Pages

@aimaniman |

ASK 2014 : Double Meaning je..

Bosan, tak berapa nak menarik, sambil-sambil boleh buka FB dan update blog dan paling tak best,.. agak lucah..

Tak taulah mama kenapa pengacara berpengalaman macam FB dan Awal kekeringan idea sehingga menggunakan perkataan double meaning untuk memikat penonton. Walaupun penaja utama ASK ialah Pantene, namun perkataan 'panjang, subur dan pendek' ditujukan kepada mana-mana pengacara agak kurang sesuai. Misalnya, Awal dikaitkan dengan tidak subur, dan penggunaan perkataan panjang serta pendek untuk Nad dan FB. Sebab tu pada mama, Malaysia amat rugi kerana gagal melahirkan pengacara sehebat, senatural, sespontan dan paling banyak idea macam Datuk Aznil. Semoga pengacara ASK yang perasan famous ni 'cermin' semula prestasi mereka semasa mengacara ASK dan tidak mengulanginya lagi supaya nanti-nanti jangan tiada penonton yang ternanti2 untuk menonton ASK yang tiada istimewanya...
Published with Blogger-droid v2.0.10

MyArtis : Siapa Tiru Siapa?

Kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan laman maya menceritakan kisah dan gossip artis. Selama ni, blog Beautifulnara.com dan Rotikaya.com yang biasa mama lawati. Tapi bila klik mynewshub.com.. dia promote MyArtis dan bila google, ada juga website ni... Yang tak bestnya, kedua-duanya guna nama MyArtis! Macam tak ada nama lain.. Takut-takut nanti orang kata dia tiru dia pulak dah...



Jadi, terserah kepada kita sebagai pembaca untuk menilai website mana yang lebih 'jujur' dan lebih awal mendapatkan berita sahih dan bukan yang direka-reka. Almaklum, pembaca kini lebih bijak, matang dan yang lebih penting telah dihidangkan dengan pelbagai pilihan di pentas maya. Apa yang mama lihat, untung jadi artis di Malaysia ni kerana banyak website berlumba-lumba untuk mengetengahkan isu artis seolah-olah sebagai 'pelaris' untuk datang ke blog masing-masing. Nak cerita pasal anak ke baby ke, tak ramai orang suka nak klik, kecuali blog blogger terkenal nieh. Bagi mama, bagus juga .. kerana boleh juga jadi 'peneman' di kala kebosanan.... Tepuk dada tanya je le selera nak klik yang mana...

Seronok atau Beban Kawin Muda?

Seronok atau beban? Mungkin patut dilihat juga tahap muda tu, kalau 23 tahun masih dikategorikan sebagai muda pada abad millineum ni tapi bagi orang dulu-dulu, sudah dianggap 'tua'...

Mungkin ramai yang dah membaca kisah pasangan kawin muda, perempuan berusia 12 dan suami 20 berakhir dengan penceraian talak 3 dalam usia perkahwinan baru meniti ulangtahun pertama! Ramai kata kawin muda baik untuk elak dosa, namun rentetan masalah sosial lain akan timbul jika pasangan muda tersebut bercerai dalam keadaan sebegini. Tambah parah jika pasangan tersebut sudah dikurniakan anak, perempuan muda yang 'belum matang' akan menjadi ibu tunggal tanpa kerjaya dan anak akan membesar tanpa ayah. Bayangkan apa akan terjadi pada 'keluarga kecil' ini, tambah2 jika keluarga lepas tangan? Sebenarnya, anak perempuan yang baru berusia 12 tahun, pada mama la, masih di bawah tanggungjawab ibu bapa. Bagaimana timbul isu 'takut dosa', 'takut terlanjur' dan 1001 macam takut lagi jika ibu bapa main peranan. Sepatutnya anak seusia 'janda muda 12 tahun' itu perlu dididik dengan ilmu agama dan ilmu duniawi sebagai bekalan untuk mereka 'membina' kehidupan sendiri nanti. Pada mama, dah cantik dah undang2 di Malaysia umur layak kahwin bagi wanita ialah 18 atau lebih awal pada usia 16 kerana pada usia tersebut, in sha allah kematangan sudah sedikit sebanyak dipupuk oleh ibu bapa. Semoga kisah pilu adik yang menjadi janda pada usia muda ini menjadi pengajaran bagi ibu bapa. Jangan mudah sangat 'melepaskan' tanggungjawab kita pada 'lelaki' lain semata2 untuk mengelak dosa. Tak berdosa dan tak bersedih ke kita apabila melihat anak yang kita besarkan dengan penuh kasih sayang tiba2 'dibuang' begitu sahaja oleh lelaki lain. Pada mama, saat membesarkan anak merupakan saat paling indah yang tak semua insan diberikan pengalaman berharga ni. Ada ibu bapa yang 'payah' melepaskan anak2 tapi kita harus akur kerana anak kita mungkin merupakan 'tulang rusuk' lelaki yang dicari2nya dan pada saat yang sesuai tu kita haruslah 'melepaskannya'juga. Semoga kisah pilu ini menjadi pengajaran juga pada mama agar memegang amanah mendidik anak2 dengan sebaik mungkin. Bagi masyarakat pula diharap dapat 'membantu' anak malang ini terutama kaum keluarganya. Semoga dia dibekalkan dengan ilmu bukan dicaci supaya dapat menjalani kehidupan baru suatu hari nanti ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Majlis Graduasi yang Paling Hot 2013

Majlis Graduasi siapa yang paling hot untuk 2013? Kalau majlis perkahwinan mungkin majlis Zain Saidin dan Cik Ta pada 11.12.13 ni nanti. Teringat mama pada tarikh mama, 04.05.06... cantik juga walaupun bukan tarikh selebriti....

 ada je 'sipenyibuk' di belakang tuh...

'produk' Tadika Abim BBSS 2013

kakak Iman...

nak test 'ada pantulan' tak amik gambar kat cermin...

susah betul nak amik gambar mereka bertiga nih...

amoi 'Kwantung' maliii...

botol susu juga yang dicarinya...

Haa... paling hot kan majlis graduasi ni kerana siapa lagi nak anggap majlis ni paling hot kalau bukan kita. Biarlah kakak Iman bukan menjadi murid terbaik ABIM macam anak kawan-kawan mama, tapi mama tetap berbangga dengan kakak. Kakak matang sendiri, 'membesar' sendiri, lebih dewasa sendiri kerana mama tahu mama sibuk dengan beban kerja di sekolah. Kekadang mama tertanya-tanya, macam mana anak-anak orang lain yang ibunya bekerja dari pagi sampai malam, tersekat dengan jem, bawa balik beban kerja dan macam-macam lagi tekanan. Sedangkan anak cikgu pun 'terbiar' apatah lagi anak pegawai lain yang masa kerjanya lebih panjang... Tapi, siapa kata masa kerja cikgu 7.30-2.00 sahaja? Siapa... Hanya cikgu yang mampu menjelaskannya.... So, pada anak-anak guru, terimalah hakikat bahawa ibumu memikul amanah mendidik anak bangsa, semoga kamu juga dididik oleh insan lain yang juga amanah akan tanggungjawab mereka... amin..


Hot : RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 2014

Sedikit sama dirasa, kalau banyak sama dingap...
Cuba angkat tangan sesiapa rakan guru yang berpeluh-peluh nak menyiapkan RPT sedangkan orang lain syok bercuti? Jadi, di sini, mama nak kongsi RPT BM Tingkatan 4 dan 5 2014, tinggal download dan tukar nama sekolah je.. siap...

ni gambar je..



Harap perkongsian ini dimanfaatkan, in sha allah...


Hot: Tarikh Gaji 2014!

Jom semak tarikh gaji 2014, bolehlah booking tiket air asia ke, bole merancang nak bercuti ke..

Semoga kita berhemah apabila menerima gaji agar tidak 'menggigit jari' dan makan maggie menanti gaji lagi...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Amah Dera Bayi terlepas Hukuman!

Rasa menyampah je... rasa meluat je...

Bukan kerana bias perkauman, warganegara atau apa-apa saja, tapi bila melihat muka 'pura-pura' baik amah tu, membuak-buak rasa geram mama. Mama bercakap atas dasar pengalaman kerana bukan sedikit duit, lebih 20 ribu duit mama 'ditipu' oleh agen dan amah. Bukan seorang tetapi 3 orang amah bersilih ganti, semuanya menipu! Yang pertama 'merengek-rengek' nak kawin dengan pekerja kontrak indon sebelah rumah, so mama pulangkan pada agen. Yang kedua 'lari' duduk di gerai makan 'kompang' cerita dalam peti ais mama tak ada apa-apa sambil menangis-nangis cerita pada orang ramai, mama 'pulangkan' cara baik dengan belikan tiket flight tapi sampai la ni agen indon tu tak gantikan amah baru. Yang ketiga, menangis-nangis bila memandang baby mama teringat baby kat kampung, tengah2 malam agen datang rumah minta 'izin' pulangkan amah, 2 bulan lepastu dapat ganti amah sementara, seminggu kerja lari juga atas alasan tak sanggup jaga 3 baby, bila telefon agen, saudaranya kata agen 'ditabrak' lori.. mati so tiada ganti! Malah, agen tu guna surat perjanjian guna kepala surat syarikat lain, bila mama telefon, syarikat tersebut kepunyaan 'kapten tentera Malaysia'! Bila diajak bersemuka tentang syarikatnya yang 'disalahguna' macam-macam alasan diberi, dan akhir sekali kapten tersebut mendakwa berada di luar negara! Moral cerita menyayat hati mama ni, kita kena berurusan dengan agen yang ada syarikat pembantu rumah bukan agen yang entah apa-apa menyebabkan mama tak dapat buat tuntutan dan laporan. Tapi kesemuanya mama buat ikut saluran imegresen yang sah, cuma nasib mama yang kurang baik. Sampai mama cakap dengan kawan, tak pe lah.. harta boleh dicari, kalau anak yang hilang? Sampai bila-bila pun tiada ganti! Mama rasa ramai lagi yang senasib dengan mama... tapi malangnya, semua amah 'kurang asam' ni terlepas. Mereka memang bijak menipu dan mengambil kesempatan. Tujuan mereka datang ke sini bukan untuk mencari rezeki halal tetapi mencari kekayaan malah mama rasa mereka ada sindiket sebenarnya. Sekarang ni, mereka lebih bijak seolah-olah mereka yang teraniaya dengan menggunakan saluran kedutaan sedangkan yang teraniaya rakyat Malaysia sebenarnya! Inilah akibatnya jika tuntutan hidup memerlukan ibu bekerja meninggalkan anak-anak diasuh oleh bibik. Tambah parah apabila kebajikan rakyat tidak dibela, kos mengambil amah mencanak naik, kualiti amah pula merudum jatuh, perjanjian demi perjanjian dimeterai tetapi seokah-olah 'kita' akur dengan kehendak 'mereka'.. Mama dapat rasa amah yang terlepas tu antara amah yang 'bijak' mempersendakan 'kelembutan' kita....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Juara AF 2013 : Faizul!

Gempak, panas,, hot..!

Keputusan penuh : no 6 Aisyah, no 5 Nabila, no 4 Indah, no 3 Amira, no 2 Azhael dan juara Faizul! Daripada ucapan untuk juara dah menunjukkan Faizul gugup dan tak menyangka dia bergelar juara, sampailah apabila diminta menyanyikan semula lagu selaku juara, dia tersilap intro! Inilah namanya juara yang tidak 'dicipta' tetapi juara 'sebenar'! Sebabnya, kadang2 tu, juara siap ada teks ucapan, berjela2 ucapan macam dah tahu2 je dia pemenang. Tapi berbeza dengan Faizul, juara sebenar! Tahniah kerana muncul sebagai juara, semoga mampu bersaing dalam industri muzik tanah air dan bukan hanya sebagai 'pelengkap' skrip juara AF 2013 sahaja.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Filem Penangal : Kesian Ummi Nazeera

Gambar berkemban, gambar free hair tetap menjadi tontonan!

Itulah dilema artis, apabila berubah dan berhijrah, kesilapan lama tidak mudah 'dipadam ' begitu sahaja. Tambah-tambah lagi filem baru akan dipromosi dan bakal ditayangkan, jika dihalang daripada ditonton pasti pihak pengarah dan penerbit bakal 'menyaman' artis dengan angka yang tidak diterima dek akal. Almaklum, bukan sedikit kos untuk menghasilkan sesebuah filem, kot? Tambah 'menyakitkan' pengarah Penanggal menyatakan, dia tidak 'percaya' Ummi sudah berhijrah selagi dia tidak nampak Ummi berhijab di depan matanya! Patutlah Elly Suriati tanpa segan silu berdakap mesra dengan berpakaian kebaya sendat dalam Melodi siang tadi, sebab mindanya tentang penghijrahan muslimah sesuatu yang 'remeh'! Baginya, Ummi seorang yang 'profesional'. Apa maksud profesional bagi Elly? Adakah membiarkan diri yang 'free hair dan berkemban' dikira sebagai profesional malah turut mempromosikannya? Tahniah Ummi kerana 'menjauhkan' diri di Australia. Semoga terbuka hati Elly dan pengarah lain agar 'membuang' scene yang 'memalukan' artis yang sudah berhijrah. Biarlah rugi sedikit di dunia, tetapi untung di akhirat berlipat kali ganda...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Berita yang 'Dinanti-nanti' oleh Rakyat Malaysia!

Lepas satu, satu berita yang 'dinanti-nantikan' diumum dan bakal diumum oleh kerajaan yang 'kita' pilih..

Kalau dah dipilih secara 'majoriti' bermakna majoriti rakyat jugalah kena menerima apa-apa sahaja tindakan 'terbaik' yang dilakukan oleh kerajaan 'majoriti' ni. Selepas bakal menerima brim3 oleh sesetengah rakyat, semua rakyat pula menerima kesan kenaikan harga minyak, gula dan pada masa terdekat kenaikan tarif elektrik! Kita 'digula-gulakan' dengan kenaikan brim3 sebanyak rm150 tetapi dalam diam kita diminta 'membantu' menangani sikap boros kerajaan dengan kenaikan harga barangan asas seperti minyak, gula dan bakal menyusul, elektrik! Walaupun didakwa pengguna elektrik kurang rm70 tidak terkena tempias kenaikan tarif elektrik ni, kita tunggu dan lihat saja le. Ketika membaca artikel di mynewshub.com ni, mama terfikir bahawa rumah mama elektrik cuma diguna selepas pukul 6 petang, selepas balik kerja, lampu hall, dapur dan toilet saja diguna, pukul 10 baru buka aircond, iron guna hujung minggu je, kipas guna di hall je, tv 1 kongsi2 tengok satu keluarga, yg sepanjang hari cuma peti ais.,. itu pun bil paling kurang rm150... lepas ni brapa pula la bil kan? Mungkin tiba masanya 'kita' kena 'bersuara' dengan buktikan dalam medan 5 tahun sekali, bukan ibarat anjing menyalak bukit, kerana percayalah, tanpa kuasa kita hanya layak ditertawa, mereka terus-menerus menodai hak kita... pssss...Isteri pm ada juga lawatan 'kerja' ke? Ingatkan lawatan kerja untuk pm atau menteri je!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kami nak Rompak!!!

Akal perompak ni kalau nak diukur tahap mana pun susah!

Pagi ni kecoh apabila bilik guru dipecah masuk, habis barang2 dalam bilik guru digeledah! Gambar menceritakan sebahagian daripada kekecohan pagi ni. Motif perompak tak tahulah kerana printer dan kipas angin peribadi guru semuanya x hilang. Malah kain pasang yang baru dibeli dari vietnam pada cuti deepavali ari tu pun tidak disentuh. Duit pibg yang diselit dalam buku resit pibg pun mereka x nampak! Sebenarnya kami x berani nak sentuh apa2, tapi dari pemerhatian luaran cuma duit syiling dan duit ringgit yang hilang. Paling tak boleh kalah, perompak tu mengaku "kami nak rompak!!"... suspek? Kami tengah mencari buku2 latihan guru terbabit untuk membandingkan tulisan siapa. Moralnya, sebagai guru... 'jangan marah murid, jangan garang sangat'... nanti meja digeledah dan barang dirompak!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tembak Pegawai AmBank : Luahan Pekerja

Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga....

Kisah kematian tragis pegawai Ambank memberi kesan ibarat permainan domino sebenarnya. Kealpaan dan kecuaian pihak berkuasa membenarkan Syarikat Kawalan Prima Bhd menggajikan pekerja bukan warganegara yang sah menyebabkan kematian ibu dan isteri yang menyebabkan kehilangan insan tersayang dalam keluarga, kesan peristiwa tersebut juga menyebabkan lesen syarikat ditarik balik oleh KDN menyebabkan bukan sedikit keluarga yang kehilangan mata pencarian, mungkin juga tidak mustahil masalah sosial lain akan berlaku seperti meragut, mencuri, merompak dan membunuh akibat kehilangan sumber pendapatan. Boss syarikat Kawalan Prima tu hanya kehilangan 1 lesen syarikat, lesen syarikat2 lain masih ada dan duit pun dah berkepuk2 di bank swiss. Memang pembunuhan tersebut dilakukan oleh seseorang tetapi puncanya tetap disebabkan oleh penggajian yang dilakukan oleh boss syarikat tersebut. Maka, boss tersebut turut mempunyai 'saham' dalam kes tersebut. Semoga boss syarikat dan 'boss' yang mengeluarkan lesen dan 'terlepas pandang' mengeluarkan ic kepada bukan warganegara turut diseret ke muka pengadilan. Jangan nanti ic yang didakwa mempunyai ciri2 keselamatan canggih itu ditertawakan oleh masyarakat dunia kerana mudah sangat 'dibeli'!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Suami yang Kuat di Mata Isteri

Alangkah bertuahnya jika memiliki suami yang kuat.

Namun begitu, istilah kuat begitu subjektif. Mungkin pada sesetengah orang, badan lelaki yang berotot pejal melambangkan kekuatan hakiki. Namun, bagi sang isteri, cukuplah hanya dengan kekuatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka, sudah cukup untuk melabel sang suami sebagai kuat. Biarlah dianggap 'lembik', namun kuat di mata permaisuri hati masing2. Tapi, kekuatan yang diberi, jangan pula disalah guna. Ironinya, lelaki yang membantu isteri di dapur, buat kerja2 perempuan dianggap lelaki 'lembik', namun kenapa perempuan yang bekerja di luar membantu ekonomi suami dan keluarga tidak dianggap perempuan 'kuat'? Walaupun lelaki dianggap lebih kuat secara fizikalnya berbanding perempuan, namun belum ada lelaki yang mampu menanggung kesakitan melahirkan seperti perempuan! Jadi, terimalah seadanya kekuatan pasangan masing2, isi 'kelemahan' pada pasangan dengan kekuatan yang dimiliki oleh mana2 pihak, in sha alah kita adalah pasangan 'paling kuat'!
Published with Blogger-droid v2.0.10
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012