Jacqlyn hanya mendapat tempat ke-3, sementara tempat ke-2 milik Stacy

Tahniah kepada Astro, lebih-lebih lagi Aznil kerana berjaya menghidupkan Mania dan membuatkan mama berada di depan tv berbanding Mentor TV 3 yang dah hilang seri dan taringnya. Cuma kehilangan beberapa bintang dan keputusan yang agak memeranjatkan dalam pusingan separuh akhir minggu lepas yang 'mencacatkan' sedikit pandangan mama terhadap Mania. 

Ahmad Dhani pula muncul sebagai produser superstar Mania apabila anak didiknya, Hafiz berjaya menjadi superstar Mania. Hafiz membawa balik RM 500 k sementara Ahmad Dhani membolot Rm 300 k. Lepas ni, demam lagu-lagu Indonesia akan semakin melanda Malaysia memandangkan produser dari sana muncul sebagai produser superstar Mania. Mama tertanya2, jika rancangan bergantung 100% pada sms seperti ini diadakan di Indonesia,  adakah produser luar, terutama dari Malaysia akan menang? Mama rasa semangat keIndonesiaan mereka amat kuat dan amat sukar penyanyi, apatah lagi produser Malaysia menyelinap masuk ke sana. Namun mama masih percaya pada seni bersifat universal, maka tiada batas dan sempadan dalam menilai seseorang ahli muzik. Alangkah indahnya, jika kawan 'di sana' pun berfikiran begini.... Mama terbayangkan Hafiz menjadi pujaan di Indonesia,.. boleh ke?
 
Stacy tempat kedua
 
Jacqlyn tempat ketiga
Published with Blogger-droid v2.0.4

Nora Danish ulangi kesilapan Fasha

Cikgu Iza | May 18, 2012 | 11 Komen |
Nora dan Adi Putra satu kapal tunai umrah??
 
Foto bersama, kebetulan atau suratan?

Mama ada terbaca kisah Nora Danish, dan kisah Adi Putra yang memfailkan kes perceraiannya dengan Aida Yusuf.  Selama ni kredit diberikan kepada Nora, semua menuding jari kepada Fasha Sanda penyebab keruntuhan rumahtangga Nora dan Jejai. Namun, kisah terbaru ni membuatkan mama terfikir 2 kali. Sebenarnya, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Walaupun Adi Putra menafikan kewujudan Nora Danish sebagai punca goyahnya rumahtangganya, namun 'bangkai gajah' tak mungkin diselimut dengan gebar sutera saja. (ada ke kiasan macam ni??) Lambat laun, berita akan tersebar juga. Nasihat untuk Nora : walau marah tahap gaban pun terhadap Fasha, namun jangan ulangi kesilapan Fasha. Nora perempuan, Aida pun perempuan, so mama tahu Nora faham akan perasaan Aida ... jadi tolonglah jangan ulangi kesilapan Fasha. Kematangan Nora melayan nafsu dan mengatasi masalah peribadi lebih menonjolkan keperibadian Nora yang mulia. Mama rasa masih ramai lelaki yang ternanti-nantikan Nora yang sedikit pun tak luak kecantikannya. 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Gaya Tidur Seksi masa Exam

Cikgu Iza | May 17, 2012 | 12 Komen |
Zarul zzzzzzzzzzzz

Masih dalam mood Hari Guru, jadi mama pun tulis entri yang ada kaitan dengan cabaran para guru. Pernah tak berhadapan dengan situasi macam dalam gambar. Kalau mama hampir setiap kali musim exam, macam2 gaya tidur dapat mama rakamkan. Yang peliknya, time tak periksa wabak tidur tak pula melanda. Wabak merayap dan ponteng serius sangat time tak periksa, tapi time periksa wabak tidur pulak melanda.  

Fizi zzzzzzzz

Fizi ni dah pernah kena hukum ko dari sekolah masa form four tapi form 5 dapat masuk sekolah semula. Malangnya, tak ada sedikitpun rasa bersyukur dalam diri dapat peluang kedua, malah semakin mencabar para guru dengan sikap macam ni...

Afiq zzzzzz

Afiq ni pulak macam biskut cipsmore, kejap ada kejap tak ada... Time sekolah biasa tak pernah datang, tapi time periksa nak pulak datang. Secara logiknya, siapa tak belajar dapat ke jawab periksa? Jadi apa sebenarnya motif mereka datang sekolah? Mungkin mereka mahukan sijil tamat tingkatan 5 untuk membezakan mereka dengan murid2 lain yang hanya ada sijil pmr kot?

Bukan niat mama nak memalukan sesiapa, tetapi mama nak ceritakan inilah cabaran yang para guru hadapi sekarang ni. Anak murid yang tiada niat langsung nak belajar yang datang ke sekolah. Kalau di Johor dulu, apabila ditanya murid cina kenapa datang sekolah... "Singapula mau itu sijil form 5 la lau ser...sana gaji tinggi loo".. sebab tu mereka datang sekolah, nak sijil tamat tingkatan 5 dan kemudian berlumba-lumba mengejar peluang di kota Singa. Tapi murid di Selangor ni nak kejar apa? Mungkin North Port, South Port, dan West Port pun menagih sijil tu kot. Hii anak2 bangsaku, kenapalah kamu cuma nak sisa orang lain jer, bukan meratah menu utama dan tinggalakan untuk orang lain yang sisa?.. entahlah, mama masih mencari2 jawapannya...

Yang mana satu gaya tidur anda? Jom pilih gaya tidur kita.... klik sambungannya...

Rasa Mual Hari Guru

Cikgu Iza | May 16, 2012 | 9 Komen |
Unik Khalish dan 1st time muka serta nama sebenar muncul.. rasa nak tergelak ada..

Unik lah Kalish tahun ni kerana terpampang muka masing-masing pada cenderamata Hari Guru. Barulah tau cenderamata tu khas untuk indidvidu tu, tahniah pada Kelab Khalish 2012. Secara kesuluruhannya sambutan Hari Guru hari ini enjoy yang amat sangat. Dari sukaneka yang memang kelakar, makanannya yang amat banyak dan pelbagai, sampailah ke upacara sambutan yang meriah. Tahun ni cikgu bujang dan para pentadbir sporting nak menyanyi. Tahniah lah Kelab Khalish atas kejayaan mengendalikan Hari Guru yang lain daripada yang pernah mama sambut sebelum2 ni...
 
Ilustrasi sambutan hari Guru

Mama sempat juga menyelak beberapa akhbar untuk PSS. Macam-macam ucapan untuk guru yang disampaika oleh macam-macam pihak. Dari parti politik sampailah ke syarikat swasta dan sekolah swasta, masing-masing sibuk menyampaikan ucapan yang berbunga-bunga dan begitu kreatif. Lepas ni, layanlah antara ucapan yang dipaparkan di akhbar2 hari ni. 
 
Ucapan daripada Dacing

Ucapan daripada Celcom
Ucapan daripada Kolej Unit

Dah baca? Rata2 semuanya macam mengagung2 dan mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru. Tapi mama pelik, kenapa masih ada ibu bapa yang bersinsing lengan bertegang urat memarahi guru kerana 'mengasari' anak-anak mereka. Kenapa masih ada anak-anak murid yang dikasihi menengking dan biadab terhadap guru jika kata-kata dan ucapan seperti di atas ikhlas lahir dari sudut hati mereka. Atau, ucapan ni hanya retorik bak menanam tebu di pinggir bibir? Sebenarnya, mama rasa ucapan terima kasih dan pujian terhadap guru hanya mainan bibir sahaja selagi kes biadab, kes melawan guru, kes menyakitkan hati guru dll masih berleluasa. Tadi mama rasa mual melihat Qayyum dan Ikram memeluk PK HEM, padahal merekalah penghianat bertopengkan manusia sebenarnya....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wow Muhyidin Yassin Ucap Selamat pada Mama

Cikgu Iza | May 15, 2012 | 6 Komen |
Nampak tak TS Muhyidin Yassin tuw..

Siapa yang jeles sila angkat tangan!. Betul, TS Muhyidin Yassin telah menghantar kad ucapan selamat untuk mama. Tentu tak ramai yang pernah menerima kad daripada orang nombor dua negara ni kan.  Tapi sebab apa pulak TS kirim kad pada mama, sedangkan birthday mama bulan Disember. Haa,.. sebabnya ialah


esok hari mulia

esok hari bahagia

esok hari perlu diingati semua

esok hari indah

esok hari untuk semua..

yang pasti.. esok ialah Rabu, 16 Mei 2012





Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Sebab tu lah TS Muhyidin Yassin mengirimkan kad Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Tentu semua guru dah melihat kad cantik ni kan. Biasanya, saban tahun YB Rahman Palil, Adun Sementa yang hantar kad beserta sebiji kek besar untuk kami, tapi tahun ni, bos KPM pula yang sudi menghantar kad ucapan. Semua orang kata kad ni kad jemputan untuk mengundi PRU 13. Jom mengundi yer... oppss Selamat Hari Guru untuk semua guru mama, emak mama kerana emak guru, abah mama kerana abah juga guru, adik mama kerana Ami juga guru, kepada mama kerana mama guru, kawan2 guru mama dan semua guru la,.. tanpa kalian sukar untuk membentuk generasi madani Malaysia.. terima kasih, cikgu..
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wow Fasha Sanda Bunting Pelamin

Cikgu Iza | May 14, 2012 | 8 Komen |
Fasha Sanda bunting pelamin.. alhamdulillah

Banyak blog dah memaparkan kisah ni. Mama terbaca dari Gua.com.my dan berita terkini dari MH ni. Tahniah mama ucapkan kepada pasangan Fasha dan Jejai. Kalau di Bilik Guru, cikgu yang bunting pelamin dan berkahwin pula dengan duda.. mesti suara-suara sinis berbunyi "patutlah cik abang dah tahu teknik..". Tahu ke tak tahu ke, yang pasti kehamilan ni merupakan anugerah Allah yang wajib disyukuri. Cuma yang agak pelik, dalam masa dua minggu dah tahu ke kita pregnant? Lagipun mereka baru berkahwin tak sampai sebulan,pada 27 April, hari ni baru 14 Mei... dah lambat ke Fasha? Hai entahlah, tak baik memikir yang bukan urusan kita kan. Buat Jejai, jangan terlalu menumpukan perhatian buat anak yang bakal lahir je. Anak pertama dengan Nora Danish juga merupakan amanah Allah yang wajib diutamakan. Semoga pasangan ini terus bahagia melayari dunia rumah tangga dan dikurniakan anak yang comel yang bakal mengukuhkan ikatan kasih sayang Fasha - Jejai.....
Published with Blogger-droid v2.0.4

Syabas Malaysia Juara

Cikgu Iza | May 14, 2012 | 5 Komen |

Syabas Malaysia Takluk Asia

Cium jangan tak cium...

Syabas Malaysia kerana berjaya muncul sebagai juara Hoki Ramaja Asia.  Kejayaan lebih manis apabila Malaysia berjaya menundukkan musuh tradisi dan kuasa besar hoki dunia, Pakistan. Mama berharap agar anak-anak remaja ni mampu menyinarkan semula kegemilangan hoki tanah air. Ingat lagi zaman sekolah dulu-dulu, sekolah2 yang ada pasukan hoki ni biasanya sekolah2 besar, sekolah2 ada nama, macam SMK Tinggi Kluang dan SM Sains Johor. Liga hoki pun hanya disertai oleh sekolah2sekolah elit ni. Berbanding dengan permainan bola sepak, semua sekolah yang ada di daerah tu akan memasuki liga, bermakna jika ada 20 buah sekolah menengah, bermakna ada 20 pasukanlah yang bertanding.
Zaman berubah, dan kini mama pula jadi cikgu sekolah. Tapi yang pasti, mama lihat budak2 yang masuk pasukan bola sepak merupakan murid2 bermasalah dalam pelajaran, mereka malas belajar lalu mereka bermain. Berbeza dengan pasukan hoki,.. hanya sekolah2 tertentu sahaja yang ada pasukan hoki. Yang pasti di sekolah mama tiada pasukan hoki pun, kerana sekolah mama bukan sekolah elit yang mempunyai budak2 elit. Sekolah mama ibarat 'tong sampah', budak yang dibuang dari sekolah lain akan ditempatkan pula di sekolah mama!..
Kalau kita baca deretan nama pemain senior hoki Malaysia pun, ada nama2 yang berpangkalkan doktor, peguam dan lain-lain. Pemain hoki senior juga diterima bekerja di bank-bank. Apa yang mama cuba sampaikan di sini ialah, jika pemain tu seseorang yang baik latar belakang akademik, tak mustahil prestasi dalam bidang sukan juga akan baik. Sukan dan akademik bukan suatu entiti yang terpisah, kedua-duanya saling berkaitan, jika remaja aktif bersukan secara tidak langsung otak mereka akan cerdas dan mudah menerima pelajaran. Begitu juga jika pelajar bijak akademik, secara tidak langsung mereka akan bijak mengatur strategi dan akhirnya akan menang.
Mama rasa sudah tiba masanya KPM menekankan bidang akademik selari denga bidang sukan. Kita mahu pemain yang bijak mengatur strategi menentang lawan dan bukannya bermain bermati-matian tanpa arah tujuan. Tu sebabnya, walaupun bola di depan gawang tapi pemain menendang kuat melewati pintu gol!!!...Kita tidak mungkin dapat menandingi saiz badan dan ketinggian pemain Eropah, tapi yang pasti kita mampu menandingi mereka jika kita punya strategi ampuh. Mama rasa Pandalela Ranong tahu akan hal tu. Cilik tapi menang di arena dunia, tahniah!.. 

sorry pemain bola.. tapi mama heran kenapa tendang tinggi2 sedangkan pintu gol kat depan????

siapa tahu lagu pom pom girl ni...

where ever we go ooooo
people want to know  ooo
who we are arr
so we tell them
we are the SMS   (Sek Men Sains)
mighty mighty SMS
rough tough SMS
up the hill
down the hill
one mile no sweat
two miles no sweat
ten miles still the Great!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Milik siapakah kaki ini?

Cikgu Iza | May 13, 2012 | 7 Komen |

Milik siapakah kaki ini... Entri mood mengantuk ni.  Masa jalan2 blog Beautifulnara, mama terpegun dengan deretan gambar pemilik sepasang kaki ni. Alangkah bertuahnya pasangan kaki silelaki kerana mendapat pasangan kaki siperempuan yang cukup ayu dan manis, sesuai dengan kehenseman pemilik sepasang kaki lelaki ni. Semoga pemilik sepasang kaki ni terus bahagia melayari bahtera rumahtangga. Tambahan pula, bukan mudah silelaki mampu menambat sepasang kaki siperempuan tu. Masa menonton Seiya Sekata Astro Ria petang tadi, baru mama tahu,.. silelaki dah mula terpikat dengan siperempuan sejak menjadi pengacara dalam pertandingan Dewi Remaja yang disertai oleh siperempuan. Pada masa tu siperempuan tak tahu pun yang sipengacara hensem tu suka kat dia. Lepas tu mereka dijodohkan pula sebagai pasangan cover majalah dan perasaan cinta tu dapat dihidu apabila mereka menjadi pasangan pengacara Sehati Berdansa. So, pemilik sepasang kaki perempuan tu ialah tentunya Awal dan pemilik sepasang kaki lelaki tu ialah Scha... Selamat Pengantin Baru SchAwal..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hafiz,Aril,Hazama,Stacy, Jacqlyn Juara Mania

Cikgu Iza | May 12, 2012 | 4 Komen |
Tepat sangkaan mama apabila Hafiz tercalon sebagai bakal juara Mania. Abah pulak teka Stacy dan Jacqlyn dan tekaannya tepat. Tapi abah punyalah frust sebab pilihannya sorang lagi iaitu Ebi terkeluar. Punyalah abah mengutuk Hazama dan Aril. Sorilah yer Aril, sebab bukan kamu x best tapi sebenarnya ada yang lain lebih bagus dan berhak untuk ke akhir.  Betullah kata Aubrey Suwito, persembahan super tapi berjayakah dia memenangi hati peng SMS.. Inilah keburukan konsert yang bergantung 100% pada undian SMS. Yang lebih baik dan berhak untuk ke akhir akhirnya kecundang dek kurang famous, kurang muda, kurang fans, kurang glamour dan kurang menambat hati. Pada mama, persembahan Ebi dan Shilla Amzah pun boleh difikirkan untuk ke akhir. Tapi biasalah, rumah siap, pasti ada jer bunyi tukul dan pemahat lagi. Bermakna, peminat setiap bintang tu pasti ada pendapat mereka masing2. Pengajarannya, bagi peminat fanatik, jangan asyik nak kata minat jer tapi tak mahu merajinkan diri untuk sms bintang pujaan. So, sama2 lah kita tunggu konsert akhir Mania minggu depan... harap2 Hafiz mampu jadi juara sebab mama rasa dia memang berhak cuma persembahannya malam tadi kurang umpph banding last week. Harap next week Hafiz buat terbaik, ok... 

Published with Blogger-droid v2.0.4

Lisa Surihani Anak Dara dan Selepas Kahwin

Cikgu Iza | May 12, 2012 | 5 Komen |
 Lisa masa anak dara

Lisa dah potong rambut di http://mediamalaya.com/fesyen-rambut-terbaru-lisa-surihani-2-gambar/#more-13711
 
Lepas dah jadi mak dara

Hai.. makin cantik la Lisa Surihani ni. Mungkin aura Yusri kot kan. Semoga perkahwinan mereka bertambah mesra dan dikurniakan dengan anak yang comel. Tak sabar mama nak tengok baby Lisa, sebab tu cuba cari di google tentang Lisa mengandung, tapi yang jumpa gambar terkini Lisa selepas kahwin la kan. Makin cantik dan ayu la walaupun berambut pendek. Untung abang Yusri. Rasa2nya kenapa Lisa potong rambut pendek ye, abang Yusri tak suka Lisa berambut panjang ke,.. atau lebih mudah dan tak serabut kot kan Lisa. Almaklum, dah jadi isteri ni makin banyak komitmen, tak sama macam hidup single dulu-dulu. 

Published with Blogger-droid v2.0.4

I Love Mom

Cikgu Iza | May 10, 2012 | 6 Komen |

Bulan Mei mama sambut dua hari besar iaitu Hari Ibu dan juga Hari Guru. Tentu ramai yang sambut juga kedua-dua hari ni kan... Tapi yang agak menyedihkan, Hari Guru, mama rasa lebih meriah berbanding Hari Ibu kerana pada setiap Hari Guru iaitu pada 16 Mei, ramai yang menyambutnya, paling kurang semua warga sekolah akan bergembira menyambut hari tersebut. Paling tidak pun, mama akan terima hadiah daripada kelas mama dan murid2 dari kelas yang diajar oleh mama. 

Saban tahun, mama kerah murid2 kelas PSK buat kad Hari Ibu untuk ibu masing2. Pada yang belum dan tidak tahu bila tarikh Hari Ibu, kat sini mama sertakan tarikh Hari Ibu yang berbeza2 mengikut negara.

(Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
1 Mei (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei  (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos  bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember di Indonesia…

Ok, bagi yang duduk dengan mak, sambutlah Hari Ibu Ahad ni, sapa yang duduk jauh macam mama, ingat2kan diri untuk membelikan sesuatu buat mak... 

Oklah... panjang cerita mama, tapi mama nak kongsi juga kisah ni. Pada yang tahu berbahasa Banjar, jom hayati kisah ni...
Saurang nini baumur 60 tahun dikurnia akan rajaki Tuhan batianan wan salamat malahir akan saurang bayi. Maka barataan jiran-jiran datangan mailangi nini wan bayinya. Rahat dipa handak maniring bayi ngintu, nini gin bapadah "Kina hulu lah." 5 minit dudi dipa gin bapadah lagi handak maniring bayi, tagal nini magun bapadah "Kina hulu lah".

Akhirnya dipa gin batakun, "Kabila kami hingkat maniring bayinya?". Nini gin manjawab, “Kabila inya manangis". Jiran-jiran gin kahairanan maka batakun lagi, “Napa kami kana hadangi hampai bayinya manangis nini ai?"

"Sabab aku hudah kalumpanan intang mana maandak bayiku tadi," sambat nini awan muha kada katahuan. Takipik jiran-jiran nang datangan.
Ada ke emak macam ni di dunia ni? Pada mama, ibu, mak, mama, ummi, atau apa sahaja panggilan merupakan insan paling mulia yang harus dan wajib kita muliakan...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Happy Birthday Blogger

Cikgu Iza | May 09, 2012 | 7 Komen |
Happy birthday 2 u

Ada antara mereka blogger, ada antara mereka penghuni setia laman muka buku  tapi yang pasti mereka ialah guru. Rasa seronok pulak bila ada orang yang ingat akan tarikh lahir kita, terutama kawan-kawan. Bukan mudah nak kumpulkan kawan-kawan yang menyambut tarikh lahir pada bulan yang sama.  Tahniah pada Kelab Qalish kerana merintis usaha meraikan sambutan hari lahir guru-guru. Kalaulah sambutan ni tiap2 minggu time Pengetua buat info, alangkah bestnya sebab dalam boring2 mendengar tu, ada juga penyerinya dapat makan kek. Nak tahu mana mama? Yang duduk saf belakang, terkeluar dari frame gambar.. tempat duduk strategik untuk membuat ketupat dan makan kerepek....  

Published with Blogger-droid v2.0.4

Blogger Jutawan Internet

Cikgu Iza | May 08, 2012 | 9 Komen |
Wajah mereka macam orang biasa-biasa saja

Keluarga bahagia 

Dr Irfan Khairi dan Shazrina Yusof mungkin nama yang agak asing bagi sesiapa yang tidak mengenali mereka. Namun, pada yang tahu aka latar belakang insan di dalam gambar ni, pasti mengkagumi anak muda ni. Tengok dari segi luaran, tiada yang istimewa pun pada diri mereka. Pakaian mereka sama saja macam pakaian orang biasa-biasa saja, namun sebenarnya mereka seseorang yang luar biasa.  Nama anak-anak mereka sahaja pada mama cukup istimewa,.. Ilham Abadi, Kasih Kamilia Abadi, Ikhlas Abadi dan Cinta Strawberi Abadi.  Nama anak-anak tersebut melambangkan kasih cinta abadi selamanya.  Keistimewaan pasangan luar biasa ini ialah mereka tidak menggunakan khidmat pembantu rumah walaupun mereka 'luar biasa'. Mereka turut mengajar anak-anak menabung sejak kecil walaupun mereka 'luar biasa'. Hadiah kepada anak-anak pula bukan amalan rutin, hanya diberikan semasa hari ulang tahun walaupun mereka pasangan 'luar biasa'. Siapa mereka? 

Pada sesiapa yang belum tahu, Dr Irfan Khairi ialah jutawan internet Malaysia. Mama sebenarnya mengkagumi sikap dan penampilan beliau yang serba sederhana walaupun dah bergelar jutawan!!.  Sedangkan ramai antara kita, baru naik gaji 13% dah mula hilang akal, membeli sakan di sale Tudung Ariani, sale Aliah Sara dll. Malunya mama.., duduk berejam2 di depan blog hanya jadi muflis masa sahaja!!.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Fun Fair Aiman Hilang

Cikgu Iza | May 07, 2012 | 5 Komen |
apa yeya tengok tuu
 
kat atas ada bulan la yeya...
 
ni la syami  hilang tadi...

Yeya suka sangat222...

haa tengok apa tu,. pelik je nampak?

First time bawa Yeya, kakak Iman dan abang aiman syami p fun fair tapi kali kedua plak dia orang hilang!!! Kecut perut mama tadi malam. Dulu masa 1st time bawa dia orang p tengok Upin Ipin di SACC Mall, kakak Iman hilang. Nasib baik jumpa apabila ada announcement tentang budak hilang. Time tu, tak tau la macam mana mama, agaknya macam drama swasta kisah ibu kehilangan anak. Mama tinggalkan stroller baby, lari p pintu utama, tanya dengan semua orang, macam orang dah hilang akal. Dalam fikiran mama, satu jer, macam mana mama kalau kakak Iman hilang???
Setelah setahun lebih berlalu, kakak Iman semakin besar dan adik Yeya pun dah boleh jalan sendiri.. mama bawa lagi dia orang. Kali ni, abang aiman pulak yang hilang!!. Punya le gabra mama, mama teringat kisah anak orang Belanda yang hilang tu. Mama dah hilang akal. Mama tanya kakak Iman, macam mana boleh turun sedangkan pintu belum dibuka. Rupa2nya ada pintu keluar kedua di belakang. Anak2 orang lain tunggu pintu 'ultraman' dibuka dan keluar ikut pintu utama. Anak2 mama lain.... buka sendiri pintu 'ultraman' dan keluar sendiri ikut pintu keluar kedua. Kakak Iman sebab dah besar sikit.. lari keliling dan jumpa mama di pintu keluar utama. Abang Aiman pulak, lari dan terus ke depan .. Abah dua kali cari kat semua 'ultraman' namun masih tak ada, abah ingat yang abang aiman kalau lari mesti ke depan.. tak reti nak pusing2 cari orang... so abah cuba cari dan akhirnya jumpa abang aiman di celah2 orang ramai tengah nangis tersedu-sedan...Anak mama.., nasib baik tak ada berita anak hilang lagi hari ni!!! alhamdulillah...

 Mamat Bangla jaga Fun Fair tu patutnya kena tutup pintu keluar kedua, jaga keselamatan budak2 ni 
yang naik 'ultraman' tu budak2 .. orang tua tak dibagi naik sama, kalau anak mama hilang..
mama saman pihak fun fair tu.. tapi saman pun sama ke nilainya dengan abang Syami????
Published with Blogger-droid v2.0.4

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com