Pages

@aimaniman |

Raya 2014 : Queen of Pearl Club

Alah membeli menang memakai...











Tahun lepas beraya dengan hajra.. tahun ni beraya dengan ph pula dan terus menjadi queen of pc! kalau tahun lepas, mama kena borong 10 helai baru dapat harga rm50 sehelai dan hangus rm500 untuk hajra, tapi tahun ni, mama hangus rm450 lebih hanya untuk 4 helai je ph! tu pun sbb ada disc 30%, klu tak?... mula2 mama ikut2 je p butik ph kat seksyen 7 shah alam tu, tapi sekali kaki melangkah ke dalam, dan sekali mencuba, hati terus terpikat. patutlah orang kata alah membeli menang memakai, coz sesiapa yang sudah memakainya mesti akan buat koleksi! pd mama ph ni ok le, tone warnanya memang memikat, labuh tudung pun x le singkat sangat dan yg penting selesa, ngam2 kat muka. pada sesiapa yang duduk area shah alam, klang mcm mama, jom buat kad dan jadi queen of pc, kita akan dapat discount 30% utk 1 tudung n tudung2 lain disc 10% setiap bulan n bulan birthday plak disc 30% tuh tok 4 tudung! nampak gayanya disember ni mama boleh menjala 4 le! lepas p menjala di ph, p plak gulatis kat area situ juga utk cari lycra yg matching utk dibuat baju. kan bijaksana tu namanya? sebut pasal lycra, lycra gulatis lebih elegant coz designnya x macam lycra asli yg banyak dijual di jakel, pendek jata orang tak tahu yg kita ni memakai lycra pun! harganya pula kalau di gulatis ni kena bijak menawar coz depa letak mmg mahal, tapi geng mama mmg boleh dapat rm 12 semeter untuk yg tak de batu n rm16 semeter tok yg berbatu... so selamat bershopping di mahligai shopping seksyen 7 shah alam...

posted from Bloggeroid

AidilFitri di Sungai Pahang






Keistimewaannya? Tentulah patin sangkar khas dari Sungai Pahang. Kata suami patin liar lagi manis dagingnya, tapi patin sangkar pun kira ok juga le coz rasanya memang berbeza dengan patin bela yang ada di Klang. Patin sangkar Sungai Pahang ni kulitnya je putih berkilat banding patin Klang yang hitam. Patutlah encik suami x mahu makan kalau dijamu patin klang, berbanding patin sangkar hasil air tangan bondanya. Anak2 pun makan 3 kali tambah! Memang berbeza sungguh beraya di Sungai Pahang. Cuma anak2 kena didedahkan dengan adab sopan sikit. Almaklum, budak2 kecil ni mana pandai nak menipu berbanding orang tua yang hampir plastik je ,.. Selama ni masa kecik, masih belum pandai merungut ... mama x sedar pun 'kebijaksanaan' anak2 yg boleh memalukan orang tua. Apa taknya, ketika masuk ke toilet neneknya, sianak bertanya dengan nyaring.. "mama, knapa bilik air nenek kat luar, knapa bilik air nenek sini x sama macam kat rumah kita, knapa x sama macam nenek mama, nenek abah tak kaya ya? " Tersipu2 mak mentua... Moralnya, anak2 bukan saja perlu diingatkan agar salam cium tangan apabila beraya, ucap terima kasih apabila menerima duit raya, malah perlu dilatih agar menjaga perasaan orang lain, dilatih agar menjaga tutur kata.., Tapi persoalaannya, perlukah anak2 dididik agar menjadi 'plastik'?

posted from Bloggeroid

Ahlan Wa Sahlan Pengetua Baru 2014

Dia kata, sudah 4 tahun menjadi pengetua. Biarlah.. dalam hatiku. Haa.. 4 tahun jadi pengetua dan ini sekolah keempat? Kesian dia.. Tapi dia mahu bersara di sekolah ini! Bermakna 2016 akan ada satu lagi majlis persaraan pengetua yang hebat macam nak menyambut menantu. Bermakna 2016, sekali lagi kami bersengkang mata membanting tulang memeriahkan majlis persaraan boss. Beruntung atau bencana? 

bersabar menanti

Menanti lagi

sejambak bunga tanda mengalu-alukan kedatangan

bersalaman

bersalaman lagi

mesra

berkenalan

berkenalan lagi

Penanda hormat

dia disambut penuh mesra

Inilah tempat duduk kami... 

Tugas pertama - menyampaikan hadiah kelas terceria menengah atas.. yang pasti kelasku!

Kelas terceria menengah rendah

Bersama PK Pentadbiran melawat sekolah

Kadang-kadang tertanya-tanya juga, apakah motif KPM menukar-nukarkan pengetua saban tahun. Sebarang misi dan visi pengetua yang sering bertukar-tukar sekolah memang pasti tidak mungkin direalisasikan. Bukan sahaja kesian terhadap pengetua, tapi yang lebih utama, kasihanilah kami guru-guru dan anak murid yang pening dengan karenah birokrasi pihak atasan. Apalah salahnya jika pengetua di'biarkan' merencanakan visi dan misinya tanpa di'ganggu' oleh mana-mana pihak. Yang peliknya, guru-guru yang memohon pindah untuk mengikut suami dipandang sepi, tapi sibuk pula 'mereka' menukarkan guru yang sudah 'selesa' dengan persekitaran sekolahnya. Secara logiknya, patutkah pengetua yang bakal bersara lagi 2 tahun ditukarkan ke sekolah baru? Entah apa hasrat mereka... kasihanilah kami, bukan merintih hanyalah bertanya...

Bertuahnya Sharifah Aini

Innalillahiwainnaillahirajiun... beliau pergi pada bulan yang mulia, ditambah lagi kemuliaannya apabila sembahyang jenazahnya diimamkan oleh anaknya sendiri!

Apabila melihat Astro Awani pagi tadi, kisah Sharifah Aini disingkap buat pengetahuan ramai. Bukan mudah menjadi artis pada zamannya, menurut Hail Amir, artis tak ramai tapi pendapatan mereka tidak seberapa seperti artis zaman sekarang yang boleh mengumpul kekayaan! Sharifah Aini pernah hanya di bayar 7 cucuk sate hasil nyanyiannya! Beliau juga arti yang rajin memperbaik diri, sewaktu wawancara dengan syd faradino beliau menyatakan bahawa beliau menyambung kelas malam di UM dan beliau tidak malu dengan broken Englishnya kerana beliau mempelajarinya. Rumahnya yang besar dan mempunyai banyak bilik pula dikongsi dengan 40 anak angkatnya!Wow... bertuahnya Sharifah Aini kerana melabur saham akhirat begitu banyak! Dah le Aliff buah hatinya lepasan Uni Madinah, mengimamkan solat jenazahnya dan yg pasti saham akhiratnya yg tak bakal putus.,, Bertuahnya Sharifah Aini!

posted from Bloggeroid

Realiti Suami Isteri Modern..

Cuba cermin diri masing2, kita kategori suami isteri tang mana?


posted from Bloggeroid

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012