Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Tips dapat duit daripada HeartBeat

Cikgu Iza | March 30, 2013 | 5 Komen |
Join HeartBeat ni dah lama, sejak 2011.. tapi join affiliate program baru semalam. Kenapa? Sebabnya kelakar je sebab mama tak tahu cara nak pasang banner Heart Beat di blog! Rupa-rupanya, mudah saja, google saja dan macam-macam blog ada tawarkan cara dari a sampai z. 


dua kali dah beli kat heartbeat

Rasanya HeartBeat ni salah satu alternatif buat mama setelah kecewa dengan Nuffnang. Alternatif lain ialah di sini. Seronok juga sebab join Nuffnang 2 tahun, hanya dapat RM 128 dan setelah cashout 4 bulan lepas, baru dapat RM 1.75. Tapi kalau di sini, baru je join 3-4 hari dah dapat RM6.40! Bukanlah tujuan utama berblog untuk dapatkan duit, tapi jealous juga kalau tengok kat blog orang lain asyik tepek gambar cheque cashout Nuffnang je. Jadi mama tekad dan beralih arah ke sini dan sini pulak. Jom ikut mama?

Bukti order

Dua kali dah mama order daripada Heartbeat ni. Kali pertama dulu car sign, mama kononnya nak bagi hadiah untuk blogger yang wish sempena birthday mama. Tapi malangnya, mama tak dapat nak poskan hadiah, malah mama ada buat entri supaya pemenang tu menuntut hadiah, tapi tiada respons. Mungkin pemenang tu marah, jadi mama minta maaf banyak-banyak ye...

Sempena nak masuk bulan baru ni, mama nak ajak kawan-kawan supaya sudi menerima hadiah ikhlas daripada mama. Cara nak dapat hadiah mudah je.. mama akan pilih 4 blogger yang paling banyak menulis komen + klik google plus + klik follower + klik heartbeat + klik iklan says mama. Kalau sama banyak, atau tiada pengomen mama akan pilih komen terbaik. Tempoh masa untuk mengomen ialah sepanjang minggu pertama bulan April. Keputusannya, mama akan bagi tahu pada Isnin, 8 April 2013. ** Klik iklan tu opsyenal, mana le mama tahu.. tapi amat-amat mengharap. Bagi tau je, nanti mama klik iklan u oll pulak ye. 

Hadiahnya :
2 car sign
2 bookmark

macam ni bookmarknya... 
kenang-kenangan daripada mama khas order daripada HB

Samsung Smart Wacth

Cikgu Iza | March 30, 2013 | 4 Komen |
Koleksi produk Samsung seperti smart phone, tab, smart camera dan lepas ni Samsung akan keluarkan smart watch pula! Idea ni telah lama difikirkan oleh Apple, pesaing Samsung tapi Apple masih belum pasti akan keluarkan smart watch sedangkan Samsung dengan yakin menyatakan mereka confirm akan keluarkan smart wacth, malah sudah ada rumors konsep jam yang bakal dihasilkan! Harap-harap lepas ni jangan ada syarikat yang saman menyaman lagi kerana 'meniru' konsep.. bersaing secara sihat le kann..

mungkinkah macam ni smart watch Samsung?

Smart watch Apple tapi tak confirm lagi..

Smart Watch Sony


Pada mama, produk Samsung merupakan produk berkualiti mampu milik kebanyakan rakyat Malaysia memandangkan produk Apple menawarkan harga yang jauh lebih mahal. Mama je dah ada note, tab 7, dan smart camera samsung.. cuma notebook 2 in 1 iaitu nb dan hp samsung je mama belum ada kerana masih ragu2 dgn performance samsung berbanding kuasa Acer dalam dunia notebook dan laptop.
Melihat keupayaan Samsung, mama tertanya2 di mana kedudukan Malaysia dalam peta jenama smart hp, smart camera, notebook dan laptop, apatah lagi dunia smart watch... Rasa mama Dasar Pandang Ke Timur dah berkurun diperkenalkan oleh Tun Mahathir tapi keupayaan Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding 2 negara timur yang maju ni, Jepun dan Korea. Sebenarnya Jepun amat kedekut akan ilmu! Kat mana silapnya? Adakah Malaysia hanya 'memandang' dan bukannya belajar dari timur? Entahlah Malaysiaku yang hanya bergantung pada suapan demi suapan,.. br1m, pr1ma, bantuan sekolah 100, dan banyak lagi 'makanan enak2 yang disuap' terus ke mulut., bilalah anak Malaysia nak pandai 'makan sendiri'?..



Published with Blogger-droid v2.0.9

Anak Lembu Hisap Susu Model

Cikgu Iza | March 30, 2013 | 4 Komen |

Bertuah anak lembu di Brazil kerana berpeluang menghisap susu seorang model! Namun begitu, usaha Boing Boing gagal kerana sukar untuk anak lembu itu menghisap susunya! Mama tertanya-tanya, sama ada model ni, baru bersalin atau makan supplement untuk menambahkan susu? Kebiasaannya, hanya wanita yang baru lepas bersalin dan ada anak kecil je yang ada susu! Patutle anak lembu tu tak mahu hisap, susu tak ada kot? Tindakan Boing Boing ni dianggap bodoh dan ada pula yang merasakan anak lembu tu bertuah. Tentulah bertuah kan, sebab banyak-banyak manusia, anak lembu yang berjaya menghisap susu, model pulak tu!
Macam-macam benda pelik kan yang dilakukan oleh manudia untuk meraih publisiti. Takkan atas tiket pencinta haiwan, menghalalkan tindakan model ini untuk menjadi 'ibu susuan' lembu! Banyak lagi benda berfaedah lain yang boleh dilakukan asal kita bijak memilih mana yang patut dan tak patut. Martabat manusia kan lebih tinggi daripada haiwan atau sama ke? Confuse pulak sebab kan haiwan sayangkan anaknya, manusia? Entahleee...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Farah Lee Berjubah dan Berkain Batik di Korea

Cikgu Iza | March 29, 2013 | 4 Komen |
Tahniah kepada Farah Lee, isteri Ally Iskandar kerana telah tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, Farah Lee memperagakan kain batik sarung ketika majlis konvokesyennya di  Inha University, Korea.

Yee.... 

lepas ni tak rindu-rinduan lagi le..

manisnya..

Comel dan manis Farah bertudung dan berkain batik kan? Identiti Malaysia tidak pernah dilupakannya walaupun jauh di bumi orang.  Malah, Farah mahu mencipta sejarah dalam dirinya dengan mempromosi kain batik sarung di mata dunia. Almaklum, ribuan mata memandang beliau ketika hari jubah tersebut. Tindakannya juga membuktikan bahawa berkain batik bukan khas bagi golongan berumur saja, golongan muda pun cantik jika berkain batik, dan kain batik bukan hanya sesuai untuk di dapur saja, malah dalam upacara bersejarah dan penting dalam hidup pun boleh dipakai. Malah nampak manis dan berseri aje kan...

Orang Ketiga dalam Perkahwinan Irma Hasmie!

Cikgu Iza | March 29, 2013 | 1 Komen |


Orang ketiga dalam perkahwinan Irma?? Tapi Irma tetap tabah dan mampu mengukir senyuman.. Tahniah Irma dan semoga dikurniakan sejuta kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang..
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X



Inilah orang ketiganya.. baby boy yang cute

Patutlah Irma dan Reza tersenyum je.. Tahniah ...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Panduan dan Manual Mengisi Borang UPU Online

Cikgu Iza | March 28, 2013 | 4 Komen |
Debaran menanti keputusan SPM telah berakhir. Para lepasan SPM 2012 tentu saja sedang berkira-kira untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk menyambung pelajaran. Kalau dulu-dulu, lepas saja keputusan SPM keluar, pejabat pos akan penuh dengan para lepasan SPM yang ingin membeli borang UPU. Sekarang ni, mereka tidak perlu lagi berpeluh dan berpanas beratur untuk mendapatkan borang secara manual kerana segala-galanya boleh diisi secara online. 

1.  layari laman web ini


3. Klik di sini





Pendek kata semuanya mudah, hanya perlu klik dan klik dan tunggulah dengan penuh harapan agar permohonan diterima, in sha allah. Untuk mendapatkan panduan lebih detail, boleh rujuk panduan lengkap di sini.

Untuk para lepasan SPM yang tidak memperoleh keputusan yang membanggakan, peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Politeknik, Kolej Komuniti ataupun ILKA juga boleh dibuat di sini. Begitu juga dengan para lepasan STPM,STAM,Matrikulasi, Diploma dan lain-lain boleh juga melayari laman web ini untuk memilih destinasi pengajian seterusnya.

Untung kan anak-anak zaman sekarang, semua maklumat berada di hujung jari. Hanya terserah pada hendak atau tak hendak dan rajin atau malas sahaja. Pada mama, walau apa-apa pun keputusan SPM yang diperoleh, bukan noktah dalam kehidupan sebenarnya. Banyak lagi peluang yang menanti di hadapan bagi orang yang tidak mengenal erti putus asa. Malah, mama dengar daripada Kaunselor, lepasan SPM yang tidak lulus pun ada peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran, asal pandai membaca, menulis dan mengira. Tu dah kira syarat paling minimum la tu. Terdetik dalam hati mama, apa hal pula dengan calon SPM 2013 yang tak pandai membaca dan yang pandai tapi tak faham langsung apa yang dibaca? Itulah cabaran yang kami di sekolah hadapi, 'meluluskan' iaini sekurang-kurangnya membolehkan mereka memperoleh sijil SPM dengan apa-apa cara sekalipun! Adil ke bagi kami guru di sekolah harian biasa berbanding dengan guru-guru di MRSM, SBP, sekolah berprestasi tinggi dan sewaktu dengannya? Itulah dilema saban tahun yang kami hadapi.. 

10 Fakta Menarik Hari Jadi Lee Ho Won Infinite @ Hoya

Cikgu Iza | March 28, 2013 | 1 Komen |
Peminat kpop tentu mengenali Hoya atau Lee Ho Won Infinite ni. Fakta lengkap tentang beliau boleh diperoleh di sini. Sebenarnya ada 10 fakta menarik tentang Hoya ni yang boleh dikongsi bersama :

alahai hensemnya..

1.  Hoya suka warna ungu
- menurut sumber, individu yang suka warna ungu mempunyai pengetahuan khas dalam hal kerohanian..

2.  Hoya suka mandi 3 kali sehari


Nak tahu 8 lagi fakta menarik tentang Hoya? Tekan 10 fakta menarik Hoya. 

Infinite : Sungyeol, Sungjong, Hoya, Myungsoo/L, Sunggyu, Woohyun and Dongwoo - sumber dan sumber




Tarikh PRU 13 : semasa cuti sekolah Penggal 1?

Cikgu Iza | March 27, 2013 | 0 Komen |
Menjelang hari-hari terakhir ahli DUN dan ahli Parlimen, semakin ramai Nujum Pak Belalang Milenium yang muncul. Namun begitu, tilikan terakhir ni yang paling hampir tepat iaitu tilikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.  Menurut beliau, PRU 13 bakal diadakan selepas LIMA 2013 kerana LIMA telah dirancang sejak 2 tahun yang lalu dan ramai pelabur asing akan menarik diri jika PRU diadakan sebelum LIMA 2013. Isshhh macam tahu-tahu je??

Tarikh akhir pembubaran DUN berperingkat-peringkat dimulai oleh DUN Negeri Sembilan, pada hari ini, 26 Mac 2013. Sebelum ni, banyak blog menyatakan DUN Johor merupakan DUN pertama bakal terbubar secara automatik iaitu pada 21 Mac 2013, namun sebenarnya DUN Johor hanya terbubar pada 21 April 2013. Hai... betapa tak sabarnya orang Johor kan nak memangkah, tak pa.. tak kan lari gunung dikejar.

banyak blog papar jadual ni
tarikh bubar DUN Johor sebenarnya pada 21 April 2013..

Jika DS Najib masih tidak membubarkan parlimen, parlimen bakal terbubar secara automatik pada 28 April 2013 bermakna +- 60 hari selepas itu, iaitu pada akhir Jun akan wajib diadakan PRU ke-13. Biasanya PRU akan diadakan pada cuti sekolah, bermakna PRU ke-13 bakal diadakan pada 24-25/5/13 hingga 8-9/6/13?  Mama rasa tilikan ini yang benar-benar tepat kot? Lain lah kalau DS Najib nak mencipta kelainan demi kelainan. 

Rekod DS Najib :

1. Beliau menjadi Perdana Menteri hasil penyerahan kuasa oleh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009 tanpa mandat dalam pilihanraya.
2. Enggan membubarkan parlimen walaupun sudah ada DUN terbubar secara automatik (DUN NS)
3. Bakal atau Wajib membubarkan parlimen pada tarikh terakhir parlimen iaitu pada 28 April 2013
4. Kemungkinan akan membubarkan parlimen pada 4 April 2013 sempena genap 4 tahun menjadi PM - hanya menjadi PM selama 4 tahun walaupun PRU diadakan genap 5 tahun.

Tapi yang pasti, rakyat Malaysia tertanya-tanya sebab DS Najib sengaja melewat-lewatkan pembubaran parlimen. Bak kata para bijak pandai,.. DS Najib seolah-olah sudah anti klimaks??

WW : Say Bye Bye Pada Husband...

Cikgu Iza | March 27, 2013 | 2 Komen |

Isteri Mithali = Bye Bye Suamiku
Be withYou Everytime...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ping Entri Terbaik...

Cikgu Iza | March 27, 2013 | 0 Komen |
Macam-macam cara nak tingkatkan trafik ke blog kita. Mama ni tak arif langsung, tapi mama suka 'belajar' dan ikut apa-apa yang terbaik daripada blog orang lain. Antaranya, jom kita belajar dari blog ni , blog yang ini pun ok, nanti-nanti mama nak ping kat group FB macam dalam blog Fiza tu,.. Sebenarnya banyak lagi tempat kita nak ping entri terbaru dan tercanggih kita, cuma rajin tak rajin je kita nak menggoogle... 

Mama nak ceritakan 'sikap' sesetengah ping aggeregator yang macam 'pilih bulu'? Dah beberapa kali mama terkena, apabila ping je, terus dikuarantin kerana tajuk entri mama. Kadang-kadang tajuk tu tak ada benda apa-apa, tapi tetap ditolak, dan mama cuba ping lain, ok je...

antara tempat mama ping blog...

gila ping ok je...

kartikel pun ok je

tang ni yang mama geram..

Mama ping entri yang sama, Tips Sabun Basuh Terbaik busuk.org, kartikel.com, dan gilaping.com.  Di kartikel.com dan gilaping.com, entri mama berjaya diping, tapi di busuk.org terpaksa dikuarantin dan apabila mama ping kali kedua busuk.org kata duplicate. Memang le duplicate sebab mama ping kali kedua tapi dah dia kata dikuarantin, dan cuba lagi.. so mama cuba le lagi..

Mama tak pasti apa salahnya entri ini sehinggakan dikuarantin oleh busuk.org.  Kalau nak dilihat daripada tajuk, apa yang sensitifnya.. Lainlah kalau mama tulis Bersih Terbaik ke... Mama hot juga kerana penat-penat ping entri, tak diterima pulak. Kalau boleh mama nak tahu le kriteria entri yang dikuarantin ni supaya mama tak melanggar syarat... mama rasa syarat-syaratnya jelas, tiada isu sensitif dan tiada unsur lucah.. habis tu sensitif dan lucah ke entri ni? Kadang-kadang mama rasa, 'orang kita' ni mudah melatah, takut pada bayang-bayang sendiri dan mudah melabel seseorang. Sampai bila kita nak 'disegani' kalau sikap negatif ni masih menebal.. 

Pada busuk.org, mama akur dengan kekerdilan blog mama, dan mama masih mengharap trafik dari ping ke busuk.org tapi harap-harap lepas ni lebih telus la ye. Kalau masih takut-takut, dan nak bersikap adil pada semua blog, kuarantinkan dulu semua entri yang diping, baca oleh 'penilai yang adil dan saksama' dan terima le entri kami dari blog kerdil ni. Ada idea lain nak ping entri ke mana?

(mama nak renew le account kat sini sebab lama x aktif, boleh ke??)


Tips Sabun Basuh Terbaik

Cikgu Iza | March 27, 2013 | 6 Komen |
Mama rasa semua ibu menghadapi masalah serupa apabila membasuh baju sekolah anak-anak terutama pada bahagian belakang lengan, tepi-tepi kocek, leher dan keseluruhan baju le apabila anak-anak dah mula pandai 'membeli-belah'.  Misalnya kuah roti canai, coki coki, waima apa-apa makanan atau kotoran sekalipun. Kebiasaannya, anak-anak akan dibebel berkati-kati sebelum ibu-ibu tetap menyental juga baju mereka. Betul kan? Tambah-tambah bagi ibu yang bekerja, tahap ketensyenan tu berkali-kali ganda terutama menjelang weekend, apabila kena basuh baju dan kasut anak-anak. 

Mama nak kongsi tips ni yang kawan mama kongsikan pada mama... ok, nak tau sabun apa yang terbaik?

Attack? Tak payah... kalau duit kocek banyak ok le... bagus tapi mahal ooi...

Vanish? boleh le,.. tapi tetap mahal..

Daia.. mama guna untuk baju-baju mama je kerana mama suka keharumannya
Tak percaya.. test le..

Sikenit ni, boleh le kalau basuh tudung... lepas tu rendam dalam softener..

Ini le rahsianya...

Pewangi... siapa kata softlan love wangi?

Mama kata softener Daia lagi ok.. tambah2 gabungkan dengan sabun Daia..

Mama berikan beberapa senarai sabun yang mama guna... Tapi kan, semenjak mama berjumpa dengan sabun cap Buruh aka cap Kapak hasil perkenalan singkat setelah diperkenalkan oleh kawan mama, Zila.. mama rasa mama tolak dah vanish dan attack.  Cuba bayangkan, nak beli vanish sebotol dah makan RM 20 ++ dan attack 2.5 kg dah RM 24, tapi sabun cap kapak tu, sebatang panjang cuma RM 3.90 je tau. **Tu pun mama dapat free daripada Zila.. tq... Sental je sabun ni, tapi potong dulu le pada ketulan-ketulan kecil dan jauhkan daripada air apabila tidak digunakan (simpan di tempat tinggi le) kalau tak cair le sabun ni...  Lepas sental ala-ala 'mak datin' bukan sentalan 'superman' baru le campak dalam mesin basuh dan masukkan le sabun Daia dan softener Daia.. gerenti kotoran degil hilang dan baju wangi sangat-sangat tau... 

Cuba le sabun cap kapak ni, kalau dulu-dulu warna hijau, sekarang ni warna kuning macam dalam gambar. Lepas ni, ibu-ibu mesti tersenyum je walaupun nampak baju anak-anak yang kotor. sabun ni bukan takat nak basuh baju je, kasut yang lepas kena selut pun gerenti putih bersinar-sinar. Lepas tu, kata cikgu India ni, kalau di celah-celah paha tu dah nampak macam kusam, sental je dengan sabun cap kapak ni, boleh putih! Pendek kata, powernya kuat tapi lembut di kulit, jadi jangan takut le tangan akan mengelupas.  

Tapi kan, pelik juga kenapa tak ada sabun ni dalam iklan di tv kan. Mungkin sabun ni bukan dari 'kasta Brahmin' almaklum harganya yang murah, jadi tak berbaloi le kalau nak 'beli' iklan yang mahal-mahal. Lagipun petua nenek moyang ni hanya tersimpan dalam ingatan dan disebarluaskan melalui bualan mulut je kan.  Mama rasa banyak lagi petua dan tips lain yang tak ada dalam iklan tv, jom le kongsi?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dokumentasi Perkhemahan Integrasi Kadet Bomba 2013 : Lengkap Tau..

Cikgu Iza | March 25, 2013 | 6 Komen |
Tahun ini lagi sekali jadi AJK Dokumentasi... Pengalaman? Memang banyak, jadi layan saja le gambar-gambar sebagai kenang-kenangan.. Tolong scroll ke bawah dan ke bawah dan ke bawah lagi ye kerana ada dokumentasi lengkap siap laporan untuk didownload, tinggal edit sahaja... Mama tahu macam mana susahnya nak buat dokumentasi on the spot, jadi hasil usaha tangan mama mengklik keyboard selama seminggu ni, mama kongsi bersama di sini...

1st day

1st day

ice breaking

kawad

pertolongan cemas

aspec challenge ke cadet challenge?

cabutan bertuah.. wooi  jadi tuan rumah mesti gempak

pasukan menang

kamilah Qooliee

tabik kehormat

Fuiih senget tengkuk tengok gambar, banyak lagi tapi mama masukkan ini sahaja untuk dokumentasi. Nak check lagi, di divider bomba ni. Nak dokumentasi lengkap di sini. Kertas kerja Bomba pun ada. Kad Jemputan yang tak comel pun boleh download di sini. 

Puas rasanya apabila dapat upload dokumentasi dalam fail http://www.4shared.com/ ni. So, mama amat-amat berharap agar rakan-rakan yang jadi ajk dokumentasi/ ucapan atau apa-apa je upload la hasil kerja tangan di fail ni untuk perkongsian bersama ye.. Semoga perkongsian sedikit ini dapat dimanfaatkan, terutama untuk rakan-rakan guru yang kena jadi ajk dokumentasi bidan terjun dan bila dapat puan boss yang nak cepat je. Tak apa, bila nak cepat tu maknanya puan boss percaya yang kita boleh super duper cepat, fikir positif je le. Kan kemudahan internet dah banyak, download dan edit ikut program kita, habis cerita. Daripada kita marah-marah macam anjing menyalak bukit dan kerja tak siap, betul tak? oopppss ada ke mama kata korang macam anjing??? he hee , faham-faham aja le ye.. Ok selamat bercuti pada semua rakan guru, anak-anak murid dan mama juga. jangan lupa 1 April naik sekolah tau!

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Tua..

Cikgu Iza | March 24, 2013 | 4 Komen |

Semoga mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat...
Cuba bayangkan rozita che wan pada tahun 2043.. umurnya 70++
Tak cantik rupaya muka kita apabila semakin dimamah usia..
Cuma rajin tak rajin dan mahu tak mahu je untuk melewatkan proses penuaan tu..,
Ada yang sibuk makan jamu, ada yang cuba makan supplement dan terkini ramai yang cuba marine kolagen.,
Kalau populasi malaysia lebih ramai yang menjangkau usia tua, mungkin bisnes produk anti penuaan laris di internet ..
Siapa tak mahu semantap rozita, klik like!
Patutle 'like' mama x ada-ada...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Result SPM : Dapat Duit Berkepuk-kepuk

Cikgu Iza | March 23, 2013 | 0 Komen |

Dalam masa tak sampai 2 jam dapat rm 2k lebih.. hebatkan?
Itu le senario saban tahun yang berlaku setiap kali result spm keluar
Setahun mama minta, tak da siapa yang layan tapi masa result spm keluar, 2 jam je dah dapat., kalah ceti terhandal dan malang tontto terhebat, rasanya semuanya salute pada mama..
Yang peliknya, dah dapat duit Br1m, dah dapat wang bantuan persekolahan rm 100 dan dah dimansuhkan yuran sekolah tapi bayaran untuk pibg dan majalah tetap liat nak dibayar!
Macam mana le pibg nak bernafas kalau semua tak sokong nak bayar sumbangan pibg.. tapi kalau x ada program pandai pulak mak bapak bertanya kenapa 'biarkan' anak2 mereka yg nak pmr atau spm..
Fikirle, zaman sekarang ada lagi ke benda free?
Rasanya sumbangan pibg kot yg free...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Keputusan SPM 2012 : 21 Mac 2013

Cikgu Iza | March 21, 2013 | 3 Komen |
       Kepada calon-calon SPM 2012, mama nak ucapkan tahniah kerana melakar keputusan yang cemerlang..Tadi mama tengok Buletin Utama.. ada temubual calon cemerlang SPM dari Melaka, katanya kejayaannya hasil group study dan banyak resepi lain.. Temubual dengan calon cemerlang Terengganu pula, seorang calon Cina anak pekerja kilang papan dan seorang calon Melayu anak seorang peguam.. sianak cina kata, terima kasih buat guru-guru, ibu bapa bla bla bla.... kata sianak melayu, kejayaannya hanya pinjaman, terima kasih buat ibu bapa, guru-guru, guru tuisyen dan datuk serta neneknya... Daripada temubual tu je kita tahu, resepi kejayaan mereka apa.. entahlah tepuk dada tanyalah akal..

             Mama tak mahu membebel panjang, cuma gambar je yang mengisahkan warna-warni 21 Mac 2013 buat mama dan anak-anak 5B 2012...

Khugan yang over confident... frust tau..

 kaunter tumpuan.. dapat duit saham koperasi maa

tak sempat nak melegakan ponggong ...

Hari ni dapat RM 2175.00 dalam masa 2 jam je..

Berdiri dari kiri.. 5A, Azuan (ketua 5B), Izzat, Acap
Depan : ntah, Amar dan Amirulnizam

malu nak ngaku bekas cikgu, seksi sangat anak2 ku..

Kaunter majalah hasil tangan mama...

Duduk tepi longkang je ke...

Hai anak-anakku... apa le nak jadi?
Sikuning tu namanya Rasul tau !

SPM 2012 hanya tinggal kenangan, post mortem untuk kelas mama, 5B alhamdulillah semuanya lulus BM walaupun kualitinya ke langit. Untuk 5 K... Kumareswaran, Kartik, Kishen, Sharmila, dan Steven serta Sahul gagal BM. Tahun ni, mama menyumbang 6/11 orang calon gagal SPM sekolah.. malang betul.  Apalah agaknya persepsi pengetua, salah mama atau salah mereka yang masih tidak tahu membaca dan faham akan BM walaupun dah berusia 17 tahun?  PBS sepenuhnya yang bakal menguburkan PMR pada 2014 mampu ke menjadi talian penyelamat dan kompleks persediaan bagi calon-calon SPM 2016 nanti? Tahun 2016 nanti kami tiada kayu pengukur PMR untuk menentukan tahap kesediaan calon. Entahlah, hanya masa yang akan menentukan... moga-moga calon SPM 2016 mampu melepasi syarat lulus BM, Sejarah dan BI.. kalau tak, makin ramai le bangsa Melayu yang hanya memohon kerja berbekalkan UPSR, almaklum.. PMR pun dah terkubur.. entah le labi...


nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com