Pages

@aimaniman |

Rahsia Artis KPop Diminati Ramai..

Rahsianya.. tentu sahaja pada ketampanan wajahnya, kalau tidak masakan banyak remaja Malaysia tergila-gilakan artis kpop ni walhal senikata lagunya sepatah haram kita x faham.Tapi pada mama, mungkin rahsianya terletak pada kekuatan strategi industri seni negara tersebut juga. Terutama dari segi strategi pemasaran dan promosi artis-artis mereka. Berbanding di Malaysia, artisnya sibuk dengan masalah peribadi yang merimaskan, misalnya kisah Saiful Apek yang berbakat tetapi 'tewas' dengan dadah. Kisah artis yang sibuk naik turun mahkamah menguruskan hal rumah tangga juga merimaskan peminat. Semua masalah peribadi ni tentu sahaja membantutkan usaha mereka untuk 'mempromosikan' diri, malah penerbit pun muak dengan karenah mereka. Di Malaysia pun orang semakin 'melupakan' inikan pula nak dikenali di luar negara kan? Tak perlulah Zed Zaidi 'berkokok' ke sana sini nak membela nasib artis, jika artis sendiri tidak menghargai bakat yang mereka ada. Pendek kata jangan nak salahkan kelebihan artis kpop tu hensem sangat menyebabkan remaja Malaysia tergila-gilakan mereka tapi 'cermin' diri sendiri dulu. Sudah kuat ke diri ni untuk di'gilai' peminat? Atau artis Malaysia hanya kuat dengan masalah peribadi saja. Bilalah kita dapat melahirkan seniman agung seperti TS P Ramlee lagi? Peminat kini dah bijak, tidak perlu nak salahkan 'lantai yang senget' jika memang bakat kita nil sebenarnya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Emma Dan Cha Cha Maembong

Cantiknya mereka, malah kalau disuruh teka mama tak tahu yang mana satu Emma yang mana satu Cha Cha.. Pendek kata kedua-duanya mempunyai paras rupa yang cantikkkkk...
Mama bukan kenal sangat dengan dia orang ni, cuma baca sikit-sikit di FB
Cuma yang mama nak persoalkan, kenapa le muka cantik, anak pelukis terkenal, keluarga mampu, tetapi tak mahu meneruskan pelajaran, malah berbangga dengan status belajar setakat tingkatan 2! Bukan mama nak kata pelajaran tinggi prasyarat kejayaan dalam hidup, tapi ilmu kan wajib dituntut, malah ilmu akan mematang dan mendewasakan seseorang, terutama dalam dunia seni, takut-takut mereka 'kurang bijak' melayari bahtera seni dan akhirnya 'hanyut' dek kurangnya ilmu.
Macam tu juga le anak2 murid mama, bila ditanya kenapa tak mahu belajar, dijawabnya cita-citanya untuk menjadi chef, tak perlu susah payah perah otak belajar add math cikgu... Ada juga yang menjawab, ayah saya ada bisnes cikgu, bisnes tu bakal milik saya.. buat apa belajar susah-susah.
Tapi, kalau lah mereka tahu, jika mereka menjadi chef yang berilmu, menjadi bisnesman yang bijaksana, darjat mereka jauh lebih tinggi, malah kedangkalan jawapan mereka menyerlahkan kecetekan ilmu di dada...
Alangkah indahnya jika emma dan cha cha maembong yang pastinya menjadi idola ramai anak muda memandang tinggi akan ilmu. Pasti ramai remaja yang kata, nak belajar lagi la sebab emma yang cantik tu ada ijazah! Semoga mentaliti artis terhadap ilmu dapat diubah kerana sedar-sedarlah ramai murid yang 'malas-malas' tu jadikan artis sebagai ikon mereka!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Perkahwinan Ke-3 ustaz Azhar Idrus : makna tersirat

Trend di FB hari ini ialah perkahwinan ke-3 UAI..
Walaupun lelaki boleh berkahwin 4 jika mampu, tetapi UAI yang berjaya 'hatrik' ni jelas menunjukkan kekuatan isteri pertama dan keduanya. Kalau tak silap, pada akhir Ogos 2012, UAI baru saja menimang cahaya mata lelaki. Maknanya baby tu baru 9 bulan umurnya, kalau kita manusia biasa.. time baby umur 9 bulan ni ayah dan ibu asyik 'menggentel' je pipi baby sbb 'geram' .. tapi berbeza dengan UAI sanggup 'mencari' yang lain... Jika yang dikahwininya janda, oku, ibu tunggal atau andartu tak de le menjadi persoalan, tapi isteri baru UAI jelas cantik menawan walaupun wajahnya dilindungi oleh sehelai purdah nipis., Sebagai perempuan biasa, mama rasa isteri-isteri UAI mesti sudah dididik dan mempunyai sekeping hati yang maha suci kerana mampu 'meraikan' bersama majlis makan beradat suami. Sebenarnya apa yang UAI mahu tonjolkan? Kepuasan diri kerana mampu 'melembutkan'dan 'meredhakan' hati isteri? Mama tahu mereke kuat.. tapi percayalah, hanya perempuan tahu isi hati perempuan....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peplum For Kids di Bayu D'shop

Masih tercari-cari peplum cantik dan hot untuk anak-anak?

bukti order... baru booking esok gaji baru bank in duit maa

mama beli yang ni sz 7 sebab sz 3 dah sold out

rembat sz 3 dan 7

rembat sz 3 dan 7


Promote sikit..
Sebelum ni mama beli peplum di myainnur collection secara online, memang cantik dan puas hati sangat2 tapi bila nak beli second time, dah x ada stock, semua dah dibooking... sedey sangat2 sbb peplum ni mmg cantik... Tadi pagi, kawan kenalkan dengan Bayu D'shop.. tanya punya tanya.. semuanya ada dan apa lagi, mama terus beli laaa... 3 pasang ooi! Semangat peplum ni tak pernah luntur, walaupun mama x sanggup nak pakai, takut menonjol spare tyre tapi bila anak2 pakai, terubat rasa hati, imagine kan mcm sendiri pakai lee... so pd mummies yg nak peplum hot for kids yg mmg ready stock, p le ke Bayu D'shop ye... in sya allah berkenan dan in sya allah puas hati..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Adam Adli : Simbol Jebat Moden?

Kisah Adam Adli begitu hangat sekarang ni. Jom kenali Adam menerusi penulisannya di blognya, Agak2lah!!!

Mama tertarik

Dulu-dulu, mama ada komen tentang 'perangai' Adam Adli ni seperti 'anjing menyalak bukit', bukit tak goyah tapi diri kita yang 'hancur'. Itulah ibarat Adam Adli, tanpa sebarang 'kuasa', keinginannya untuk cuba 'mengubah sesuatu' hanya akan menyusahkan diri dan keluarganya. Masa hadapannya mungkin gelap apabila dia digantung pengajian dan harapan ibu bapanya mungkin punah akibat sikapnya yang sebegini. 
Namun, sebenarnya inilah simbol pejuang tulen. Tanpa keberanian dan semangat juang yang tinggi, tidak mungkin Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Kalau kita baca, para pemimpin sekarang, rata-rata merupakan pemimpin mahasiswa yang lancang dan berani ketika di kampus. Sama seperti penulisannya dalam blog tentang pendidikan percuma dan ptptn.
Mama dulu belajar atas tiket pinjaman berubah JPA, selepas mendapat keputusan kelas 2 atas, pinjaman bertukar menjadi separa biasiswa dan mama hanya perlu membayar 1/3 daripada keseluruhan pinjaman. Mama tak tahulah bagaimana konsep pinjaman PTPTN sekarang ni. Tapi yang pasti, peminjam akan mula dibelenggu hutang seawal tahun satu pengajian lagi! Sedangkan mama mula berhutang hanya setelah tamat pengajian dan gatal-gatal nak membeli tv pada masa itu. Tapi adik mama, hutang ptptn untuk diploma dan juga untuk ijazah dah boleh membeli sebuah kereta! Cuba bayangkan apabila tamat pengajian nanti, mana nak beli kereta, mana nak kahwin, mana nak beli rumah, walaupun tak beli tv macam keinginan pertama mama ketika dapat gaji pertama dulu-dulu!
Sebagai guru, mama lihat semenjak kerajaan menghapuskan yuran persekolahan, anak-anak menjadi semakin 'terbiar' dan ibu bapa semakin 'tidak ada anak'! Apa tak nya, ibu bapa hanya menjejakkan kaki ke sekolah masa mendaftar anak semasa tingkatan satu dan selepas itu langsung tak tahu anaknya di kelas mana, kecuali sejak dua tahun lepas, nampak juga muka ketika mengambil duit bantuan persekolahan rm 100!. 
Seingat mama, dulu-dulu abah dan emak bukannya kaya, tapi mampu' menyekolahkan' 6 anak sehingga ke universiti. Semasa di universiti, jangankan telefon bimbit, makan KFC,MCD, malah makan di luar pun tak mampu. Baju baru hanya dapat sepasang sorang time raya. Berbeza dengan anak-anak moden hasil 'bantuan' PTPTN, mampu membeli hp canggih, mampu bersarapan di MCD, mampu berpeplum kaler block dan mampu segala-galanya. Dulu-dulu, nak menaip kena p makmal fakulti tapi sekarang mahasiswa ke hulu ke hilir mengendong laptop, tab, iPad dan note! Dulu mama menapak ke fakulti dan kenderaan mewah mama hanyalah bas sambung-sambung, tapi mahasiswa sekarang malu nak naik motor, sekurang-kurangnya mesti ada viva!. Itulah bezanya kami dengan adik-adik seangkatan Adam Adli. Bezanya ibu bapa kami dengan ibu bapa anak-anak seangkatan Adam Adli!. 
Pada mama, yuran sekolah perlu ada supaya ibu bapa tahu akan tanggungjawab mereka, yuran SPM dan PMR pun perlu ada supaya ibu bapa tahu pentingnya duit untuk pendidikan anak-anak. Apabila di peringkat universiti pula, peranan kerajaan pula menyediakan pinjaman berubah menerusi agensi-agensinya seperti JPA, MARA, TELEKOM, anak negeri dan lain-lain. Soal makan minum, tempat tinggal dan kebajikan anak-anak masih tanggungjawab ibu bapa. Mama rasa, ramai yang mampu tapi 'buat-buat lupa' hanya kerana 'kemudahan' pinjaman PTPTN!. Jadilah nanti rakyat Malaysia rakyat yang bijak berhutang kerana budaya berhutang sudah dipupuk sejak alam pengajian lagi! Kos pengajian tinggi adalah tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh kerajaan dan ibu bapa kerana anak-anak adalah amanah-Nya kepada ibu bapa dan mahasisawa merupaka amanah buat para pemimpin. Mama tak sokong pengajian percuma 100% tetapi perlu ditanggung oleh kerajaan menerusi agensinya seperti dulu-dulu, bukannya diletak 100% kepada satu pihak untuk memberi 'pinjaman berharga' buat mahasiswa. 
Adakah Adam Adli ni ibarat Jebat Moden? Berani 'membinasakan' diri 'menentang' pemimpin hanya semata-mata untuk menegakkan keadilan? Sudah terkubur ke keadilan di Malaysia?  Sedihnya....

Published with Blogger-droid v2.0.9

SMS Untuk Cikgu


Lama dah tidak update blog ni, nak dibiarkan bersawang sayang, nak menyapu sawang terasa tak sempat.. Almaklum, sibuk menanda kertas PPT, menyediakan bahan untuk kelas tambahan dan LADAP yang dah tak mengenal Sabtu minggu pertama dan ketiga lagi, semua langgar macam tiada pekeliling yang kata Sabtu 1 dan Sabtu 3 tu cuti laaaa!!! Itulah dilema sang guru, tapi ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan goyah tapi diri pula diblacklist...
Minggu lepas, 16 Mei sambutan Hari Guru, tapi sekolah mama sambutannya bakal diadakan pada 23 Mei, hari terakhir sekolah untuk penggal ni. Rasa-rasanya guru-guru akan menyambut Hari Guru syok sendiri kerana Jumaat, 24 Mei cuti Wesak dan 22 Mei, Rabu hari terakhir PPT! Secara logiknya, ada ke lagi murid yang akan datang pada 23 Mei tu? Mama rasa, cikgu dan pengawas je yang ada. Kesian kan para guru? Tapi mama tetap tekankan pada anak-anak agar menghargai guru masing-masing, sebab tu malam 16 Mei tu mama bertungkus lumus membungkuskan hadiah untuk cikgu anak-anak mama. Sebenarnya, bukan hadiah yang kami pinta.. cukuplah setakat kami dihormati dan dihargai. Itulah sebenarnya doa dan harapan mama setiap kali melangkah kaki ke tingkatan 4M. Semoga suatu hari nanti mereka tahu menghargai jasa kami para guru. 
Mama terjumpa SMS ni untuk tatapan semua guru dan masih belum terlambat kan nak ucap selamat HG buat semua guru mama, guru sek rendah, guru sek men, guru tingkatan 6, guru di ukm, guru di maktab, guru di rumah, guru sek agama... dan semua guru Malaysia...

SMS VERSI 1


Adakala..
Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
‘SELAMAT HARI GURU’
**(sms di kalangan sesama guru.)

SMS VERSI 2 dan SMS VERSI-VERSI LAIN....teruskan membaca tau!

Peplum For Kids

Baju peplum begitu hot sekarang ni di FB, rata-rata banyak page yang menawarkan baju peplum sama ada untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

peplum panas dari oven pos laju

sukanya dia dapat...

kakak iman saiz 6-7

adik yaya saiz 3-4 walaupun umur baru 21/2 tahun...

Dah lama mama cari peplum for kids ni. Mama kurang berminat dengan peplum yang ditempah online kerana saiznya belum tentu fit dengan badan anak-anak. Malah, harganya pun jauh lebih mahal, ada yang mencecah RM70-100. Kalau nak beli baju kurung, mama lebih suka pergi ALAminKids kerana potongan baju kurungnya memang fit kat badan anak, tak ada le jatuh bahunya atau nampak 'menggelebeh' je apabila dipakai. Peplum pula, mama beli di My Ainnur Collections. Peplum merah macam yang kakak Iman pakai tu saiznya 6-7 yr dan adik yaya 3-4 yr. Harganya cuma RM45 sepasang dan belanja pos RM7 untuk kedua-dua pasang. Jumlahnya RM 97 dan hasilnya memang puas hati sangat-sangat le, sebab memang nampak cantik dan terletak je kat badan. Banyak juga yang jual peplum yang sama di FB tapi yang mama hairan, harganya berbeza-beza pulak! Ada yang jual RM55 sepasang! Nasib baik mama terjumpa MyAinnur ni, jadi mama jimat RM 20 la. Tapi yang tak seronoknya, My Ainnur ni tak jual di luar, hanya jual secara online. Masa mama tunjukkan peplum ni pada kawan-kawan, terus ada yang call nombor MyAinnur, namun malangnya dia tak jual di rumah. Pada mama, untuk menarik lebih ramai pelanggan, pihak yang menjual secara online juga perlu meluaskan perniagaan di luar, kerana tidak semua orang percaya untuk membeli secara online. Almaklum, kita biasanya suka mencuba dulu sebelum membeli, mana lah tahu jika dah beli tapi tak berpuas hati, bukan mudah nak memulangkannya jika membeli secara online, kan? Contohilah cara kainohkain ni, selain menjual di FB, dia juga menjual kain dan baju di rumahnya di Shah Alam...  Strategi tu... Sampai bila kita nak malu-malu apabila berniaga, kan...

Published with Blogger-droid v2.0.9

MCA melatah kalah teruk PRU13?

tutup tanda protes?

karikatur hebat.. 


Siapa ada tengok berita Awani?
Mama dapat rasakan pihak MCA seolah-olah melatah dengan kekalahan teruk mereka dalam PRU13. Mula-mula mama dengar Presiden mca, Chua Soi Lek kata nak berundur, ok la tuh, pemimpin kena bertanggungjawab apabila partinya kalah. Tapi bila dengar berita Awani, MCA Kedah akan menutup pusat khidmat masyarakatnya selama sebulan sebagai tanda protes atas 'penolakan' orang cina terhadap parti tu, mama rasa mca betul2 dah melatah! Cuba fikir baik2, siapa yang untung? Musuh politik mereka sebenarnya! Sebagai pemimpin yang bijak dan bertanggungjawab, sepatutnya mca bertindak menambahbaik perkhidmatan bukan memberhentikannya! Adakah mca ingat apabila 'merajuk' ada yang nak pujuk ke? Tindakan mca ni menjelaskan siapa pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat atau menang hanya untuk membuncitkan poket sendiri je. Sikap mca ni menambah malang parti itu dan tempiasnya pasti terkena pada parti induknya, bn! Harap rakyat malaysia sedar 'helah' pemimpin sebegini. PRU14 kalilah!
Published with Blogger-droid v2.0.9

MB Selangor : PAS atau PKR?

Ibarat rumah siap pahat berbunyi?
Almaklum, senario keputusan PRU 13 tidak sama dengan keputusan PRU 12 apabila PAS memperoleh 15 kerusi, DAP 15 kerusi dan PKR hanya 14 kerusi. Nasib baik perlembagaan Selangor hanya membenarkan orang Melayu Islam menjadi MB, kalau tak perbalahan 3 penjuru la pulak!

dengar jangan tak dengar...

Dengar kata, dalam PKR pun YB Khalid mendapat saingan daripada YB Azmin untuk menjadi MB. Dalam PAS pula, saingan antara Dr Abd Rani dan Ir Mohd Khairuddin Othman. Azmin pula berlatar belakangkan Master Math dan Ekonomi sementara YB Khalid juga mempunyai Ijazah dalam bidang Ekonomi. Untung rakyat Selangor kan, bakal MB mempunyai latar belakang yang hebat-hebat. Tapi, walau sehebat mana pun latar belakang akademik mereka, namun jika tiada pengalaman untuk mentadbir sebuah negeri, pada firasat mama agak sukar untuk menjadi MB yang baik. Kita lihat saja pengalaman Kedah, apabila PAS mentadbir hanya sepenggal mereka diberi peluang. Bukan mama kata PAS tidak boleh menjadi MB kerana Kelantan telah membuktikannya. BN beberapa kali mencuba untuk menjadi kerajaan di Kelantan namun tetap gagal. Kes Kelantan berbeza kerana rakyatnya sudah 'biasa' dengan cara kehidupan ala-ala PAS. Namun di negeri lain, keterbiasaan itu perlu dipupuk. Mama takut, apabila 'tidak biasa' rakyat akan 'bertindak' dengan menolak kerajaan Selangor kini. Jadi, untuk 'membiasakan' rakyat negeri lain, terutama rakyat di Selangor, pemipin PAS perlulah 'mengalah'. Jangan yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran pada PRU14 nanti. Khalid Ibrahim sudah ada track record yang baik sepanjang 5 tahun lepas, jadi apa salahnya jika beliau terus diberikan peluang. Betul tak? Azmin Ali pun bukannya tak ok, tapi 'cerita' dia yang tak berapa nak ok, dari kisah isterinya dan kisah ibu serta adik-beradiknya. Tapi, mama harap walau sesiapa pun MB Selangor, rakyat wajib menerimanya dengan lapang dada dan yang penting ahli politik juga wajib menerima keputusan ramai. Jangan ibarat rumah siap, pahat berbunyi. Nanti siapa yang rugi? Ini Kalilah tak berapa nak jadi, PRU14 kalilah!!!

Keputusan PRU 13

Keputusan Pru13 telah diketahui, terimalah hakikat pada yang kalah dan berusahalah untuk menunaikan janji pada yang menang... Mama tunggu sampai pukul 330 kat depan tv mengharapkan 'miracle' tapi tepuk pipi, realitinya? Mungkin belum masanya, tapi bila? Time kerajaan baru menerima mandat selesa, mama terpegun melihat tv, mungkin senator yang bakal dilantik dan akan menjadi menteri wanita kot? Kenapalah dia perlu ada dalam sidang akhbar kerajaan baru? Itulah 'istimewanya' kerajaanku...! Ramai juga pak menteri dan timbalan menteri yang kalah, dan kata emak, time ambil brim 2.0 ari tu yb puad berdiri sorang2 je, x da pengipas dan pengiring,adakah dia tahu dia bakal kalah? Ish ish ishhhh... tapi bukan apa, yb sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, bukan nak mengutuk, tapi time dia berkuasa, seingat mama dua kali sekolah jemput dia untuk merasmikan program, dan kedua-duanya dia tolak untuk datang! Haaa, baru dia tahu rasanya 'ditolak'... Pengajarannya, yb berkhidmat demi rakyat bukan demi 'memeras' poket rakyat dan 5 tahun lagi baru nampak muka, tu pun hanya tergantung di tepi-tepi jalan dan ditampal pada sepanduk. Time tu tak da siapun yang 'kenal' dahhhh...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dua Kali Berjumpa Masih Jatuh Hati..

mr X

Kali pertama berjumpa dengannya pada tahun 1998 di Batu Pahat, Johor, sehari sebelum dia dipenjarakan... Masa tu, tengok dari jauh dalam kesibukan orang ramai, hanya suaranya yang penuh semangat yang dapat mama dengar... Hari ini, sekali lagi mama berpeluang menatap wajahnya, kali ini di bumi merah kuning, walaupun hanya dari belakang, tetapi sesekali apabila dia memalingkan muka, dapat juga mama menatap wajahnya. Terdetik dalam hati mama "Tuanya dah dia"... tapi sebenarnya dia semakin matang dengan 1001 pengalaman... Sama macam pertama kali berjumpa, dia masih bersemangat melaungkan perjuangannya. Cuma mama yang berbeza dengan pertemuan pertama dulu. Apa taknya, tahun 1998 mama berjumpa dengannya dengan abah tapi tahun 2013 mama berjumpa dengannya dengan abah anak-anak mama. Dulu mama sanggup meredah lautan manusia kerana usia yang muda dan masih tiada komitmen apa-apa, tapi sekarang? Mama takut-takut!... Betapa kerdilnya diri ini berbanding dia! Dari jauh mama masih berharap agar segala perjuangan dan pengorbanannya selama ini berbaloi. Hanya masa dan Allah yang akan menentukan.... Tapi yang pasti dia harus redha dan menerima apa-apa sahaja ketentuan-Nya serta jangan sekali-kali berhenti berjuang,.. tiada erti noktah kan dalam perjuangan? 
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012