Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Target soalan BM SPM 2015

Cikgu Iza | October 24, 2015 | 1 Komen |
Bahagian 2.. sambungan daripada ramalan soalan bm spm 2015 dlm entri sebelum ni...





Jom kita kerah anak2 murid kita jawab soalan2 tu, terutama soalan novel tu. Manalah tahu kan, untung sabut timbul, untung manusia siapa yang tahu...

Pada anak didik calon spm 2015.. gud luck.. tunggu tema karangan spot seterusnya ye...

Kredit kpd cikgu samat buang atas perkongsian ini...

posted from Bloggeroid

Ramalan SPM Bahasa Melayu 2015!

Cikgu Iza | October 23, 2015 | 1 Komen |
Fuiih... hot betul ni. Soalan spot ni mama dapat drpd 2 orang insan guru BM yang begitu terkenal, cikgu ghalib dan cikgu samat buang.. jom baca seterusnya..

















Isu 1,2 dan 3 yg diramalkan oleh cikgu samat boleh kita dapatkan artikalnya menerusi buku kru yg dihasilkan oleh beliau. Jadual ramalan soalan pemahaman komsas tu pula memang jelas boleh membantu. Sementara soalan spot drpd cikgu ghalib ialah ttg tema pelancongan dan kemalangam. Tapi jgn lupa, isu pelancongan telah keluar dlm spmu 2015 aritu.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. Tak salahkan jika kita meramal, tp jgn percaya 100%, galakkan anak murid supaya menelaah kesemua tajuk yang telah diajar. Ingatkan mereka agar jgn gabra, maksimumkan mssa yv ada hanya tinggal seminggu ni dan yakinkan mereka bhw mereka juga boleh!..

Angkat tangan mana2 guru yg x takut menjelang 2.11.15?

posted from Bloggeroid

HRMISONE @ HRMIS 2.0 : Hot di pasaran....

Cikgu Iza | October 09, 2015 | 0 Komen |
Pengalaman menyiapkan skt versi alaf milineum ni begitu menguji kesabaran diri mama. Tak tahulah pengalaman rakan-rakan guru yang lain. Tapi serius mama mahukan sedikit keprihatinan pihak berkenaan untuk menyediakan program yang betul-betul stabil sebelum 'memaksa' kami melakukannya. Bukan kami menolak inovasi, namun diharap inovasi yang ditagih tidak membebankan kami insan symp ni.

fuiiihhhhh menguji betul untuk login ke hrmis 2.0

alternatifnya kami ke hrmisone...

Tarikh hantar begitu cepat, kadang-kadang tak terfikir dek pemikiran yang waras. Sudahlah sukar untuk login kerana website diselenggara dan pelbagai kerenah lain seperti mula-mula PBS online diperkenalkan, line pula lembab bak kura-kura. Yes tidak lagi yes, maka para guru pun mulalah menggunakan Unifi, Umobile, Digi, Maxis, Celcom dan lain-lain menggunakan duit poket sendiri demi menghantar SKT versi baru ni. Maka bersengkang mata lagilah kami seperti zaman PBS online yang sudah terkubur tu. Maka tidur pukul 3 pagi lagi la kami dan keesokan harinya awal-awal pagi lagi sudah mencurahkan ilmu demi anak didik yang kehausan bimbingan untuk menghadapi SPM. Anak-anak kami? Ya, in sha Allah anak-anak kami akan 'dilindungi' jika kami 'melindungi' anak-anak orang lain. Itulah prinsip yang sering dipasakkan dalam diri kami walaupun dalam hati ini gusar dengan pelbagai perkara negatif yang berlaku di depan mata. 

Layakkah kami untuk mengeluh?
Sanggupkah 'kamu' melihat sengsaranya kami...
Kami tidak mengimpikan bulan dan bintang, 
hanya keprihatinan yang kami tagih kerana kami tahu betapa kerdilnya diri ini...

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com