Pages

@aimaniman |

Kalau Aku Kaya....

Kalau aku kaya.... aku tak kisah pun tentang apa-apa pun isu yang hangat sekarang ni... Bila diteliti gambar pertama tuh, fuuuiiihhh betapa berbezanya harga barang keperluan di negara kita berbanding 10-13 tahun lalu. Tapi bila fik7r2, 10 tahun lalu, gaji mama plus elaun baru 3k++ tetapi 10 tahun berlalu gaji plus elaun dah melebihi 5k++. Terima kasih pada para pemimpin yang 'prihatin' kerana sentiasa 'mengkaji' dan 'menyelaras' gaji kami.. sehinggakan gaji kami 'naikkkkkk'! Tak hairanlah seorang doktor merangkap pakar motivasi tersohor menyatakan kita tidak perlu panik tetapi berfikiran positif dengan isu kenaikan harga barang sekarang nih. Kalau kita nak marah-marah pun, kita dapat untung ke? Peribahasa pun ada kata, 'anjing menyalak bukit' tak kan menyebabkan 'bukit' runtuh.... Jadi, kita perlu 'reset' minda agar kehidupan kita tidak terus susah dek kenaikan harga barang. Itulah kata2 manis kebanyakan pemimpin dan pakar eegala bidang yang kehidupan mereka sudah stabil dan tidak goyah dengan isu kenaikan hara barang nih. Ini keluhan mama yang bargaji 5k++ di KL,...orang lain yang bergaji kurang? Dengan gaji 5k di kl, buat masa ni, mampu le duduk di rumah teres, berkereta tempatan, menyekolahkan anak di tadika berbayar, membeli susu berjenama dutch lady, pampers berjenama pet pet, minum milo, makan lauk ayam hampir setiap hari, melanggan astro, unifi, celcom, membeli tab, anak berkasut bata, beg swan,1 bilik beraircond... itulah 'kemewahan' yang kami mampu... Kadang2 terfikir, kalaulah aku kaya.... mungkin mampu membeli kondo bernila 110 juta di negeri orang.... macam manalah agaknya kan? Tak terjangkau oleh akal fikiran mama untuk membayangkan betapa selesanya kehidupan insan bertuah itu di tengah2 kekalutan kami golongan eederhana di ibu kota untuk meneruskan kehidupan... Kalaulah aku kaya.... Tapi hakikatnya, mama tak kaya, cukuplah apa yang ada, menabur bakti untuk mencari sesuap nasi bagi mengecap 'kemewahan' standard kami... Hanya inilah harta mama (gambar 2)... semoga bakti mendidik anak bangsa menjadikan mama bukan 'miskin' di 'sana' walaupun tidak mewah di 'sini'... Kalaulah aku kaya... Mungkin segala beban seoerti dalam gambar 3 bukan menjadi milik mama. Tapi itulah reset minda dan berfikiran lebih positif yang dituntut oleh 'mereka'. Kami dituntut 'senyap' dan akur sedangkan hak dan kemampuan kami 'dirampas'. Semoga tahun 2014 mampu melahirkan insan yang boleh mereset dan mempositifkan minda masing2 walaupun terus-menerus dihimpit segala macam kekalutan dan ketidak adilan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tolonglah Naik!

Tahun 2014, tolonglah naik?

Mama rasa semua orang dah membaca akhbar Sinar Harian semalam, rintihan rakyat seperti mama agar segala kenaikan tidak diteruskan. Tolonglah... bermakna rayuan dari sudut hati paling dalam agar 'didengari' oleh para pemimpin. Namun, menurut pengarang SH rayuan tersebut agak mustahil untuk diambil kisah! Bukan sedikit kenaikan yang berlaku, dan yang peliknya, rentetan kenaikan berlaku selepas PRU 13! Dari kenaikan harga minyak, gula, elektrik, lrt, monorel, bas sekolah, bakal dikenakan gst dan macam-macam lagi! Betullah orang kata, selagi ada 'orang kuat', selagi itu 'kita' berani. Mama dikelilingi oleh 3 kelompok manusia iaitu keluarga mama, keluarga mertua dan keluarga rakan setugas. Keluarga mama yang juga bekas guru dan rakan setugas juga guru amat menentang kenaikan harga, walaupun pendapatan kami agak stabil. Bagi kami, pendapatan stabil pada 2013 tidak bermakna begitu juga pada 2014, jika segala kenaikan harga dilakukan. Hal ini berbeza pula dengan suami dan kelurganya. Sorrylah jika ada yang tidak dapat menerima, tapi inilah realitinya. Suami mama generasi kedua Felda. Bagi suami, rasionalisasi subsidi amat bijak dilakukan kerana tidak mahu digelar masyarakat subsidi. Kenaikan harga perlu dilakukan demi 'membantu' kerajaan yang banyak membantu rakyat. Jika dibandingkan dengan Indonesia, Bangladesh, Nepal dll 'kita' jauh lebih baik! Inilah stereotaip mentaliti pemimpin yang dimiliki oleh orang Felda, cuma isi poket suami saja yang langsung tidak stereotaip dengan poket pemimpin! Dalam hati mama, patutlah 'mereka' berani kerana 'penyokong setia' sentiasa ada! Sampai bila orang Felda spesies suami ni nak berasa terhutang budi? Mereka tak tahu bezakan antara tanggungjawab dengan bantuan ke? Tugas memakmurkan ekonomi rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang dipilih. Jadi tanggungjawab mereka untuk menaiktaraf ekonomi peneroka, bagi peneroka pula tidak perlulah berasa terhutang budi sangat. Time Tun Razak bagi tanah dulu pun, jika tanpa kudrat dan keringat, kamu tidak akan berjaya seperti sekarang. Memang elok kita 'berterima kasih' tapi jangan pula 'menggadai' masa depan demi 'tuan' yang berkorban pada kita tuh. Tuan tuh dah kaya raya hasil kesetiaan tak berbelah bagi kita, so apa salahnya kita 'menyedarkan' mereka agar tidak terus-menerus mengaut kekayaan sedangkan kita menelan kesengsaraan? Selamat datang 2014 yang penuh dengan kenaikan!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Persamaan Ong Kim Swee dengan Rajagobal...

Frust, macam menyampah, macam lepak jer...

Minit ke-60 lebih barulah Rozaimi dan Nazmi Faiz dibawa masuk! Pada mama yang tak tahu main bola ni, taktik 'mencuba' pemain oleh coach memang baik pada situasi tertentu eg ketika lawan yang ditentang lebih lemah seperti Brunei dan Laos. Tapi untuk game penting dan lawan sama standard dengan kita, logik ke bukan barisan terkuat yang diturunkan sebagai kesebelasan utama? Memang betullah kita menyerang dan menguasai game tapi apa guna penguasaan jika lawan yang menjaringkan gol? So pada mama persamaan antara Datuk OKS dengan Datuk Raja ialah sikap suka ber'eksperimen' mereka. Cuma bezanya, OKS ada banyak pilihan sedangkan Raja kurang pilihan. Pada masa mama update entri ni Malaysia telah berjaya menyamakan kedudukan, kalau tak tentu Datuk OKS terjerat dengan eksperimennya sendiri... jangan buat lagi ye tuk! Semoga ibu emas akan berada dalam dakapan Malaysia!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kencing Tikus : Awas Ada Di Rumah Kita!

Awas... seramnya.... gelinya...

Jom ambil iktibar daripada kisah di fb tu. Selama ni ingatkan kita 'bebas' daripada penyakit berbahaya yang menakutkan ini jika kita tidak mandi-manda di sungai yang tercemar dek kencing tikus. Malah, tidak lama dulu kita begitu berasa takut apabila diberitahu bahawa penyakit ini juga tersebar melalui air tin di dalam stor yang dicemari oleh kencing tikus! Biasalah, baru2 informasi dikeluarkan... kita akan sentiasa berwaspada. Namun, setelah lama tiada sebarang info tentang penyakit tu, kita akan lupa dan memandang remeh terhadap aspek kebersihan terutama di rumah! Bayangkan... jika sewaktu kita sedang enak dibuai mimpi, pada masa yang sama sang tikus berkejar-kejaran di atas sudu, pinggan, kuali dan perkakas dapur kita yang lain! Esoknya, dengan penuh lahap kita menjamu selera di atas pinggan yang telah tercemar! Kisah di fb tu pula, sahabat tu berada dalam keadaan koma apabila berkumur2 dengan menggunakan air tercemar untuk mengambil wudhuk! Siapa sangka kan, niat baik dah untuk bersolat tetapi malang memang tidak pernah berbau. So, kita yang harus sentiasa bersiap sedia 'menghidu' malang dengan lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan. Jangan nanti rumah juga menjadi perangkap maut untuk kita, malang betul kan?
Published with Blogger-droid v2.0.10

PBS : Latihan ala Buku Teks!

Bukan promote, tapi mencadangkan... almaklum, anak2 time cuti ni asyik main je, kalau boleh biarlah mereka buat sedikit latihan supaya dapat band 6 ooii, sapa tak mau kan...

Adik mama yang mengajar di sekolah rendah cadangkan mama agar membeli buku kerja ni kerana latihan di dalamnya memang mengikut silibus dalam buku teks. Mama tak tahu lee kerana mama tak ajar kelas pbs, lagipun di wekolah menengah murid tak dibenarkan membeli buku kerja, semua latihan kena made in oleh guru sendiri, tak kira le yang diupload, yang dicopy n paste atau diriso, pendek kata ibu bapa tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Tapi di sekolah rendah, terbalik pula! Di sekolah yang bakal kakak iman masuk darjah 1 ni siap dah sediakan senarai buku kerja wajib! Dalam hati mama, untung cikgu2 sekolah tu.... Mama juga dah google soalan Linus untuk kemasukan kelas tahun 1, kalau boleh biar kakak iman dah biasa dengan soalan dan dapat masuk kelas pertama. Pada mama biar dapat nombor banyak dalam kelas pertama berbanding dapat nombor 1 dalam kelas hujung. Bagi ibu bapa yang juga guru tentu faham... kelas hujung tu macam mana, baik2 anak kita nak belajar jadi tak dapat belajar! Sebab tu le mama google soalan linus tahun 1 dan latihan dari buku macam dalam gambar. Bagi ibu bapa yang 'risau' tak menentu anak2 bakal masuk tahun 1 tahun depan, jom pakat google linus dan beli buku tuh... semoga ada manfaatnya kan,..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Petrosains Memang hebat...

Setelah puas menggoggle kehebatan petrosains, akhirnya dapat juga mama mengalaminya sendiri semalam...

Sebenarnya banyak lagi gambar menarik sepanjang penerokaan kami di Petrosains. Pendek kata, kehebatannya tidak dapat dirasa hanya dengan pembaca pengalaman orang lain, tetapi harus merasainya sendiri. Tambah2 lagi tiket masuk berpatutan iaitu pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak2 ialah rm 30 plus 1 kanak2 rm 5 ialah hanya 35 hengget berbanding p kidzania yang jauh lebih mahal tetapi tidak semua stesyen boleh dialami oleh kanak2 3 tahun baya yeya. Bukan nak promote mana2 dan nak memburukkan sesiapa tapi bagi yang setiap sen yang dikeluarkan tu dapat pulangan berbaloi, tambah2 bagi yang kepadatan poket agak kurang macam mama, pilihan terbaik ialah Petrosains. Semua aktiviti bokeh dilakukan oleh setiap golongan tak kira kanak2 ataupun dewasa. Dari mula2 naik gondola yang membawa kita jauh ke dalam hutan hujan khatulistiwa yang penuh rahsia hinggalah kita di bawa nun di tengah lautan untuk mencarigali minyak dan kembali ke alam dinosour.. semuanya amat menghiburkan. Bila tanya kakak Iman.. best tak? Bessssssstttt.... jom p Petrossins Klcc, naik lift 'kaca' kat tengah2 tu, naik ke tingkat 4 dan kluar je jumpa... Pada ibu bapa, musim cuti ni jom la ke Petrosains.. berbaloi-baloi!
Published with Blogger-droid v2.0.10
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012