Pages

@aimaniman |

Ambang Kemerdekaan 2014

Tanggal 31 Ogos 1957, kira-kira 57 tahun yang lalu.. "Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta..." Tahun-tahun lepas hanya sambutan Pelancaran dan Penutupan Bulan Kemerdekaan sahaja diadakan, namun tahun ini ditambah satu lagi iaitu, Ambang Merdeka!.
















Meriah? Bolehlah... Kenapa mama kata bolehlah.. Tentu ada sebabkan. Majlis bermula pada 7.20 pagi! Bayangkan, pegawai di sektor lain masih dibuai mimpi dan masih terkedek-kedek menghidupkan enjin kereta, namun guru sudah memerah tenaga mengisi keperluan membina modal insan. Segala persediaan dilakukan sepenuhnya oleh guru, guru bersekang mata, guru berkorban masa dan tenaga, guru mengorbankan duit, guru menghimpunkan idea untuk majlis yang begitu besar demi membina modal insan dan negara bangsa, namun majlis hanya berjalan tidak sampai 1 jam setengah! Segala-galanya dijalankan dengan penuh ringkas, seolah-olah tiada apa-apa penghayatan. Betullah kata peribahasa, lain padang lain belalang, lain nakhoda, lainlah 'songelnya'. Dengan alasan pdp perlu dijalankan segera, kami perlu 'mengawalkan' program dan menjalankan program dengan serba ringkas!. Kadang-kadang terasa, penat belum habis, majlis pula dah selesai! Tapi, walau apa-apa pun matlamat yang ingin dicapai, semoga sambutan ambang kemerdekaan ini menjadi pemangkin meningkatkan rasa cinta terhadap bumi bertuah ini dalam kalangan anak didik kami. Semoga penat lelah ini berbaloi-baloi hendaknya..

satu persoalan..
perlukah sebuah cinta? kan cinta itu abstrak, tidak memerlukan penjodoh bilangan..
inilah bahananya jika pembuat dasar bukan pengaplikasi dasar..
malang sekali 57 tahun merdeka namun,
 bahasa kita belum lagi merdeka!


Percubaan SPM 2014 : Bahasa Melayu K1 dan K2 beserta Jawapan

Bahang peperiksaan percubaan SPM semakin hangat. Ada sekolah yang sudah memulakan peperiksaan percubaan SPM dan ada sekolah yang baru memulakannya pada minggu ini.  Sekolah mama, semalam baru saja bermulanya PPC 2014 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2. PPC ni bolehlah diibaratka seperti medan hidup mati bagi calon SPM, oleh sebab itu tidak salah jika kita bacakan 'talkin' buat mereka, supaya mereka beringat dan peka dengan peperiksaan tersebut.


asyik masyukkkk
sedut daripada Goo

Mama amat-amat berharap jika rakan-rakan guru dapat bertukar-tukar kertas PPC sekolah masing-masing, tak kisahlah sama ada PPC itu setara di peringkat PPD atau JPN atau pun hanya digubal di peringkat sekolah. Yang penting, perkongsian di sini dapat menambah koleksi PPC 2014 untuk dijadikan latihan berharga buat calon SPM 2014. Semoga usaha dan kerjasama kita membuahkan hasil dalam peperiksaan SPM kelak. 




Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.....

Cuepacs Care Card : Perlukah guru ada?







Suami kata, kan dah ada gl, buat apa medical card lagi? Itulah kata-kata tipikal orang yang bukan menjadi kaki dan tangan kerajaan. Bagi mereka, gl tuh ibarat 'ubat' bagi segala masalah. Untung orang kerajaan, ada gl, masuk wad free... Mentaliti free tetapi servis tak seberapa tu masih beraja dalam minda orang Malaysia, terutama suami. Baru tadi anak diminta admit wad minggu depan, wad kanak-kanak 2C HTAR. Sesiapa orang Klang dan anak pernah masuk wad tentu 'kenal' wad 2c htar ni. Tanya pada nurse bertugas, tak boleh request 1st class ke guna gl? Akak kena tanya doktor, lagi2 sekarang 1st klas digunakan untuk kes denggi. So, apa guna ada gl? Kebajikan dan keselesaan anak dan penjawat awam memang pasti tak terjaga. Berbeza pula dengan kakitangan swasta yang hospital swasta menjadi hospital panel tempat mereka bekerja. Mama gerenti 100% kebajikan pekerja dan keluarga terjaga. Jadi apa kelebihannya gl? Hanya rawatan dan wad free tapi nak habiskan sehari di wad pun rasa x sanggup. Bagi yang tiada medical kad terpaksalah redha.,, So, atas rasa terpanggil untuk 'memanjakan' diri dan anak2, mama pun ada juga medical kad. Kad Cuepacs Care ni x mahal, cuma rm60 sebulan dan 1 keluarga dilindungi plus insurans, cuma rm180 sebulan tapi seluruh keluarga dilindungi. Mama rasa inilah medikal kad yang paling mampu dimiliki. So bila lagi? Siapa lagi nak memanjakan diri kita kalau bukan kita? Takkan nak dok bilik bersesak2 sedangkan graduate macam kita layak untuk dilayan mcm graduate lain dalam sektor swasta!

posted from Bloggeroid

Talkin untuk Calon SPM 2014...

Kredit kepada pemilik blog  atas perkongsian ini. Mama cuma copy n paste sahaja talqin ini dengan harapan menimbulkan kesedaran kepada calon-calon spm SMKBBSS 2014 terutama murid 5B dan 5M....

Image result for pelajar cemerlang spm
alangkah indahnya jika 'dia' ni kamu....

Talkin Peperiksaan Buat calon SPM

Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS , Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS , Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS ,

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji guru-guru kamu
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama ilmu yang kau pelajari selama ini daripada mereka
Sekarang kamu telah menuju masuk ke zon peperiksaan
Kamu telah mengaku & berjanji bahawa kamu ingin ciptakan kejayaan
Dengan sebenar-benar kesungguhan & komitmen
Dan bahawasanya janji kalian itu akan dituntut
Ingatlah wahai calon-calon SPM SMKBBSS
Apabila datang kepada kamu soalan-soalan peperiksaan yang kamu nantikan
Iaitu soalan-soalan yang pelbagai bentuk,pelbagai aras,pelbagai subjek ,
maka janganlah kamu berasa gentar dan takut
Janganlah kamu merasa berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu merasa susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS , Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS ,
Wahai Calon-calon SPM SMKBBSS ,
Bahawasanya pengawas peperiksaan itu juga makhluk seperti kamu
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk didewan peperiksaan
Maka duduklah dengan tertib dan sopan
Mereka akan berkata:

mana kad pengenalan kamu?
mana pensil kamu?
mana slip peperiksaan kamu?
jangan bawa perkara yang dilarang !
tinggalkan apa yang dlarang diluar dewan !
Apakah persediaan kamu?
Semak soalan kamu dengan tertib !
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan peperiksaan 
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
matematik aku suka
bahasa inggeris pun aku suka,
Bahasa Melayu pun aku suka
Sejarah & geografi pun aku suka,
Semua subjek aku suka,

Aku tetap akan berkata ` AKU PASTI BOLEH`

Wahai calon –calon SPM SMKBBSS… tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar dalam hidupmu
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada  zon peperiksaan
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan didedahkan segala keputusan peperiksaan kamu

Insaflah & sedarlah wahai  calon-calon SPM SMKBBSS,
Bahawasanya peperiksaaan ini adalah benar
Semua Soalan peperiksaan  ini adalah benar
Pengawas peperiksaan itu adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di dalam Dewan peperiksaan itu  adalah benar
Ditanya dan disoal  segala ingatan pelajaran kamu adalah benar
matematik itu  adalah penting
Bahasa melayu adalah penting
Sejarah juga penting
Geografi pun juga penting
Semua subjek adalah penting
Pada akhirnya kami semua para guru ,ibu bapa,ahli keluarga,ucapkan selamat berjuang
Dan selamat tinggal kamu didalam Dewan peperiksaan
Semoga Tuhan akan memberi ketenangan kepada kamu
Tuhan jualah  yang berhak menerangkan hati- hati kamu
Kamu sekalian cuba-cubalah  berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menerangkan hati –hati kamu yang kelam & gelap
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berjuang dengan diri sendiri di dalam Dewan peperiksaan ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi kejayaan & kecemerlangan buat kamu
Dan mengangkat kedudukan kamu serta memuliakan diri kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya kejayaan,kecemerlangan dan kehebatan tetap menjadi milik penghuni Dewan peperiksaan ini .

Selamatkah membeli online di MyDeal.com.my?

Mama pernah membeli barang mainan anak-anak di Lelong.com, alhamdulillah dalam sehari barang tiba dengan selamat dan kami berpuashati. Hari ni, sempena cuti hari Ahad, dalam melayan rasa boring yang teramat, tangan mama menggatal lagi untuk cuba membeli secara online menerusi MyDeal.com.my pula. Selamatkah membeli barang di sini? 


siapa tak terpengaruh ooi dengan iklan macam ni...

Setelah confirmkan pembelian, kita akan dapat voucher pembelian seperti di bawah. Yang syoknya, kos penghantaran ke seluruh semenanjung percuma, maknanya kita hanya perlu membayar kos barang sahaja. Jika membeli di Lelong.com, kos penghantaran dicaj sama, kekadang kosnya tak berbaloi juga, tapi pengalaman mama sebelum ni, barang memang selamat tiba dan cepat pulak tu. Tak tahulah pula macam mana Mydeal.com.my ni, harap-harap mama tak kecewa hendaknya. Jadi, untuk langkah keselamatan, mama screen capture bukti pembayaran, segala voucher dan emel yang dihantar oleh pihak Mydeal.com.my. 

 Ini untuk anak-anak tersayang... dari RM190 tinggal RM75 jer...
mama order dinner playset

Ini untuk mama, handbag murah-murah jer, dari RM180 tinggal rm39 jer...
mama beli yang hitam

Tak sabar nak tunggu barang-barang ni sampai. Harap-harap berbaloi2 la coz barang dalam gambar tak semestinya sama dengan barang sebenar. Sebenarnya, itulah satu keburukan membeli secara online ni. Tapi sikap manusia, tidak pernah bertaubat nasuha!... Semenjak Google telan RM 300++ duit mama selepas membeli game secara online menggunakan kad kredit, mama beli lagi barang secara online! Tapi kali ini dan kali-kali yang akan datang mama tak mungkin gunakan kad kredit lagi untuk membeli secara online. Ini nasihat tau, nasihat berguna yer... Kalau beli di Mydeal ni boleh guna debit Maybank2u, sebab tu mama berani untuk mencuba lagi....

Sesiapa ada pengalaman bolehlah kongs ye...

Baraan Raya Sekolah

Tahun ini baraan raya sekolah agak meriah, hampir setiap petang ada saja guru yang mengadakan open house. Apatah lagi pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad...

 rumah mantan big boss
 antara bujang 3 di sekolah
 kami...
 jemput makan..
 banyaknya juadah...
 keluarga besar kami..
 wajah-wajah riang
 warna-warni famili kami
 posing lagi
 makan lagi dan lagi
 cak...

 alamak pusingkan kepala anda
 sodap...
 baru kenal suami masing-masing

isshhhh comel-comelnyaa...

Inilah 'wajah' kami. Kalau nak 'melihat' kami, lihatlah gambar di sini. Macam itulah kami. Tak kira yang senior, junior, pentadbir atau apa-apa sahaja jawatan di sekolah, kami boleh kamcing bersama. Malah, mantan big boss pun bersedia untuk join sama. Pendek kata, kami memang happy go lucky. Kami work smart bukan work hard untuk mengecap kejayaan. Prinsip kami, buat kerja bersama-sama, happy dan jangan tensyen-tensyen. Ada sesiapa yang jealous dengan kami? 

Surat Suami Mohon Poligami

Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!!

Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.


Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Puan,
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ket
iga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan orang ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...

---------------------
Ni surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota...

Kepada:

En. Razaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk '
mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.

3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.

5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon.

6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan 'tanggungjawab' sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yang tidak seberapa.

8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah .


Terima kasih,

"SEDIA 'BERPERANG"

* kepada yang berniat untuk berpoligami, tolonglah fikir 1001 kali kerana hargailah insan yang selama ini telah menghargai kamu dan meningkatkan imej kamu menjadi insan bergelar suami dan ayah, walhal ramai lagi insan lain yang tidak diberi kesempatan untuk menjadi ayah...


posted from Bloggeroid

Permohonan Guru Sementara di Selangor

Berminat untuk menjadi guru? Jom semak sekolah yang memerlukan guru sementara dan guru ganti di Selangor...


wajah kami diconteng
kami dijadikan bahan tawa
Walau sesiapa pun kamu sekarang, sejarah awal kamu pandai menulis membaca 
adalah daripada jasa guru kamu..

Kepada adik-adik yang berminat untuk menjadi guru, cubalah klik link di atas.  Dalam link tu disenaraikan sekolah-sekolah di seluruh Selangor yang memerlukan guru sementara dan guru ganti.  Cubalah jadi 'kami', selami dunia 'kami' baru semua orang boleh katakan tugas 'kami' mudah. 'kami' banyak cuti, 'kami' beruntung... Adakah semua dakwaan itu betul? Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, cubalah berkenalan dengan profesion 'kami' ini...

Honeymoon Raya di Janda Baik

Honeymoon special tau... 

 peac yo
 peace drpd yeya
 syami






















 jernihhh
 main sampai lebam






Memang seronok kalau ke Janda Baik. Rasa nak pergi lagi kalau ada cuti nanti. Sebenarnya bukan berhoneymoon pun, cuma menghabiskan masa santai bersama anak-anak. Kalau pergi ke Janda Baik time weekend, mama rasa perlu booking dulu chalet supaya tak menggigit jari macam mama. Walaupun banyak chalet di Janda Baik, namun untuk memilih chalet yangs esuai dengan bajet dan citarasa kita, booking dulu meng amat-amat diperlukan. Misalnya, time mama pergi weekend lepas ni, hampir semua chalet yang sesuai dengan bajet dan betul2 di atas sungai semua dah penuh. Hendak tak hendak, terpaksalah mama menginap di Riverside Chalet. Bukan tak best, tapi mama rasa tak berbaloi dengan duit yangkita keluarkan. Kalau bilik hotel cikai dengan RM120, kita boleh dapat double bed, aircond, dan breakfast namun di sini cuma ada kipas dinding, tuala kene sewa, sabun dan syampu memang tak ada, sarapan apatah lagi, tilam nipis dan memang tak best la... So nasihat mama supaya honeymoon tidak terganggu, tolonglah booking dahulu supaya ringgit yang kita keluarkan berbaloi-baloi dengan apa yang kita dapat. Nak tau entang chalet dan peta ke sana, tanya pak cik Google ye, yang penting keluar exit Genting Sempah, dan explore la sendiri keindahan flora dan fauna di Janda Baik...
 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012