Pages

@aimaniman |

Formasi Skor Banyak : Special Tips

Demam bola semakin menjadi2... so kat sini diberikan formasi terbaik untuk skor lebih...

Terbaik tak formasinya? Semoga kita memperoleh skor terbanyak sepanjang ramadhan ini... Khas untuk semua umat Islam selamat berpuasa...

posted from Bloggeroid

Persaraan Big Boss : Berselfie meriah

Tanggal 27 Jun 2014 menandakan detik terakhir buat insan bernama pengetua ke-4 sepanjang 10 thn usia sekolah mama. Maknanya, pengetua yang berkhidmat di sekolah ni, x da yg lama..majoriti hanya 2-3 tahun sahaja!








Cuba bayangkan kalau setiap 2 tahun sekali kami terpaksa mengadakan majlis yg begitu meriah seperti ini? Rehearsal saja makan seminggu tiada pdp, belum lagi perancangan awal, rasanya 3 bulan kami terpaksa balik lambat untuk meeting! Sebab tu mama rasa tugas hakiki guru tidak terlaksana sepenuhnya. Seolah2 pengetua ni berlumba2 untuk diraikan.. mahukan majlis mereka paling gah! Entahlah, yang jadi mangsanya tentulah guru dan anak murid. Dengar kata bakal pengganti big boss kami juga bakal bersara pada 2016! Entah apa nasib kami... Bukan soal penat yang kami perbesarkan, namun perancangan dan visi pengetua tidak mungkin tercapai hanya jika perkhidmatannya tinggal setahun dua. Perkhidmatan diakhir usia juga bisanya tidak seaktif ketika mula2 terjun ke alam pendidikan. Harap2 ada pihak yg mendengar rintihan kami, jangan jadikan kami pusat penerimaan boss yang bakal memamatkan karier.

posted from Bloggeroid

Persaraan Big Boss

Pra majlis persaraan big boss..











Inilah guru, mengajar boleh, menguruskan majlis apatah lagi. Pagi mengajar, sampai ke dinihari pula kami sambung kerja untuk memastikan majlis berjalan lancar. Pendek kata, semua benda guru boleh... Ini baru gambar pra, nantikan gambar post majlis pula yg lebih gemilang.. Sepanjang 7 thn di klang nih, dah 3 pengetua silih berganti. Kalau nak dilihat majlisnya dan hadiahnya begitu gempak, tertanya2 pula bila guru cabuk biasa macam mama bersara nanti diraikan ke? Sebenarnya itulah resam dunia kan, yang berjawatan disanjung ditatang, yang 'kecil' hanya ibarat sebutir pasir di tengah lautan... Teringat kisah mak dulu2, time persaraannya, dia x datang ke sekolah kerana dia tahu dah apa yg bakal berlaku... Adakah peristiwa lama bakal berulang atau dalam meniti saat persaraan berpuluh2 thn lg, mungkin memori indah bakal terukir? Entahlah....

posted from Bloggeroid

Melaka, Mu tunggu Aku Datang...

Melaka, mu tunggu aku datang ye...





















Cuti sekolah dah 2 minggu berakhir, baru sempat nak upload gambar2 ni. Kalau orang lain bawa anak ke oversea, mama cuma mampu membawa mereka bersiar2 di Melaka. Almaklum, cuti abah tak sama dengan cuti mama. Jadi, on de way balik kampung, singgahlah sekejap di Melaka yang kali terakhir mama p pada 2006, time tu kakak Iman pun blum ada! Kali ni baru ada peluang nak berjalan-jalan walaupun sekejap. Walaupun tak berapa nak best, tapi anak2 tetap rasa seronok, tengok je le wajah ceria anak-anak mama tercinta. 

Peristiwa sebelum ramadhan 2014

Macam2 peristiwa yang tak dapat diterima akal berlaku saban hari dalam rakyat Malaysia menghitung masa untuk menyambut ramadhan.,,




Masa melihat kisah oku yang diabai oleh ibunya, mengalir air mata mama. Bukan ibunya sahaja yang harus disalahkan kerana tidak menyayangi anak, namun pada mama tuntutan kehidupan sebenarnya yang memaksa siibu bertindak kejam. Nampaknya, jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin di Malaysia semakin meluas sehinggakan golongan miskin terlalu daif sedangkan golongan kaya semakin berkuasa. Mama takut kedaifan seperti di Indonesia turut berlaku di negara kita jika keadaan ini dipandang sebelah mata. Takkan tiada jiran, takkan tiada wakil rakyat yang dipilih, takkan tiada siapa yang tahu, takkan tiada sesiapa yang terhidu masalah ini? Inilah Malaysiaku yang dianggap aman, prihatin dan penyayang???

posted from Bloggeroid

Selamat Hari Bapa, Abah...

Selamat hari bapa buat semua abah terutama buat abah mama dan abah anak2 mama...









Sesungguhnya, tanpa abah tak mungkin mama akan jadi seperti hari ini. Terima kasih abah kerana dengan sabar mengajar dan mendidik mama. Terima kasih juga kepada abah anak2 mama kerana menjadikan mama insan yang bahagia dengan anak2 yang comel, bijak dan keletah. Tanpa mereka bergelar abah ini, siapalah mama pada hari ini... Sesunguhnya abah merupakan insan istimewa buat mama...

posted from Bloggeroid

Cara membuat Kamera Lubang Jarum

Kamera lubang jarum? Kalau tak tahu, sila google ye apa benda kamera ni...









Hari tu semasa menghadiri bengkel kertas 2 bahasa melayu spm di MSU, mama sempat meninjau2 pameran yang diadakan oleh student msu. Antaranya tentang pembuatan kamera lubang jarum ni. Rupa2nya simple je cara nak hasilkan kamera tu dan boleh dijadikan aktiviti menarik kelab fotografi. Kos bahan pun murah, antaranya kotak kitar semula, kadbod berbentuk silinder(silinder tisu dapur),kertas minyak, selotep dan yang paling mahal ialah kanta pembesar. Cara nak buatnya, bolehlah ikut step dalam gambar tu. Tapi serius, memang mudah nak menghasilkannya tau.. Kalau nak ilmu yang lebih lagi, sambil menjamu mata melihat keistimewaan msu, pihak msu memang mengalu2kan lawatan dari mana2 sekolah. Jom buat kamera lubang jarum?

posted from Bloggeroid

Download Buku Rekod Mengajar Online....


Tentu ramai rakan guru yang berhijrah daripada menulis BRM kepada menaip dan menghantar BRM menggunakan sistem fail.  Namun begitu, tentu macam-macam format BRM yang ditaip kan? Di sini mama nak berkongsi format BRM seperti BRM original, jadi rakan guru boleh menghantar BRM menggunakan sistem fail tetapi format saling tak ubah seperti BRM konvensional!
Puas menggoogle... print nanti tau le cam ne BRM sistem fail nih 
BRM dulu-dulu

BRM Online download di sini 


Sebenarnya kita ucapkan kredit pada kawan mama yang sudi berkongsi ilmu dan kemahiran serta kerajinannya supaya semua guru dapat menghantar BRM menggunakan sistem fail tetapi serupa seperti BRM asal. So apa lagi, klik dan download la link tu ye....

Rahsia Google Drive 


Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. Cuma satu problemnya, apabila printer rosak, habis ink atau laptop jem, atau elektrik tak der... terpaksa lee tak hantar BRM! 


 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012