Pages

@aimaniman |

Filem Hit : Bro Nampak Audi Gua?

Kelakar tapi pedas sungguh sindiran ni. Buat Mat Yo, anggaplah segala sindiran sebagai api pembakar semangat untuk terus membawa JDT ke mercu kejayaan. Buktikan pada semua bahawa kejayaan JDT bukan disebabkan oleh habuan menggunung, tapi atas semangat kesukanan untuk melihat JDT sebagai kuasa bola sepak Malaysia. Mama pun tak faham kenapa game JDT semalam kaku semacam. Ramai kata kesilapan Fandi mencatur kesebelasan utama JDT, pas tu bila TRW gol sebijik, dia terus melatah lalu terus keluarkan pemain. Entahlah, mama suka tengok bola tapi tak reti main pun. Cuma dari kaca mata mama, TMJ dah melabur begitu banyak membeli pemain mahal-mahal, tapi kenapa perencananya hanya bekas pemain yang belum terbukti kehebatannya sebagai jurulatih? Apa salahnya, TMJ amek Alex Ferguson... amek kaw! Baru terbeliak mata, keluar MU masuk JDT!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 : Syaf Mengandung?

SSID hanya tinggal 1 episod sahaja iaitu episod ke-13 pada Jumaat malam, 5 Julai 2013. Rasa tak sabar nak tunggu saat tu kerana nak tahu kesudahan kisah cinta tapi malu Syaf-Firash

SSDI

Episod 12 dan semua episod 1-11 SSDI boleh ditonton di sini. Alhamdulillah, mama dah berjaya Qada' menonton semua episod tu di sini. Malam tadi ditayangkan episod ke-12 SSDI. Rasanya macam sekejap saja drama ditayangkan, yang lebih-lebih tayangan iklan pulak sebenarnya. Itulah 'kehebatan' saluran tv di Malaysia, amat 'bermurah hati' menayangkan iklan, seolah-olah hanya mahu mengejar keuntungan sahaja. Bukan sahaja TV3, malah TV berbayar seperti Astro pun sekarang seperti dah mengutamakan iklan berbanding kepuasan penonton. 
Episod ke-12, tidak banyak menayangkan aksi pasangan Syaf-Firash yang sebenarnya sudah mula mencintai  pasangan mereka, namun ego yang menebal menyebabkan masing-masing tidak mahu mengaku. Akibatnya, Syaf 'melarikan' diri daripada Firash. Waktu inilah Firash menyedari perlunya Syaf di sisi tetapi sudah terlambat. Syaf pula seakan-akan mahu menjauhkan diri dengan berhenti kerja dan menggunakan nombor telefon baru. Namun, yang tak syoknya, Syaf rapat dengan Raimi. Sepatutnya, sebagai isteri yang 'baik', kan dalam cerita ni Syaf bertudung dan bersembahyang, tak kan dia tak tau hukum dia meninggalkan suami dan 'melayan' pula lelaki lain. Tapi, seperti drama Melayu yang lain, mesti berakhir dengan happy ending. Misalnya, dalam episod ke-12 ni menunjukkan ibu dan ayah Firash berbaik semula. Cuma Firash dan Syaf yang belum berbaik semula, tapi bibit-bibit happy ending tu dah ada terutama bila cerita berakhir dengan persoalan dalam kepala ibu Firash... adakah anaknya yang selama ini tidak suka akan tempoyak patin, tiba-tiba saja berselera menandakan yang Syaf mengandung? Firasat ibu biasanya kan betul.... Syoknya, dalam tak suka dan tak mahu tu, 'berjaya' juga Firash 'memujuk' Syaf....... he he he...

Harga Asus Memo Pad ME172V vs Acer Iconia Tab B1

Hari-hari marah, hari-hari hot dengan kakak Iman. Sebabnya, Note mama dijadikan game dia 24 jam dan yang paling mama hot, Ahad 23 Jun lepas dia godek-godek setting Note, guna mobile data untuk main game! Sedangkan mama dah kata, di rumah kakak Iman cuma guna unifi sebab free tapi dah perangai budak-budak suka explore....Petang tu mama dapat sms daripada mr Celcom talian sudah diblock kerana penggunaan melebihi RM314!!. Punyalah mama hot, tapi kakak Iman tu anak mama, takkan nak dicekik kot... 

Asus memo pad dan Acer Iconia

Pagi ni dia buat hal lagi kerana minta bawa Note ke taska kerana kata kakak Iman, mama dah ada Tab. Puas mama fahamkan kakak, Note untuk call sedangkan tab untuk kerja, tapi masih blurrrrr. So mama google la tab yang murah-murah tapi berjenama. Apa yang mama dapat, Asus memo pad harganya RM 499 dan Acer Iconia harganya RM399. Ok la tuh kan, banding jika beli tab China. Petang ni mungkin mama kena p Alam Central nak cari tab untuk kakak. Sebelum ni, mama pernah beli tab China tapi jangka hayatnya tak panjang dan memang lembab, almaklum budak-budak tu dah biasa guna galaxy tab dan Note yang laju, maka tab China tu lembab la pada dia orang. Budak-budak sekarang memang demand kan!!
Spesifikasinya : Asus - 7in, 1ghz mali-400 (entah apa entah), memori 1gb dan Android 4.1 jelly bean. Acer Iconia pula, 7 in juga, 1.2 ghz, 512 mb, 8gb, dan Android jelly bean 4.1. Harganya, Asus RM499 dan Acer RM399. Info daripada sini pula kata, Asus more ram tapi Acer faster cpu makna lebih lancar, Asus camera lebih baik dan support HD video. Acer pula lebih ringan dan support GPS. Pening mama, tapi apa susah kerana mama nak tab yang berkualiti (berjenama tu berkualiti la kot banding tab China) dan boleh digunakan untuk main game. Mama rasa macam nak pilih Acer Iconia, ok tak? Moga-moga ada la tab ni di Alam Central dan masalah mama selesai.....

untung anak2 zaman sekarang
kalau dulu, mama tera main ceper je
sampai emak mama kata "ko ni boleh jadi juara dunia kalau ceper dipertandingkan!'

Juara Masterchef Selebriti 2013

Tentu ramai tertanya-tanya siapakah bakal dinobat sebagai Juara Masterchef Selebriti 2013, sama ada Syura atau Celina kan.. Akhirnya, ramai le Nujum Pak Belalang yang akan muncul kerana tidak sabar nak menunggu malam.

rasa-rasa Celina la kan..

Tentu ramai yang memilih Celina selepas Cik Ta terkeluar dalam peringkat semi final semalam. Kira Syura ni muncul sebagai underdog la malam ni kan kerana selama ni tentu tidak ramai yang 'memandang' Syura. Komen Chef pun lebih terarah pada Cik Ta dan Celina, tapi tup tup Syura yang ke final! Pada mama, tak kisah siapa menjadi juara, tetapi penilaian dan tugasan perlulah adil dan saksama. Sejak Final Masterchef Selebriti 1 dan 2 dulu, time Dr Ezani dan Dr Fazlie menjadi juara, mama lihat 'ada yang tak kena' dengan rancangan ni. Masa Tugasan 4 terbaik hari tu, tugasan yang disediakan oleh Dr Fazlie memang tidak adil. Menu barat sahaja yang disediakan mestilah memberi kelebihan pada Celina dan Cik Ta kerana kedua-duanya memang arif sedangkan Syura dan Kenchana terkial-kial. Tugasan tu jelas tak adil bagi mereka berdua, pendek kata, belum berjuang dah kalah! So, malam ni, mama amat-amat berharap agar tugasan yang diberikan adil seadil-adilnya. Berikan Syura dan Celina peluang untuk memasak makanan barat dan timur dan diadili oleh Chef masakan barat dan timur supaya tidak bias. Pihak Astro perlu faham, selebriti merupakan idola masyarakat, jadi inilah jalan terbaik untuk mempromosi masakan Malaysia. Mama tak faham kenapa masakan barat juga yang dipuja-puja. Jika masakan Malaysia yang dipertandingkan, ditonton oleh ribuan mata, tidak mustahil cabaran untuk mempromosi masakan dan menu Malaysia akan lebih mudah, betul tak?


antara yang menjadi tumpuan tahun ini

kisah pak Nil pun kan?

Download Buku Program Sukan 2013

Cuti jerebu ni ada juga hikmahnya kerana mama dapat menyiapkan 80% buku program sukan tahunan sekolah mama yang bakal diadakan pada Ahad ni. Cuma tinggal touchup sikit2 dan paling utama kulit luar belum buat. Yang lain-lain kira ok la.

mama guna publisher je, sebab itu saja yang mama tahu....

Pada rakan-rakan yang tengah pening nak siapkan buku program sukan sekolah bolehlah download di sini. Tinggal edit sana sini dan siap sebuah buku program yang super hot! Super hot la untuk yang tidak pandai macam mama, pada yang tera tu sila tutup mata dan telinga kerana takut termuntah baca ayat 'masuk bakul angkat sendiri' ni ya. Pada rakan-rakan yang ada sesuatu untuk dikongsi, gunakanlah 4 shared.com ya. Semoga perkongsian pintar ni dapat dimanfaatkan bersama dan membantu pada yang memerlukan.

Lepas ni nak siapkan fail induk ULBS pula
Untung juga cuti Jerebu ni kan... boleh siapkan fail dengan tenang...

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1-13

Sebenarnya Saya Isteri Dia... Fuuuiiihhh...

curi dari Youtube je

Mama baru saja 'terminat' dengan drama SSID ni. Sebelum ni, 'iman' mama kuat, tak mahu 'terjebak' dengan segala mak datuk cerita di tv. Almaklum, anak-anak semakin membesar, kalau mama sibuk menonton tv, bila nak 'tengok' anak-anak. Siang anak-anak di taska, malam? Sampaikan Yaya tang baru 21/2 tahun tu pun asyik-asyik nak pegi rumah kakak Mimi, pengasuh Taska. Ada dia nak dengan mama dia? Haram tak ada, sedih tau sebab anak-anak nampaknya lebih rapat dengan pengasuh berbanding ibu sendiri!
Dua minggu lepas, 'iman' mama tak kuat betul sebab ter'tengok' SSID ni, tapi dah episod ke-10!. Minggu ni pun mama tengok lagi episod 11. Tapi hati ni meronta-ronta nak tengok sejak awal, jadi mama pun google laa SSID ni. Jom kita tengok SSID episod 1-13 di sini. Kalau tengok di Youtube pun ok juga, tapi ada yang cuma seminit dua, tak syok la. Nak tengok yang penuh, siap boleh asyik masyuk lagi, tengok je di sini ye. Tapi kalau tak ada Unifi di rumah, batalkan je niat tu. Duduk je kat depan tv setiap Jumaat pukul 9 malam kerana almaklum, jika line internet slow, maka cerita pun terhenti-henti. Nak tengok SSID tanpa gangguan, langgan je Unifi, ya.


Sebenarnya SSID ni popular kerana apa ye?
1. jalan ceritanya
2.Raja Ahmad Alaudin yang bijak mengarah
3.Fenomena drama adaptasi daripada novel
5.Gila bayang dengan Syaf dan Firash??

** hot dengan lhdn : potongan pcb mama bulan ni rm 572.50!
di mana nak mengadu ni?

Lawak Jerebu

Lawak sungguh pagi ni, alahai jerebu...

ala-ala macam ni le pagi tadi dek jerebu..

Pagi tadi dah la terlewat, anak-anak pulak macam tak mahu bangun-bangun. Dalam kecoh-kecoh tu, mama berjaya juga 'menyumbat' anak-anak dalam kereta dan menghantar mereka ke Taska. Dalam hati ni, dah lambat betul ni sebab tak ada langsung kelibat budak-budak sekolah! Habislah, punch kad merah la gamaknya ni. Nak masuk pintu pagar sekolah, akak Guard teriak dari jauh, cikgu terkena juga ye? Hari ni tak sekolah, jerebu! Haaaa.... Punya lah penat kecoh pagi-pagi, rupa-rupanya tak sekolah! Tambah hot lagi, bila ada mak budak ni kata "malam tadi dalam FB dah kecoh cikgu". Alamak, mak budak ada FB, cikgu? Bukan tak ada, tapi tak ada masa ye nak layan FB. Tolong sikit, cikgu wajib ada FB ye!

tolong ye, tak sempat layan FB sebab nak isi markah anak korang juga ye...

Balik rumah, salin baju, terus mama keyin markah di Saps.gov.my. Cikgu-cikgu tentu tahu kan, website ni 'demam' beberapa minggu ni. Kalau nak keyin lebih awal, kena bangun pukul 4 pagi kerana pada tengah malam 'dia' tak 'demam'. Yang peliknya, website ni 'demam' siang hari je. Disebabkan cuti jerebu hari ni, dapat juga mama keyin markah.. legaaaaa...  

ok lah, esok cuti jerebu lagi ke di selangor?

Guru wajib ada FB

Biru mata hitamku... tema Hari Guru tahun ni warna biru turqois....

 Biru Turqois mama tiada...
Warna caca marba tapi mama ada...

Pagi tadi dengar Astro Awani 745, mama dapat idea untuk menulis entri ni. Almaklum, dah +- 15 hari blog ni tak berupdate. Sibuk memanjang kerana minggu lepas Jemaah Nazir berkampung di sekolah mama. Punyalah teruk 'kami' dikerah untuk menyiapkan segala mak nenek fail termasuklah fail PBS sampai blog terpinggir terus. Sebenarnya, memang tak ingat langsung yang mama ada blog pun!
YB Ahmad Maslan kata "YB perlu ada FB" iaitu Fakta dan Berani. Jika tiada fakta, YB akan 'temberang' dan jika tiada berani, YB takut untuk menegakkan kebenaran. Betullah tu, mama sokong 100% tapi yang mama tak berapa nak sokong, katanya lagi " 'dia orang' bukannya 'tera' sangat pun" Ni yang mama tak berapa nak gemar, kerana sikap 'memperlekeh' orang tu, masih menebal dalam diri para pemimpin. Berbeza pula, malam tadi, buat pertama kalinya mama salute pada YB Shahidan Kassim kerana kenyataannya "kalau kita rasa 'senjata kita tajam', 'senjata mereka lagi tajam'" Semangat sebeginilah yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin, sentiasa memperbaik dan meningkatkan keupayaan diri, bukan asyik memperlekeh orang lain. Nanti orang tak suka tauuu..... PRU 14 bukannya lama sangat lagi...
Pada mama, tak ada bezanya dengan guru. Guru juga perlu ada FB supaya tidak hanya 'menggoreng' dan 'akur dengan telunjuk' orang lain sahaja. Semoga semua guru membuka akaun FB dalam diri masing-masing, in sha allah.

Peperiksaan SRA Integrasi Batu Belah

Pagi tadi kakak Iman ambil periksa SRA Integrasi dari pukul 830 sampai 1030 pagi tapi kelas kakak pukul 11 baru habis exam, tak tau kenapa lewat sangat agaknya... boleh jawab sangat atau langsung tak menjawab sampai cikgu kena tunggu dan beri extra masa!
Lepas exam mama tanya kakak, boleh jawab ke? Takkkk..
Bahagian mana, kan mama dah ajar... jawi dengan arab!
Kesian kakak, cuma bahagian bm, bi dan mate je yang dia boleh..
Tak pa lah kakak, janji kakak tak nangis dan berani jawab exam tanpa mama, sebab ada kawan kakak yang menangis bila ibunya tiada..
Sebenarnya, exam SRA Integrasi ni agak tinggi tahapnya kerana selain soalan bertulis subjek bm, bi, mate, jawi dan arab, ada juga lisan iaitu Iqra' dan membaca doa.. maknanya bukan calang2 murid yang masuk sekolah ni tau. Mama dengar 300 lebih calon yang ambil periksa tapi cuma 104 je yang diterima masuk. Tak pe le kakak, kita doa je le, yang penting kakak dah mencuba dan dapat pengalaman baru hari ni...

Published with Blogger-droid v2.0.10
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012