Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Cinta Jannah : Cute Jannah Cium Izzairil

Cikgu Iza | August 31, 2013 | 11 Komen |
Jannah merayu untuk tidak kiss

Jannah akur untuk kiss

Izzairil senyum sweet jer

Sukanya tengok Cinta Jannah sebab kisah percintaan Jannah macam sama dengan kisah Tiz dgn Izzue dalam SSID, mau tapi malu. Selepas baca sinopsis CJ, mama mula tengok cerita ni, itupun epidod 9 dan 10 dah. Episod 1-8 mama layan tengok di internet dan episod 9 dan 10 pun mama ulang semula. Malah, mama ulang tayang beberapa kali scene Izzairil minta Jannah menciumnya sebelum ke tempat kerja. Seingat mama, kat tv3 Jannah tak cium pun. Tapi kat internet, Jannah cium pipi Izzairil. Cute sangat-sangat. Tak sabar rasanya nak tengok episod 11 hari Isnin ni. Mama harap Jannah jangan jual mahal sangat sebab seketari Izzairil, Aminah tu macam terbayang-bayangkan Izzairil je time lepas dihantar pulang. Harap-harap cinta Jannah dan Izzairil tambah manis dalam epidod lepas ni walaupun mereka berkahwin kerana terpaksa. Kalau mama jadi Jannah, dilema juga nak terima Izzairil. Tapi kalau ditakdirkan tak jumpa dengan Izzairil pun Jannah kena kawen dengan Sufian yang pemabuk dan dah ada isteri 2 tu. So pada mama, cuba le menerima Izzairil seadanya, sebab bukan senang anak orang kaya nak mengaku dan berkahwin dengan gadis kampung setelah merogolnya. Inikan pula Izzairil yang cuma pura-pura. So, terima le Janah ye, terima Izzairil taw. Bukan sebab rupa dan harta tapi sebab personaliti, fuuiiih anak minta susu pun x dengar bila tengok cerita ni. Setuju tak kalau Jannah terima Izzairil?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Hadiah Suprise Untuk Suami..

Cikgu Iza | August 31, 2013 | 2 Komen |

Jom kita 'hadiahkan' sesuatu untuk suami-suami yang berani melanggar perjanjian mereka semasa akad nikah dulu-dulu... Berani janji, sangguple kotakan.. bukan pandai nak tabur janji je kannn. Rasanya kalau dapat hadiah cam ni, berani ke dia orang mungkir janji?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Google Demam : Tak Boleh Online kuak lentang!

Cikgu Iza | August 30, 2013 | 4 Komen |

Semalam buat entri pasal tak boleh komen pada blog kawan2 masa bw, ramai yang kata sbb masalah teknikal dan ada kata problem line dll. Mama cuba bw guna laptop, masalah selesai. Puas hati wooi! Tapi bila bw guna tab, dan cuba komen, nampak gayanya demam google belum kebah lagi! Atau google x stabil kat tab ke? Susah aarrrr kalau kena on9 guna lappy.. x bolehle bw sambil buat kuak lentang,.. issshhh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isu Tanda Putera : Publisiti Percuma

Cikgu Iza | August 30, 2013 | 8 Komen |
Apakah keistimewaan Filem Tanda Putera? Semalam dalam Gala TV, Shuhaimi Baba dah berikan sebab-sebab kita mesti menonton filemnya. Malah beliau bertegas bahawa Tanda Putera berbeza dengan filem sejarah yang lain. 

Isu Tanda Putera

Pada mama, segala isu yang timbul tentang filem ini, tambah-tambah apabila KM Penang melarang tayangannya di Penang atas sebab ada scene masyarakat Cina membuang hajat di bawah bendera di hadapan rumah MB Selangor tambah 'mengembungkan' poket Shuhaimi Baba. Daripada filem Sejarah yang 'sepi', tiba-tiba sahaja filem ini menjadi buah mulut ramai akibat isu panas yang ditimbulkan. Malah isu Proton Saga Aeroback dalam filem tersebut tambah menarik orang ramai ke pawagam.

tu.... aeroback?

Tak pastilah sama ada isu tersebut sengaja digembar-gemburkan untuk mempromosikan filem tersebut atau ada sebab-sebab lain yang tidak jelas. Namun, yang pasti filem Tanda Putera mendapat publisiti percuma yang mampu membuatkan pengarahnya tersenyum lebar. Moga-moga penonton yang hadir ke pawagam turut tersenyum dek kualiti filem bukan kerana publisiti murahan. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam....

Jom baca sinopsis TP :

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.

Rahsia terkini dapatkan CPUV Nuffnang

Cikgu Iza | August 29, 2013 | 5 Komen |
Walaupun semakin bersawang blog,namun tak semena-mena berderet CPUV hinggap di blog mama!

x payah tutup2 aar...  cuma ciput jer..

Ada 4 CPUV tengah ongoing dalam blog mama. Kadang-kadang terfikir, cara untuk dapat CPUV ialah 'sawang' kan blog ke? Sebab mama pernah update entri hari-hari, jenguk Nuffnang siang malam, pos surat cinta pada Nuffnang tapi hampa memanjang. Bila mama buat-buat merajuk pada Mr Nuffnnag, tiba-tiba pandai pula dia memujuk dengan hinggapkan CPUV dalam blog mama. Tapi biasalah, sikit dan sikit dan langsung tak banyak. Tapi bagi blogger picisan ni, CPUV hinggap pun macam satu kepuasan kan, sebab bila orang cerita pasal CPUV, kita pun boleh cerita tentang CPUV yang hinggap di blog kita. 

korang ada CPUV... mama ada tau....
berapa?... 4 tau!
tak bangga ke?

Tolong: Tak Boleh Komen Di Blog

Cikgu Iza | August 27, 2013 | 7 Komen |

Sejak 2 3 hari ni, asyik keluar macam dalam gambar tu je bila nak komen kat blog time bw. Ada sesiapa boleh bantu? Penat tau, dah tulis panjang2 tapi bila nak send komen, keluar macam ni. Frust le, mama pun takut kalau2 org kata mama sengaja x mo balas komen dan x bw ke blog kawan2, tp apa kan daya... Sesiapa yg ada idea, tolong mama yea..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot : Soalan Percubaan BM 1 2013

Cikgu Iza | August 26, 2013 | 1 Komen |

Panas lagi, baru keluar dari oven!
Alhamdulillah dah selesai paper 1, pukul 1150 nanti paper 2 pula.
Pada sesiapa yang nak buat perbandingan tu, trial exam spm 2013 Smkbbss bolehlah usha2 di sini ya. Selamat menyemak kertas buat semua guru, semoga keputusan trial exam kali ini lebih baik. Nanti mama akan upload kertas 2 pula.... kita tukar2 soalan la ye....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Google Curi Duit Credit Card?

Cikgu Iza | August 25, 2013 | 0 Komen |

Time raya, mama belikan kakak game mine craft secara online dengan menggunakan kad kredit. Tapi yang tak syoknya, pada 15/8 dan 23/8, Google caj lagi usd 6.63 dan usd 3.12 pada kad kredit mama walaupun tiada sebarang transaksi dibuat! Mama pun terus call hotline kad nak tanya kenapa, jawapan customer service kad tu, tanya pada Google sbb bukan kad kredit yg caj tp Google! Fullamak, cam ne nak hubungi Google? Pendek fikiran, mama minta block je kad supaya Google tak terus menerus 'curi' duit mama. Bukan seposen dua tapi beringgit2 dlm usd pulak tu! Maknanya, bulan raya ni dua kali mama block kad, sekali sebab tercicir dan sekali pasal uncle Google. Maknanya 20 hinggit bank ambik duit mama sbb renew kad! Agak mama le, orang bank mesti selalu doa kan supaya ramai customer block dan renew kad, senang2 depa boleh dapat duit terpijak. Sepatutnya, ada le kategori kalau nak caj duit customer ni, misalnya atas sebab kecuaian ke. Kalau tertipu cam ni, kira bagi percuma le kan kad baru tuw. Dah le setiap bulan interest kad kredit tinggi...patutle bank2 ni kaya kan? Ok le, moral dpd cerita, janganle menggatal nak membeli-belah di internet guna kad kredit. Biar bersusah sikit keluar ke kedai tapi tak menyesal macam mama...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mengajar Anak Memakai Seluar Kecil

Cikgu Iza | August 25, 2013 | 1 Komen |

Masih tergaru-garu kepala, memikirkan kenapa tak boleh jadi macam superman, pakai spender di luar! Anak bujang sorang ni, asyik lupa kena pakai spender dulu sebelum pakai seluar. Bila disuruh buka semula seluar, pakai spender dulu.. dia tanya kenapa Superman boleh? Si bujang ni  memang mudah terpengaruh dengan kartun, sampaikan bila ditanya.. Aiman Syahmi bin apa... jawapan anak bujang mama..'Ben 10!'...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jamu Warisan Wajib Selepas Raya

Cikgu Iza | August 17, 2013 | 1 Komen |

Mahukan badan slim dan perut selesa selepas raya? Jom makan jamu.. Mama bukan nak promote jamu satu ni, jamu mana-mana pun ok. Yang penting kita makan jamu untuk kesihatan dalaman dan membersihkan perut kita setelah dibeban dengan bermacam-macam produk hari raya. Siapa lagi yang nak sayangkan perut kita, kalau bukan kita sendiri... betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Korban Hari Raya Pertama

Cikgu Iza | August 15, 2013 | 1 Komen |

Sedih...tapi apa kan daya, hidup mesti diteruskan. Takkan la tanpa dia, segala-galanya musnah? Tentu ada alternatif untuk meneruskan kehidupan tanpanya. Benda yang dah terkorban, nak menangis air mata darah pun, yang terkorban tidak akan muncul kembali. Pendek kata, kita haruslah redha dengan kehilangan dan menerima kehilangan tersebut dengan pasrah. Malah, jika kita dapat menjadikannya suatu yang positif, pasti kita tidak akan berterusan menangisi yang telah terkorban tu....
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
Macam mama, tudung yang terkorban dapat diubahsuai dan dipakai juga pada pagi syawal! Ada bran?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hari Raya Lycra Peplong...

Cikgu Iza | August 12, 2013 | 5 Komen |
Tema .. mudah dijaga, senang dipakai, x perlu berebut-rebut nak gosok.. tentu saja lycra..

adik no 6 & 7 beraya kat rumah mil dia orang

sesi bermaafan

kami tema pink blend dengan hijau pucuk pisang...

baju anak mama macam kek lapis la pulak

Raya ke-5 baru dapat berblog balik. Rindu juga pada blog yang dah bersawang ni, tapi syok beraya lagi best. Mama cuma nak berkongsi kemeriahan kami sekeluarga beraya dengan lycra.. memang mudah, lepas ni nak buat koleksi baju lycra la pulak dah...Cuma yang tak best, baju anak2 mama macam kek lapis berjalan la pulak, penuh warna-warni dan peplum jadi 'peplong'... frust la sebab dah jahit dengan tukang jahit yang 'terkenal', kalau mama sebut di sini mesti orang shah alam kenal, tapi apa kan daya, mungkin kerana terlalu banyak jahitan, maka saiz pun bercampur aduk... Lepas ni, mama rasa nak beli sendiri lycra di jakel dan upah jahit kat kedai biasa2 je kerana upah pada tukang jahit 'terkenal' pun peplum jadi 'peplong' kan... Moralnya, itulah orang Melayu, dah terkenal, untung dah banyak tapi tak pandai nak 'jaga' customer. Kalau cina? Bukan mama nak mengutuk, tapi itulah kenyataan...

Selamat Hari Raya
siapa yang ada menghadapi masalah sama?
Grrrrrrrrrrrrrram..

Misteri Kehilangan Adik Aisyah

Cikgu Iza | August 05, 2013 | 9 Komen |

Pagi tadi buka Fb penuh dengan cerita kehilangan adik Aisyah, beserta gambarnya yang comel dan juga gambar, no ic dan plet kereta viva milik suspek yang menculiknya. Mama baca di akhbar online mynewshub, agak kurang logik detail penculik telah diketahui secepat itu, kecuali jika ibu mangsa mengenalinya. Mama baca di online the star pula, rupa2nya ibu mangsa telah 'memberikan' aisyah kepada lelaki yang berjanji akan mengahwininya untuk diperkenalkan kepada kakak lelaki itu, kemudian ibu aisyah turut memberikan lelaki tersebut rm 25000 untuk pelaburan emas, tetapi setelah 2 hari aisyah tidak dipulangkan, dan hp tidak berjawab serta apabila pergi ke alamat lelaki tersebut, didapati alamat orang lain, siibu gabra lalu mendakwa anaknya diculik. Mama masuk semula fb, terbaca kisah aisyah sudah ditemui dan 'penculiknya' ialah ayahnya sendiri! Alamak, macam cerita p ramlee je, mana satu yang betul?
Moral drpd cerita: Tak kisahlah cerita 1, 2 atau 3 yang betul.. sebagai ibu, kita kena berhati-hati, jangan dek kelabu mata dengan janji manis lelaki, anak sendiri 'terkorban'.. dah lah mudah sangat berikan duit pada lelaki, anak pun dibiarkan dalam jagaan lelaki yg hanya menjual janji untuk berkahwin! Jika kisah ketiga betul, banyak dah kita baca perebutan anak oleh ibu bapa yang bercerai, so jgn 'lokek'sangat anak tu dengan ayahnya, nanti 'diculik' oleh ayahnya sendiri kita yang putih mata!
****** Teruk sangat ke guru sekarang, aritu kisah guru terlupa anaknya tertinggal dalam kereta, ari ni kisah guru yang kemaruk janji palsu lelaki pulak! Haiii cikgu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Guru 69 vs Guru 09

Cikgu Iza | August 01, 2013 | 6 Komen |

69, guru dipandang tinggi, ibu bapa hormat akan guru tapi selepas tahun 09, guru hilang wibawa, ibu bapa lebih percaya akan anak-anak, ibu bapa sanggup menyalahkan guru... Siapa guru 69, boleh buktikan gambar diatas? Mama guru 09, memang betul perkara di atas berlaku. Anak tak siap kerja, anak tak fokus belajar, anak malas dll, bila periksa gagal, ibu bapa menyerang cikgu dek anaknya gagal! Patutlah anak-anak zaman sekarang naik lemak, setuju?

Published with Blogger-droid v2.0.10

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com