Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Pendaftaran Tingkatan 1 2013 : Dilema guru

Cikgu Iza | December 30, 2012 | 6 Komen |
Tahniah mama ucapkan kepada ahli baru SMKBBSS 2013. Syahdu je apabila melihat wajah mereka. Bayangkan wajah mereka pada 2017 apabila berada di tingkatan 5, masih suci dan bersih lagi ke? In sya allah kann, kita sama-sama doakan la ye...

alahai... kasihnya ayah

ikut kata : barisan lurus je

riang nak masuk sekolah menengah

ada juga yang saiz xxl..

ada yang cekak pinggang ooi...

Antara gambar yang sempat disnap sepanjang program pertama yang berlaku di sekolah untuk tahun 2013 iaitu menerima ahli baru, murid-murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2013. Tahun ni mama tidak terpilih sebagai AJK, alhamdulillah.. jadi dapatlah mama 'merayau-rayau' untuk snap gambar. Sebenarnya, banyak gambar yang disnap tapi sedikit saja yang dimuatkan di sini, nanti bosan pula melayan gambar je kan. Gambar-gambar tu akan dipilih untuk dimuatkan dalam majalah sekolah 2013, jadi tugas mama bukan sia-sia saja, 2 in 1 punya kerja, mengambil gambar untuk kenang-kenangan dan untuk dimuatkan dalam majalah nanti. Cuma kali ni, tugas mengambil gambar lebih licin kerana mama menggunakan sijantung hati mama ni. Sebab tu le, kualiti gambar yang diambil lebih ok,... 
Alhamdulillah, proses pendaftaran murid tingkatan 1 berjalan dengan lancar. Seronok je melihat wajah suci bersih murid-murid tingkatan 1 tu. Tapi, malangnya mereka bukan client mama. Client mama ialah abang-abang dan kakak-kakak di tingkatan 4 dan 5. Itu yang mama risaukan apabila mereka nanti menjadi client mama apabila melangkah ke tingkatan 4 dan 5. Adakah wajah mereka 'sesuci' sekarang. Apabila 'noda dan dosa' bercampur baur melekat di hati mereka menjadi daki yang sukar disental, itulah dilema yang kami guru di tingkatan 4 dan 5 hadapi. Entah mengapa murid-murid yang pada mulanya begitu luhur dan mudah menerima arahan dan mudah ditegur menjadi murid yang 'keras' dan berbangga melanggar peraturan. Adakah kerana silap sistem pendidikan, kesilapan kami tidak bijak mengajar, ataupun kerapuhan nilai positif dalam diri dek kurangnya peranan ibu bapa atau memang menjadi lumrah alam, semakin dewasa usia semakin berbangga dengan kesilapan dan kesalahan dan mendapat 'tiket' untuk melawan guru? Mukin guru-guru perlu melakukan kajian... 

Isshhhh 'beratnya' isu dalam entri mama..
Sorri... kerana blog ini menjadi tempat mama meluahkan perasaan
Ada yang sudi berkongsi keresahan mama??

Kehebatan Kamera Sony NeX3K mama...

Cikgu Iza | December 29, 2012 | 6 Komen |
Hebat? Subjektif ok, kalau mama kata hebat, tentu ramai kata tidak, tapi tolong layan gambar-gambar hasil bidikan Nex3k yang baru dikidnap oleh mama pada minggu lepas... 

latar belakangnya cahaya yang lebih terang...

yaya yang tergaru-garu

pokok besar tempat tenggek monyet

dalam muzium di bukit malawati yang gelap..

sang monyet yang hebat berposing..

gambar ni dalam kaca pameran ..

Beberapa gambar yang mama ambil semasa melawat ke Bukit Malawati. Ada sesiapa yang pernah ke sana? Mama ke sana pun kerana terpengaruh dengan cerita kawan, jadi bertandanglah kami sekeluarga ke atas bukit yang tidak perlu didaki tu. Bukit ni telah disiapkan dengan jalan bertar untuk didaki oleh kenderaan, jadi tak sesuai le untuk sesiapa yang berminat untuk menguji kehandalan mendaki pada musim tengkujuh ni ya. 
Balik pada tajuk, pada mama... kamera ni jauh lebih hebat daripada kamera compact mama sebelum ni. Kalau mama ambil gambar guna kamera compact, mesti gambar hitam legam bila cahaya di belakang lebih terang macam gambar 1. Kemudian, kalau ambil gambar di dalam muzium, mesti nampak bayang-bayang je, tapi tengok le hasilnya jika kita gunakan kamera baru ni. Begitu juga apabila mengambil gambar jauh dan gambar di dqlam kotak cermin. Tak perlulah mama cerita kerana gambar di atas dah menjelaskannya kan....
Jadi, apa lagi? Jom le beli kamera Sony Nex3k ni. Sebenarnya, siri Nex3k ni dah tidak popular lagi kerana sudah keluar siri Nex5k yang harganya tentu lebih mahal. Tapi pada mama, cukuplah dengan siri 3k ni. Malah kualitinya memang jauh lebih baik berbanding jika guna kamera compact saja, bak kata pepatah alah membeli menang memakai... 
Esok, mama nak uji kehebatan Nex3k ni untuk mengambil gambar semasa pendaftaran form 1. Mama bukanlah ajk fotografi tapi suka menyibuk je. Harap-harap Nexf3k mama tidak menghampakan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa ... esok pendaftaran form 1 di smkbbss
mulakan langkah pertama dengan niat untuk menjadi pelajar terbaik..
UPSR 2012 yang kurang membanggakan bukan menjadi kayu pengukur ok..
Kawan-kawan yang dapat 5A pun bermula dari 'o' masa form 1...
itu janji mama pada student form 5 kerana pmr bukan penentu...
Ingat... langkah pertama form 4 langkah awal untuk cemerlang spm..

Baca kisah Bukit Malawati seterusnya... kredit kepada blogger

Duit Bantuan Persekolahan 2013

Cikgu Iza | December 28, 2012 | 4 Komen |
Duit Bantuan Persekolahan RM 100!! Yahoo, dapat lagi tahun ni.. Bila? 

tqvm Dato' Najib


Bajet 2013 lalu Dato'Najib menjanjikan duit bantuan persekolahan RM 100 diteruskan pada sesi persekolahan 2013. Tersenyum lebarlah ibu bapa kerana jika ada 5 orang anak yang bersekolah, bermakna mereka akan memperoleh RM 500, besar juga nilai tu untuk menampung mana-mana yang kurang. Namun, adakah duit bantuan persekolahan ini betul-betul dimanfaatkan untuk tujuan persekokahan anak-anak. Jika benar-benar dimanfaatkan, mengapa guru-guru sukar nak mendapatkan bayaran PIBG, majalah sekolah dan lain-lain? Itupun nasib baik yuran sekolah sudah dimansuhkan bermula 2012. Namun, bayaran yang tidak mencecah ratusan ringgit tu pun liat untuk dibayar. Rasanya, ke mana perginya duit RM 100 tu pergi? Sama ada ke kocek ibu bapa atau ke kedai top up? Diharapkan mentaliti anak murid mama bagi tahun 2013 ni akan berbeza dengan gunakan duit bantuan tu sebaik mungkin, terutamanya jangan liat bayar yuran pibg dan majalah ok. Biar 'kerja' mama sebagai ceti untuk 2013 semakin mudah, k..
Buat ibu bapa dan murid-murid semua, duit bantuan persekolahan rm 100 ni boleh mula diambil pada 16 januari. Pada 16 januari juga, wajah ibu bapa yang tak pernah 'muncul' di sekolah tiba-tiba je ada., bila ditanya kelas anak pun tak tahu, dalam fikiran mereka hanya 1, mahukan hak anak-anak mereka.. 
Fuuuih.. berpeluh juga nak bagi duit 100 ni, kejap je barisan panjang banding barisan daftar mesyuarat pibg.. alahai malaysiaku yang permai!



Published with Blogger-droid v2.0.9

Blog Mama Sayang 2012...

Cikgu Iza | December 26, 2012 | 8 Komen |
Harap jangan jealous.. tolong baca seterusnya ye untuk tau blog mana yang mama sayang sepanjang tahun 2012 ni...

http://ezaiza.blogspot.com
klik2 la selalu...






Mesti ramai yang kata ada aku kisah? 

Tak pa, sebab mama memang kisah kerana 6 blog ni membawa 1001 erti buat mama sepanjang 2012..
Kalau blogger lain tentu membariskan blog terkenal seperti .. tentu semua tahu sendiri la kan.. tapi mama sayang sangat pada 6 blog ni : 
1. Tentulah blog mama
2. Blog cikgu ma kerana dengan susah payahnya me makeover blog mama menjadi secun ni
3. Blog ooppps.. website majalah niaga kerana mama suka korek kejayaan luar biasa daripada insan super biasa
4. Blog Nafastari.. blog insan yang mempunyai daya ketahanan diri yang memang mama kagumi, kalau mama mmg tak mungkin setabah tuan blog ni
5. Blog pok amai amai kerana gaya penulisannya yang ringkas, padat tetapi cukup sinis.. mama suka cara penulisannya yg memerlukan mama berfikir sebelum mengomen..
6. Blog world and hereafter.. blog kisah islamik yg menuntut pembaca berfikir., kadang2 mama cuma mampu membaca tapi x berani mengomen kerana x cukup ilmu., tapi mmg suka baca kisah dlm blog ni.
♡♡♡⊙ Sorry tiada alamat blog kerana mama update guna tab.. tapi boleh ke blog tu, cari di bloglist mama.. mesti tak menyesal punya, silap2 terjatuh cinta pulak!
Bila le blog mama akan 'dicintai' oleh sesiapa..
Cukuplah sekadar mama yang mencintai blog ni setulus hati.. insyaallah


Published with Blogger-droid v2.0.9

Earning Nuffnang 2012

Cikgu Iza | December 24, 2012 | 10 Komen |





Oktober 2012 bermakna 27 bulan dah mama berblog., dari yaya meronta-ronta minta melihat dunia sampailah yaya sekarang dah 2 tahun 2 bulan melihat dunia, mama masih setia dengan blog ni.. 
Kalau blog lain yang seusia mama mendapat earning yang tinggi daripada Nuffnang, namun Nuffnang hanyalah memberi mama 129.62 saja sepanjang 27 bulan ni.. tak pa le, kalau dilihat pada statistik pengunjung dan keyword yang dicari tak tinggi memang patutlah Nuffnang hanya melihat blog ni dengan sebelah mata saja..
Surat Nuffnang pun macam biasa, alasan dan sebab yang serupa..
Tapi, apa-apa pun, sebelum 2012 melabuhkan tirai, mama nak ucapkan tqvm le pada Nuffnang kerana memberi mama seadanya.. 
Bak kata Nuffnang dlm suratnya tu, iklan cpuv diberikan sama rata dan prioriti diberi kepada blog yang dah lama x dapat.. haa janji tu! Kan ke blog mama dah dari april 2012 tak menghidu bau be..
Semoga 2013 mama lebih rajin berblog dan Nuffnang lebih 'nampak' blog mama, kan blog ni dah 'baru' dan x serabut, moh le pakat datang ramai-ramai..



Published with Blogger-droid v2.0.9

Kidnap Termahal 2012

Cikgu Iza | December 23, 2012 | 3 Komen |

Hari ini mama pejam mata je kidnap 5 benda..
Bermakna inilah hasil kidnap termahal untuk tahun 2012..
Mama berjaya kidnap 3 basikal untuk kakak iman, abang syami dan yaya.
Mama pula kidnap handbag dan baby nexf3k..
Baby nexf3k tu mama kidnap di seng heng, kalau sesiapa ada hajat nak kidnap, jom kidnap di seng heng kerana berbaloi kot kerana jika harga di pasaran 18.99 tetapi harga di seng heng cuma 15.99.. berbaloi kan kerana kita dapat berjimat 3.00..
Nasib baik ada bonus, walaupun tak dapat bercuti tapi mama berjaya kidnap 5 benda yang maha berharga ni, cuma 1 je lagi yang mama tak berjaya untuk kidnap pada 2012 ni iaitu ultra book, kalau pendek akal, rasanya nak je buat ansuran 12 bulan kat seng heng, nasib baik tadi x bawa payslip..
Apa pendapat semua, patutke mama berhutang demi ultrabook atau masih setia dengan pak we lama mama., mr notebook..
Cantik tau ultrabook tambah-tambah jika disapu peanut buter windows 8 yang cun melecun.. alahaii..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selamat Datang 2013

Cikgu Iza | December 22, 2012 | 5 Komen |

Mood boring tahap hyper sedang mendengar bebelan pertama pengetua untuk 2013..
Lebih kurang 9 hari lagi 2013 bakal menjelma kann..
Tahun 2013 mama bermula dengan 'rumah baru' untuk blog dan mama nak ucapkan tq pada cijgu ma kerana sudi mengoperate blog mama dan membuat 'penjenamaan semula'..  Seronoknya.,,
1st impression drpd kawan mama, cantik dan tak serabut lagi.,
Alamak, selama ni blog mama serabut ke, sorry la ye.,
Mama nak ucapkan terima jasih pada cikgu ma kerana sudi tidak menyerabutkan lagi blog mama., seronoknya dlm hati..
Pada sesiapa yg inginkan khidmat cikgu ma dengan kos yg amat rendah silalah ke blognya, ada dlm bloglist mama.. Gerenti tak menyesal punya,.
Ok la, entri percubaan selepas masuk 'rumah baru'..
Ada gambar 'rumah lama'dan 'rumah baru'mama.. mana lebih cantik?
Komen ye., dan selamat tahun baru 2013..
Bertambah usia, bertambah tanggungjawab, harap2 bertamvah matang le kita dalam menghadapi tugasan semakin mencabar pd 2013, bukan saja tugasan hakiki di sekolah, malah lebih utama tugasan 'wajib'sebagai ibu dlm menggalas amanah-Nya membesarkan anak2 tercinta...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jual Baby di FB cuma 15 sen...

Cikgu Iza | December 16, 2012 | 21 Komen |
Ada ibu sanggup menjual anak di FB?

ooohh...

Mama ada terbaca kisah ibu menjual anak di FB..
Dalam masyarakat banjar pun ada kisah 'menjual' anak ni, jika baby tidak berhenti menangis, siibu akan 'menjual' baby kepada orang lain dan kemudian membelinya semula dengan tujuan 'sawan nangis' tu terjual sekali dan apabila dibeli semula baby sudah tidak asyik menangis aja.. Itu antara usaha orang tua-tua untuk mengatasi masalah sawan nangis baby
Mama rasa ramai ibu bapa terutama yang bekerja berasa tensyen apabila bayi mereka asyik menangis walaupun semua usaha sudah dilakukan..
Kakak iman masa baby pun macam tu.. apabila dibawa berjumpa orang untuk 'disembur' .. org tu kata kakak sedih tinggalkan 'kawan' kakak masa dalam perut aka tembuni.. nanti lambat laun sawan nangis akan hilang sendiri katanya..
Puas jugalah orang di taska mengeluh karenah kakak iman dan akhirnya apabila umurnya setahun, tangisannya terhenti hilang begitu aja..
Anak-anak mama yang lain pun kuat menangis time baby, tapi tak le seteruk kakak iman sampai kena 'jual'!! Tapi bila dilihat pada muka mereka, ada urat melintang antara mata kiri dan kanan, betul-betul bawah dahi.. dan orang kata tu urat nangis!! Betulke?
Baru-baru ni, masa baca post di FB, mama terjumpa artikel ni tentang hadis nabi...
"Jangan pukul baby dalam masa setahun umurnya kerana..
4 bulan pertama baby akan bersyahadah.. la illah haillah
4 bulan kedua baby akan berselawat
4 bulan ketiga baby akan mendoakan ibu bapanya.."
Ma sya allah... setiap kejadian ada hikmahnya rupanya,..
Dalam ibu-ibu menghadapi karenah baby yg suka menangis, rupa2nya baby mendoakan kedua2 ibu bapanya!
Malunya mama sehingga 'memarahi' baby yang bersyahadah, berselawat dan mendoakan mama!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rahsia Tingkatkan Traffic Blog Terkini...

Cikgu Iza | December 15, 2012 | 17 Komen |
Macam-macam cara nak tingkatkan traffic blog dan mempertahankannya. Kadang-kadang macam terasa mudahnya orang buat kenapa susah bagi mama. 

Mama search dalam google, terdapat pelbagai kaedah up traffic ke blog. Bagaimana nak melakukannya? Antara faktor yang perlu kita buat ialah meningkatkan mutu kandungan blog. Guna tajuk yang selalu orang cari. Secara umum kita perlu baiki dulu blog dari perkara-perkara yang tak mesra seo atau trafik.


Baiki blog kita dari segi:

  • Tukar Theme lambat loading
  • Tajuk artikel yang tak mesra seo
  • Kandungan blog yang tak bermutu
  • Iklan yang terlalu banyak hingga menganggu pelawat membaca artikel anda
  • Bahasa kurang mesra pelawat. Guna bahasa yang mudah di fahami
  • Bagi saya background gelap tak sesuai dan kurang mesra pengguna


Kemudian baru kita lakukan aktiviti promosi secara terus dengan Ping ke blog tempatan:




Pingkan blog secara peringkat demi peringkat dan jangan buat serentak. Ini boleh menjamin trafik berterusan. Masuk dan daftar di laman di atas dan lakukan ping artikel kita secara terhormat. Ikut peraturan di blog berkenaan.



Guna Twitter Feed



Sila guna twitter feed. Macam mana untuk meningkatkan trafik dengan Twitter? Mudah sangat tau. Firstly, cuma perlu register di twitterfeed.com. Then, create new feed, isi blog url, yang lain pihak Twitter Feed akan uruskan.



Komen pada blog kawan kawan



Google suka kalau anda tinggal link di blog orang lain. Jadi komen di blog kawan anda dan tinggalkan link blog anda. Ia akan membantu menaikan rank di google atau SE yang lain. Jom komen membina…



Tool wajib pasang pada blog wordpress anda



SEO Plugin – All in one seo pack sila serch dalam wordpress.org
Sitemaps plugin untuk wordpress
Sila pasang dan aktifkan plugin tersebut.



Selalu update blog dengan entri menarik



Guna artikel menarik akan membantu tarik trafik ke blog anda. Pastikan tajuk yang mesra seo, bukan tajuk mengarut. Contoh guna pendekatan tajuk berbentuk soalan, kerana ramai nak tahu sesuatu akan search di Google. Misalnya Bagaimana Nak Tingkat Mutu Blog Anda, Bagaimana Nak Tingkat Kualiti Web Anda? , atau Cara-Cara Tingkat Trafik, Teknik Menjana Duit Melalui Blog Anda, Bagaimana Membuat Isteri Sayang Pada Anda.



Semuanya berkisar bagaimana, apakah, dan cara nak selesai suatu masalah. Kata kunci arikel anda adalah berkaitan apa yang selalu orang cari. Sila amalkan InsyaAllah mujarab untuk blog kita...

Artikel ni sebenarnya mama copy paste dari sini. Malah banyak lagi cara lain, misalnya cara yang diamalkan oleh blogger ni. Tapi, mama rasa kebanyakan daripada kita sudah melakukannya, namun traffic ke blog masih kurang. Rasa macam nak putus asa dengan blog kita, dan jealous apabila membaca blog-blog terkenal yang trafficnya tinggi. Macam itulah yang mama rasa sehinggalah mama jumpa satu cara ni. Lain daripada yang lain tau.


rahsia up traffic
mama dah ada software ni..


Boleh percaya ke? Tak salah ke? Apa-apa hal pun mama akan update entri tentang software yang didakwa boleh meningkatkan traffic ke blog kita ni kalau mama dah berjaya le. Kalau tak berjaya, mama percaya bahawa tiada jalan mudah untuk senang, tiada jalan pintas untuk berjaya, tiada mat jenin dalam dunia modern ni... Yang ada ialah usaha dan usaha... kerana usaha tanpa kenal erti putus asa sahaja kunci utama kejayaan, ok...


bukti semasa..

Mama check pada nuffnang.. statistik pelawat ke blog mama sebelum dan selepas menggunakan software tu. Yang di atas sebelum, dan di bawah selepas menggunakannya, walaupun masih sedikit tapi jelas perbezaannya kan. Kalau sebelum, pelawat hanya 1, tapi selepas boleh mencecah 99! Kita tunggu dan lihat sahaja la ye. Mungkinkan Mat Jenin Modern akan lahir?...

Punca Harimau Malaya Kalah..

Cikgu Iza | December 14, 2012 | 8 Komen |
Tiba-tiba sahaja Lee Min Hu menjadi terkenal dan meniti dari bibir ke bibir orang Malaysia. Siapa pemuda kurang handsome bernama Lee Min Hu? Biodatanya menurut mr wikipedia...

opperate FB jumpa lagi Mr Lee Min Hu..
Memang patut kita 'bom' dia..

Orang lain sibuk bercerita tentang HM, mama pun nak bercerita juga, dari sudut pandang 'player wanita' pulak.. Mama bukanlah minat sangat dengan HM ni, tapi semenjak HM kalahkan Laos 4-1 dan Garuda 2-0,  bibit-bibit cinta terhadap HM berputik semula. Tapi malangnya, bibit-bibit cinta yang baru nak berputik layu semula disebabkan mr Lee Min Hu!!!.
Malam tadi mama menonton game HM vs Thaiand cuma setakat minit 66 je, lepas Thailand jaringkan 2 gol, mama tak sampai hati nak mengiringi kesedihan seluruh player HM terutama mr Raja.. Detik kehancuran HM bermula pada minit ke-44 sebenarnya apabila Fadhli Sahs diberikan kad merah. Memang tak patutlah dia di'kurniakan' kad merah, bukan kerana dia player HM, tapi kalau dia player Thailand pun, mama akan kata tak patut kerana dia bukan pesalah, dia mangsa keadaan, mangsa ketidak adilan Lee Min Hu!!.
Tapi, tak mustahilkan kalau dengan 10 player pun HM boleh menang, pokok pangkalnya bukan Lee Min Hu penyebab kekalahan HM 100%. Banyak faktor lain, antaranya kenapalah Farizal Marlias yang handsome tu sepak bola tak bermaya?  Seingat mama, tak sampai separuh padang pun, sedangkan player HM semuanya dah ke atas. Cuma ada 2 player je, tu pun dengan mudah digelecek dan akhirnya membuahkan gol pertama Thailand. Kesian mama tengok Farizal menggaru kepala tak gatal lepas jaringan tu... Jaringan kedua mama x boleh nak komen kerana mama dah tak sanggup nak tengok, mama dah p buat susu Yaya..
Pokok pangkalnya, game Malaysia memang kurang menyengat dari minit pertama lagi, 'kita' asyik diserang je, tapi nak dijadikan cerita gol kita x dibolosi masa 1st half. Nak dijadikan alkisah lagi, Fadhli Sahs pulak dikurniakan kad merah, jadi segala 'kepincangan' digalas di bahu Lee Min Hu seorang. Pada mama, berhentilah menuding jari, terimalah hakikat bahawa HM untuk AFF Suzuki 2012 tidak segah HM semasa AFF 2010 dulu. Bak kata mr. Raja "saya kenal player saya..".. dan biarkanlah beliau terus bereksperimen, dan secara logiknya pasukan yang masih dalam eksperimen tak sesuailah untuk jadi juara kan? Tunggulah kita jadi juara apabila pasukan HM yang 'sebenar' berjaya dibentuk nanti.. 

tq Lee Min Hu kerana tidak membuatkan HM dan mr Raja dipersalahkan..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Lembaran Kerja Pra Sekolah 2013

Cikgu Iza | December 13, 2012 | 0 Komen |
http://cikguani.blogspot.com

carian di mr google

antara latihan yang dibuat oleh kakak iman..

2013 bakal menjelma..
Kakak iman & syahmi bakal bersekolah Taski 5 dan 6 tahun..
Niat di hati masukkan kakak iman prasekolah.
Tapi tak dapat kerana permintaan untuk ke pra amatlah tinggi, jadi pilihan kedua mama sekolahkan  mereka di taski abim..
Taski abim bukanlah 2nd class ye, cuma kalau boleh biarlah kakak belajar berterusan, mula-mula pra lepas tu tahun depannya masuk darjah 1.. Barulah ada kesinambungan..
Kalau kat taski, mungkin ada perbezaan la kot dengan pelajaran darjah 1.. Entahlee..
Supaya kakak iman dan syahmi dapat kedua2nya, taski dan pelajaran di pra.. Mama google lembaran kerja prasekolah, rupa2nya banyak latihan di sana...
Antaranya macam dalam gambar tu..
Apa lagi, kakak iman sibuk la buat latihan walaupun belum sesuai dengan tahap kakak..
Kebetulan emak mama dulu ialah guru pemulihan sekolah rendah, apa lagi.. Kakak iman betul2 menggunakan kesempatan yg ada untuk mengorek ilmu daripada neneknya...
Dalam hati mama, jasa guru pemulihan dan guru pra lagi besar kerana tanpa mereka, kita tak mengenal abc..
Sedangkan guru tingkatan 5 hanya menerima murid yang sudah 'pandai'... hanya mengasah minda mereka agar menjadi murid terbaik..
Tapi hakikatnya, time Hari Guru, time result keluar.. siapa yang dipuja? Guru pemulihan jarang2 dapat hadiah dan jauh sekali diucapkan terima kasih atas kejayaan cemerlang..
Sebenarnya, guru pemulihan dan guru pra merupakan arkitek pembina bangsa yang paling utama, kerana tanpa 'foundation' yg kukuh mana boleh bangsa yang utuh dapat dilahirkan..
Terima kasih cikgu pra...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Photoshop CS3 : Fizgraphic Dot Com

Cikgu Iza | December 13, 2012 | 12 Komen |

Pengalaman pertama melahirkan baby Inersia membuatkan mama memerlukan pengetahuan ini untuk lebih memudahkan mama dalam proses kelahiran baby Inersia yang berikutnya. Siapa yang tak mahu proses kelahiran yang mudah, tidak menyakitkan dan tiada sebarang gangguan.. kan indah je pengalaman tu.. Cuba angkat tangan pula siapa yang sekali je mahu merasakan proseskelahiran yang menyakitkan tu? Tentu saja, walaupun maha menyakitkan.. tapi proses ini mahu dirasakan berkali-kali. Apa taknya, bila saja melihat baby yang comel montel dalam dakapan, segala kesakitan akan hilang...Namun, pada yang sudah merasai sakitnya proses itu, tentu saja akan men'google' kan diri untuk mencari maklumat untuk mengurangkan kesakitan. Misalnya, tentu ramai yang mencari fakta tentang proses kelahiran di dalam air apatah lagi, isteri Angkasawan pertama Negara, Doktor Halina juga melahirkan baby pertamanya di dalam air di sini. Tapi persoalannya, betul ke tak sakit????

kredit mrGoogle..

Alamak, macam lari tajuk je kan? Tal pa, tu baru selingan je, kalau rasa2 tak cukup masa nak baca baik mengalah je. Bukan mama 'menghalau', tapi mama saja nak ajak kawan-kawan bertandang lama di blog picisan ni, tak salah kan?.. Balik pada proses kelahiran baby Inersia, tolong baca ye, untuk kaitkan cerita mama dengan tajuk.. Mama perlukan kemahiran untuk menggunakan photoshop untuk memudahkan kelahirannya. Semasa Ladap di sekolah, ada salah satu sesi Ladap tentang penggunaan photoshop, tapi mama tak dapat ikuti kerana notebook mama tak boleh nak install .. Jadi, dengan hati yang berbunga-bunga, mama belilah cd photoshop dari Fizgraphic dot com. Mama tak mahu ulas tentang cd tu, sebab nak 'buka' cd pun tak boleh, apatah lagi nak belajar!! Tapi, jangan salah faham ye, bukan cd yang dijual rosak atau tak bagus tau. Cd dan ilmunya kemungkinan besa bagus, sebab siapa yang tak mengenali Fizz.  
Semalam, mama reformat notebook usang mama ni di kedai. Kata adik mama, cuba minta kedai installkan kerana usaha mama nak install photoshop dari blog ini dan ini gagal. Mama siap printout cara nak buat header dari blog Lyssa kerana tutorialnya step by step tau.. Dengan hati berbunga2  sekali lagi mama berharap agar notebook mama juga ada photoshop!..
Tapi, petang tu bagai nak 'tercabut' jantung mama apabila mendengar kata-kata cina kedai tu. 
"Lu punya notebook tak boleh masuk photoshop la, atau mana-mana program nak edit gambar sebab lu punya notebook 'kecik', mana boleh masuk yang 'besar-besar'!! Lu punya cuma 'atom' maa.."
Aisey cina ooi, lu kata rm45 termasuk masuk apa-apa program, sekarang lu tetap ambik 45 tapi photoshop tak da.. ampeh betul, melayang 45 mama..
Ini bermakna, mama kena kenen-kenen dengan boyfriend baru.. Mr Ultrabook!!
Gaji plus bonus 18.12.12 ni, cukup ke nak menjerat bf baru? 
Atau ada kos melepas yang terpaksa mama lakukan, sebab bonus belum dapat, janji dah macam-macam, lagipun belanja pendaftaran kakak Iman dan Syahmi dalam Taski tahun depan pun dah nak mencecah rm1000. Kalau dulu-dulu, rm1000 tu dah melayang ke mana-mana gajet, tapi sekarang hal pelajaran anak-anak pulak. Tu baru 6 tahun dan 4 tahun umur anak, kalau lagi besar? Tak bolehke, Tok Jib up kan lagi gaji dan bonus, kesian kami ni Tok Jib...
Ok lah, cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja...
Sesiapa yang tahu alternatif terbaik untuk mama tolonglah berikan pendapat ye,.. 
Inilah akibatnya kalau dah ada anak berderet baru nak 'belajar', dah le susah nak terima ilmu, dah slow.. dan masa pula terhad. Update blog ni pun time anak-anak tidur dan dalam gelap ni! Kalau buka lampu, alamat anak terjaga... 


Celcom : Janji Manismu..

Cikgu Iza | December 10, 2012 | 18 Komen |
Sebelum ni mama syok dengan bf mama.. Mr Note, tapi mr Note agak kecil sukar utk mama nak key in markah online terutama dlm saps..
Jadi mama beralih arah lalu terpikat pula pd bf baru..tab2 7.0! Bukan niat mama nak curang tapi tab2 7.0 ni keypad lebih besar sesuai utk jari mama yang montel utk key in markah nanti. Tanyalah pd cikgu2 mcm mana susahnya nak key in markah dlm saps ni. . Kekadang terpaksa online tengah malam time x ramai yg online. Jadi bila dah ada mr tab2 7.0 ni mama boleh buat kerja tengah2 mlm sambil tidurkan yaya.. X ke mudah tu?
Balik pada kisah Celcom.. Mama beli tab2 ni guna pakej 68 celcom so mama beli dgn harga 688 je.. Tp jgn keliru dengan janji manis iklan celcom atau syarikat telco lain di suratkhabar ye.. Selain kena bayar 688 tu..ada kontrak 24 bulan dan upfront 300! Pandaikan mereka ni, kalau tak pandai bermain dengan ayat power dalam iklan tak kanlah mereka mampu 'hidup'... Lepas tu, yang buat mama hot, mama dah daftar pakej 68 ni pada isnin tapi hingga jumaat line masih blum aktif! Janji dicapati betul lah Celcom ni...
Nak hiburkan hati..kelebihan tab ni ialah memudahkan mama mengajar kakak iman menulis. Tapi tengoklee tulisan kakak iman..'z' kakak mesti terbalik! Mama ajak tulis dalam buku bukan main liat tapi bila guna note atau tab..laju jer..
Anak zaman sekarang..
Bertuah atau rugi mereka ni?
╬ťama dulu time umur 5 tahun..abah ajar menulis buku garis tiga..tulisan mama bulat2 dan cantik bila masuk darjah 1.. Kakak Iman?
Entahlah..perlu ke mama ajar kakak Iman mcm abah mama ajar dulu2 atau bangga dengan kebolehan kakak menggunakan stylish pen note ni...
Tulisan doktor kan tak cantik..itu je le harapan di hati kecil mama..
Published with Blogger-droid v2.0.8

Zedge : Download Ringtones Free

Cikgu Iza | December 06, 2012 | 10 Komen |
Jom download ringtones free..
Semenjak jumpa mr Zedge ni, mama guna ringtone ombak rindu dan mesej cukup2 sudah.. Seronok betul sebab selama ni nak juga ringtoneyg best2 tapi mama jenis lokek nak keluar duit nak langgan aka beli  mp3 ringtones..
Akibatnya.. mama guna bunyi klasik kringg je untuk ringtone hp..
Cam na nak download? Mudah je..
Mula2 p google play, search ringtones free.. keluarlah mr zedge..
Klik lah untuk download..
Pada mama ok le mr zedge ni sebab selain ringtones.. ada games free, notification dan lain2 yg semuanya free,,
Jom le download.. jgn jadi mcm mama guna ringtone klasik jer... sampai kawan2 perli, guna note tp nak beli ringtone power pun x mau..
Tak pe, semua perli tu jadi pembakar semangat utk mama agar 'bijak' menggunakan peluang selagi ada yg free..
Pada sesiapa yg ada kes serupa dgn mama, jom berkenalan dgn mr zedge dan jadikan mr zedge penghias skrin hp kita agar boleh ditenyeh2 setiap hari bagi memuaskan hati masing2...
sorryle x da gambar sebab entah apa sakit bligger-droid ni sampai x boleh publish kalau ada picture!


Published with Blogger-droid v2.0.9

Beli Kain Online: tertipu

Cikgu Iza | December 04, 2012 | 24 Komen |
siapa selalu beli baju atau kain online?
mama tidaklah selalu tetapi pernah le 2 kali menggatalkan tangan untuk membeli secara online ni...
sekali time dlm pantang selepas melahirkan yaya 2 tahun lepas. dah terkena dah.. dlm gambar fuuih cantik warnanya tapi bila tiba dapat warna merah cina kahwin!.. kainnya plak tebal semacam walaupun didakwa nipis dan sejuk
kali kedua, dua minggu lepas.. pemilikkedai online tu kata warna eklusif dan kain nipis tptak perlu lining.. bila tiba? kain mcm kulit bawang dan warna seruoa mcm kain2 murah.. mmg x berbaloi lah dengan harga yg dibayar rm75 sepasang!

2 pasang kain beli online yg hampeh...

sms mama ngan kwn yg tertipu



'Cotton berkualiti dari Kore, sejuk, tidak jarang dan sesuai untuk orang yang mementingkan keterampilan'.. ayat power mengancam
tapi realitinya?
Published with Blogger-droid v2.0.8

Diana Daniele Mengandung : Ramai suami tercabar

Cikgu Iza | December 03, 2012 | 8 Komen |
Serius kelakar bila baca kisah ni, sebab tu mama tulis cerita ni buat tatapan semua. Bukan kisah siisteri yang tersilap beli alat uji kesuburan, padahal dia mahukan alat nak uji mengandung. Kelakarnya kerana sisuami yang berasa tercabar atas kejayaan FK dan DD yang telah mengandung setelah +- 2 minggu berkahwin. Pada beliau, secara logiknya, dia yang berkahwin pada 2.11 berbanding FK pada 3.11 tentu saja isterinya juga sudah mengandung sama....

kisah keterujaan sang suami...

Mama berharap agar tuan punya cerita tak marah kerana mama berkongsi kisah betapa terujanya untuk menjadi ayah di sini. Pada mama dari satu segi, cerita ni memang serius kelakar tapi cuba bayangkan jika kisah ni dibaca oleh pasangan suami isteri yang tidah sehebat dan semurah rezeki seperti FK dan DD. Tentu hati siisteri berdarah kembali dan ego sang suami tercalar semula. Kepada pasangan suami isteri yang belum mendapat rezeki seperti pasangan FK dan DD ni diharapkan bersabar, renungi dan ambil iktibar daripada kisah Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya mandul tetapi berkat ikhtiar, usaha dan doanya, akhirnya Baginda dikurniakan anak juga. Pokok pangkal, usaha untuk mengandung adalah usaha bersama suami dan isteri, bukan saling menuding jari mencari kesalahan pasangan. Pada yang dah ada anak tu, jagalah amanah-Nya sebaik mungkin tau... jangan asyik nak update blog dan lepak di FB jer... ingatan untuk mama jua.

Jom baca pengajaran daripada kisah Nabi Zakaria..

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com