Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Jadual Perjalanan Mengundi PRU 13

Cikgu Iza | April 30, 2013 | 0 Komen |

Semoga perjalanan pergi dan ballik kampung untuk mengundi Pru 13 selamat., Mama balik ke Johor, mengundi di Parit Raja., Tak sabar juga nak tahu keputusan pru13 ni sebab macam gempak je,. Pada yg nak balik mengundi, gunakanlah jadual yg disediakan oleh plus supaya tak tensyen.. Almaklum isnin hari bekerja, tapi dengar2 isnin cuti umum kan kan kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hari Sukan Pasti

Cikgu Iza | April 28, 2013 | 4 Komen |
ni le medal kakak kitee...

minum milo.. badan sihat.. kuat larii..

muka nak nangis.. takut kena lari..

mencangkung dalam barisan sebelum ambil bahagian..


Ahad, 28 April 2013.. Hari Sukan Pasti seluruh Klang..
Seronok..
Kakak Iman menang 2 medal, satu johan dan 1 naib, naib johan kerana salah sorang ahli kumpulan kakak p kendong buku dan bukan junjung buku tu.. kalau tak mesti juara gak! Aiman Syahmi pula tak menang apa2.. cikgu dia tanya, Aiman nangis ke tak menang? Aiman tak nangis, cuma pelik kakak dapat medal dan dia tak dapat! Mulalah dia tanya 'Kat mana' kakak dapat... nampak betul Aiman belum faham konsep 'menang'.. dia fikir kakak iman 'dapat' medal kat tempat lain! Teringat zaman mama sekolah dulu, x pernah dapat medal, malah cikgu ejek 'evening walk' ke..! So jgn heran le Aiman, kalah menang adat bertanding, yang penting kita mencuba, dan jangan ponteng time sukan sekolah ok..


Published with Blogger-droid v2.0.9

PRU 13 : Penamaan Calon

Cikgu Iza | April 20, 2013 | 1 Komen |

Hari ini bermula lah medan tempur perebutan kerusi untuk PRU 13. Mama cuma ikuti berita di Astro Awani, Mynewshub dan Sinar Harian je, malas nak tekan TV 1 dan TV 3 kerana faham-faham je le, kita nak berita yang telus, bukannya yang memihak mana-mana. Walaupun ketiga-tiga sumber tu tak da lah telus mana, tapi sekurang-kurangnya itulah sumber yang lebih baik. Nak pi Harakah dan Keadilan online atau Tranung Kite Online (tko) pun malas juga sebab macam condong ke sana pulak, akhir-akhir malas nak buka mana-mana saluran tv kerana berita yang disajikan tak neutral langsung... Kadang-kadang pelik, apalah tujuan mereka nak berebut kerusi ni, seronok ke jadi pemimpin? Kalau mama, lebih rela jadi guru cabuk berbanding jadi pentadbir! Yang heran tu, ada yang sanggup membelakangkan parti yang dipuja2 semata-mata nak jadi pemimpin atas tiket bebas. Ada pulak yang sanggup berebut sesama sendiri walaupun selama ini bermati-matian kata dalam puak yang sama, semata-mata untuk jadi pemimpin! Best sangat je jadi pemimpin, atau ada udang di sebalik batu je?...

Published with Blogger-droid v2.0.9

I City Water World : 40 m padu air free!

Cikgu Iza | April 18, 2013 | 6 Komen |
aiman..
iman
yaya

I-City Water World baru saja kami kunjungi walaupun jarak rumah tak jauh mana, sebabnya.. malas nak pergi kerana time p ICT hari tu, tiket parking je dah cekik darah, belum lagi tiket setiap permainan yang kena dibeli berasingan! ICT Snow Walk lagi le cekik darah kerana tiket masuk dah le mahal, lepas tu semua aksesori kena dibayar berasingan juga! Kata abah bukan snow walk tapi macam duduk dalam peti ais je, sejuk air batu bukan salji! Lepas dua kali tertipu, mama ingat tak mau tertipu lagi, tapi kali ni terkena lagi! Water World dia pun cekik darah tau,. Parking je dah menipu : 2 jam pertama rm 2, sampai pkl 6 rm 10 dan selepas pkl 6 rm 10.. mama p pkl 4 dan keluar pkl 8 lebih.. parkingnya Rm24.. pandai kan depa menipu, walhal cuma 4 jam lebih mama kat situ! Lepas tu tiket pun mahal sebab dewasa rm40 dan kanak-kanak rm30, cuma yeya yang free sebab bwh 2 tahun dan masih kurang drpd 90cm. Jadi nak masuk je kena bayar rm140 utk kami berempat, locker pula rm10.. maknanya semua benda perlu kena bayar., kesian kan kita orang malaysia, nak main air pun kena beratus-ratus, tu belum lagi kalau kita ni duduk kat padang pasir entah berapa yang perlu dibayar.. Negara yang banyak sungai dan banyak hujan ni pun mahal benor walaupun hanya untuk main air! Sebab tu le kita jangan membazir air, mahal tau air ni.. patutla depa cuma berani nak bagi 20 m padu air percuma, kalaulah digabungkan bn dan pkr, rakyat selangor dapat 40 m padu air percuma tau.. untungnya jadi orang selangor, tak jeles keee?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Guru Tukang Fitnah?

Cikgu Iza | April 17, 2013 | 4 Komen |
Sedih rasanya tapi blog ni merupakan diari yang paling 'rapat' dengan mama..

nasib baik koyok tak nampak...

Situasi xx
Seorang pesalah, tertangkap, dipenjara, dibuang negeri dan selepas membuat akujanji atas belas ihsan sipesalah diterima balik di negeri atas kayangan. Sipesalah mengakujanji akan berubah sikap, akan menjadi baik, akan menjadi 'orang baru'. Janji ditabur di depan pegawai polis, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai KBS. Namun, pada masyarakat awam, sipesalah masih mengekalkan sikap lamanya, dia pandai bermuka-muka di hadapan para pegawai tadi. Satu hari, orang awam berasa 'terpukul' apabila niatnya untuk menegur, dipermain-mainkan oleh sipesalah. Malah sipesalah yang 'agak hensem' ni menunjukkan sesuatu yang tidak sepatutnya dengan niat untuk memprovok orang awam. Orang awam naik angin lalu bertindak melaporkan kelakuannya kepada pihak polis agar tindakannya diadili. Sipesalah naik angin, lalu mengugut akan melontarkan sesuatu yang berbahaya terhadap orang awam. Sipenagih yang bijak lari dari tempat kejadian lalu menangis meminta simpati daripada ketua polis. Hasilnya, semua pegawai polis menyoal siasat orang awam meminta kepastian sama ada sipesalah yang 'baik' itu benar-benar melakukan sedemikian. Orang awam berasa tertekan lalu menulis sesuatu dalam hebahan maya seolah-olah sesuatu yang tersirat, tetapi disalah ertikan lalu dikatakan sengaja memfitnah si'pesalah', dan diminta bertaubat kerana memfitnah lebih buruk daripada membunuh.. Persoalannya, jika orang awam tu guru, dan sipesalah tu murid dan polis serta ketua polis tu rakan guru.. adakah hanya kerana si'pesalah' membuat akujanji dan buat baik dengan sesetengah orang, tidak mustahil ke dia hanya bermuka-muka? Mengapa dengan mudah je semua orang membuat keputusan murid tu betul-betul sudah berubah dan siguru betul-betul memfitnah? Segala kesalahannya mengugut guru sehingga ingin membaling benda yang besar dan keras aka stapler gun.. terus di'padam' tetapi guru pula dituduh 'memfitnah'? Sedih rasanya.. tapi apakan daya.. 

Tolong komen untuk up up up mood yang down down down ni...


Cara Pecah Rumah Moden

Cikgu Iza | April 13, 2013 | 4 Komen |

Macam2 cara nak pecah rumah.. malah ruang sebesar saiz A4 pun boleh muat! Jadi berhati-hati le sentiasa kerana ada-ada je orang yang menunggu peluang jika kita alpa... Tambah2 jika kos hidup terus meningkat dan jurang antara sikaya dengan simiskin semakin melebar, jadi tak mustahil sesiapa saja sanggup buat apa2 je untuk mencari sesuap nasi, tapi jgn pulak fikir matlamat menghalalkan cara kan.. Kalau badan tumasih kuat, kerja je le jgn mencuri, sedangkan ulat dlm batu pun boleh hidup, inikan pula manusia... betul tak?
Kredit pd geng wattsup coz kopi n paste gambar..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kingston Lee Chong Wei

Cikgu Iza | April 12, 2013 | 5 Komen |

Tahniah.. semoga dapat menggantikan ayah suatu hari nanti..
Ayah kempunan bawa balik emas olimpik mungkin Kingston Lee mampu lakukan.. siapa tahu kan., ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Lin Dan Junior dah ada ke belum? Kan tarikh perkahwinan mereka hampir2 je.,,  Mungkin ke tahun 2035 final olimpik Kingston Lee vs Lin Dan Junior.. tebus maruah ayah, Kingston Lee.. caiyok!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Masihkah Kau Ingat?

Cikgu Iza | April 12, 2013 | 0 Komen |

Mungkin ada yang celik-celik je mata kat dunia x pernah melihatnya.,
Yang mereka kenal external hd, pendrive dan cd/cdr..
Tapi cakera liut dan tape tu le yang popular dulu-dulu macam popularnya kingston lee?? sekarang...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Master Chef Selebriti 2013

Cikgu Iza | April 10, 2013 | 5 Komen |

Tahun 2013, Master Chef Selebriti tentu lebih gempak..
Sebabnya :
1. Ada pasangan Zain Saidin dan Rozita
2. Ada pengacara paling famous -Pak Nil
Silap-silap Pak Nil tak masak tapi jadi pengacara?
Tak sabar juga nak tengok pasangan bercinta terpaksa beradu,.
Rasa-rasanya masakan Rozita atau Zain lagi sedap?
Tungguuu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

WW : Sekolahku Syurgaku?

Cikgu Iza | April 10, 2013 | 7 Komen |

Kenapa guru-guru jadi macam ni?
Tanya sama guru apa sebab macam ni..
Nanti jawab guru, saja nak oppa gangnam style...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ramai Buta Huruf di Malaysia!

Cikgu Iza | April 06, 2013 | 3 Komen |

Malang betul kannn... Nak sedarkan org lain, diri sendiri tak sedar-sedar pun!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Manifesto BN vs JDT tempur SDE

Cikgu Iza | April 06, 2013 | 2 Komen |

Tentu malam ni banyak orang dalam dilema.. ditelan mati omak diluah mati bapak! Apa tak nya, malam ni ada 2 peristiwa penting iaitu pembentangan Manifesto BN di RTM 1 dan game JDT vs SDE kemungkinannya di Astro 801.. Mana pilihan kita? Kalau mama pilih bola, boleh release tensyen, sokong?

Published with Blogger-droid v2.0.9

PRU 13 : Transformasi Najib atau Reformasi Anwar?

Cikgu Iza | April 05, 2013 | 10 Komen |
Dua kumpulan yang dirasakan mendominasi PRU 13 walaupun ada parti lain, namun agak kerdil berbanding dua puak ni. Rasa-rasanya Transformasi atau Reformasi yang berjaya memenangi hati rakyat? Tungguuuu...

trasformasi vs reformasi?


Tepuk dada tanya akal....
Rakyat Malaysia pastinya bijak menilai barisan pemimpin yang bakal mentadbir negara. Jangan kerana taksub pada mana-mana pihak, kita mengorbankan masa depan negara. Gunakanlah hak kita sebagai pengundi yang matang dan berhemah.. Biar 'Mereka' tak tidur meraih undi kita, jangan sampai 'kita' yang tak tidur menyesal mengundi pihak yang salah..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Bendera BN dan PAS Bersatu?

Cikgu Iza | April 03, 2013 | 4 Komen |

Mungkinkah terjadi dalam Pru 13?
Harap pasangan ni lebih bijak dan matang dalam melayari bahtera kehidupan.. Bukankah pasangan suami isteri saling melengkapi? Ketepikan ego, fikirkan masa depan,, Realiti atau hanya Fantasi?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Parlimen Bubar - Tarikh PRU 13 dan Hari Mengundi

Cikgu Iza | April 03, 2013 | 5 Komen |
Hari ini pukul 11.30 pagi (lebih kurang le) akhirnya parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 diadakan. Mama tahu tarikh pembubaran parlimen ni pun dah terlambat kerana time pukul 11.30 tu ada kelas, habis kelas je pukul 2 terus buka tab terbaca tentang berita ni dan mama termenjerit, tapi tak best sangat le kerana semua kawan lain dah tahu pun! 

saat pengumuman dibuat...

Buka blog kawan dan cari di Google, semua berkobar-kobar berborak tentang pembubaran parlimen. Selepas parlimen dibubarkan, tentu ramai tertanya-tanya pula bila PRU 13. Mama terjumpa kronologi tarikh yang berkaitan dengan PRU 13. Tapi, tertanya-tanya juga, betul ke? Logik ke?

betul ke tarikh ni?

Kalau Sabtu, 27 April dijadikan tarikh PRU 13 aka Hari Mengundi, banyak perkara yang menjadi tanda tanya :
1. PRU biasa diadakan pada cuti sekolah, cuti sekolah start 22 Mei, jadi PRU bukan pada cuti sekolah?
2. Jika tak cuti sekolah, bermakna ramai yang tidak dapat balik untuk mengundi? Almaklum, Jumaat hari bekerja, Sabtu mungkin cuti umum tapi sompat ke balik untuk mengundi pada Sabtu?
3. Bagaimana program sekolah yang telah dirancang, yang dah ada dalam takwim 2013 - terpaksa dibatal dan ditangguhkan semata-mata kerana PRU 13?

Atau tarikh di atas cuma gimik?
Tungguuuuuu....

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com