Pages

@aimaniman |

Muat turun RPH Bahasa Melayu Alaf 21

Ada tak rakan-rakan guru yang mengalami nasib yang sama? Hari ini p mesyuarat, esok kena tukar semua!? Tanpa persediaan, tanpa masa, tanpa kudrat, kita YMP tetap akur. Kalau tak, boleh je, tapi rakan-rakan reda le dengan 'surat cinta'.. betul tak..

MUAT TURUN RPH BM ALAF 21


Mama rasa, banyak sekolah yang sudah lama menulis RPH Alaf 21 ni. Tapi ada juga yang masih belum, atau ada yang masih teraba-raba nak menulis RPH Alaf 21 ni, macam yang dialami oleh mama. Jenuh juga online, usha2 blog rakan2 guru, menokok tambah apa yang patut, dan akhirnya mama berjaya menulis RPH Alaf 21 untuk dihantar esok!. Tahniah pada diri sendiri....

Pada rakan-rakan yang mengajar opsyen yang sama dan tingkatan yang sama, bolehlah muat turun dengan klik link di atas. Mama rasa, kita sebagai guru ni kena bersatu, bukan sahaja mengadakan bank soalan, malah bank RPH Alaf 21 juga perlu diwujudkan. Cuba bayangkan kalau 1 orang guru menyumbang RPHnya untuk 1 minggu, jika kita ada 35 orang guru yang menyumbang pun, kita dah dapat RPH untuk setahun! Tepuk dada tanya selera laa...Kalau bukan kita, siapa lagi yang memahami beban dan tanggungjawab kita. Hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya kita yang tahu betapa tertekannya kita yang terpaksa menyediakan RPH seperti RPH ketika praktikum dahulu setiap hari!. Kalau semasa praktikum, ideal la idea membuat RPH panjang lebar macam tu kerana kita guru baru, kita belum masak dengan ilmu pdp dan belum 'hafal' dengan ilmu yang akan disampaikan. Kedua, kita x de beban keluarga maksudnya tiada tanggungjawab terhadap keluarga kecuali tanggungjawab untuk diri sendiri je, kerana kebanyakan guru praktikum masih single... Ketia, guru praktikum hanya mengajar sementara dan tiada komitmen lain terhadap sekolah seperti ketua panitia le, ketua sukan le, setiausaha itu ini... patutle boleh senyum je mengusung RPH panjang lebar!

Pelik mama, dalam kita warwarkan idea kekalkan hijau, tapi kita sendiri ke arah menambah penggunaan kertas! Cuba bayangkan jika 1 hari kita ada 5 kelas, bermakna kita perlu menulis 5 RPH berbeza di atas 5 keping kertas! Konon nak gunakan RPH online, tapi Frog VLE bagai hidup segan mati tak mahu. Dah tu, macam mana 'Frog' nak melompat tinggi kalau 'YES' lembap macam kura-kura? Mungkin orang akan kata, hai cikgu ni banyak sangat mengeluhnya... ok, jom gunakan YES kami untuk membuat RPH online, bersabar tak anda semua? Fuiihh...

Kalaulah RPH online diwajibkan ... agak mama bakal diwajibkan pun, maka 'gendang lama' berbunyi semula! Dulu2 ada pihak kesian terhadap guru2 yang terpaksa mengisi PBS online sehingga tengah malam kerana pada waktu itu line ok... menyebabkan PBS ditukar secara offline sahaja, nanti2 bila RPH online diwajibkan dengan kemudahan YES yang macam tu juga, dan aplikasi masih di peringkat 'percubaan' maka guru2 akan sembab mata lagi untuk ke kelas. 

Eksperimen oh eksperimen bilakah akan berakhir?
Kadang2 terfikir kenapalah 'mereka' malu2 nak menyekolahkan
anak-anak 'mereka' di sekolah dalam negara.. he he hee..

Calon STPM dan MUET dilarang Memakai Jam Tangan!

Mama cnp daripada berita ini...

Calon STPM dan MUET dilarang bawa jam tangan ke dewan peperiksaan.
Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziela@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Calon peperiksaan mulai Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2016 dilarang untuk memakai serta membawa masuk jam tangan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan.  
Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Dr Jamil Adimin berkata, larangan membawa atau memakai jam tangan ke dewan dan semasa menduduki peperiksaan bertujuan mencegah kes salah laku dalam kalangan calon.   Beliau berkata, berikutan terdapatnya alat perhubungan dan kamera yang menyerupai jam tangan mutakhir ini, calon dilarang untuk memakai atau membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.  
"Sehubungan itu, calon boleh merujuk pada jam dinding yang disediakan di bilik atau dewan peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Beliau mengesahkan kebenaran peraturan itu, ketika diminta mengulas lanjut berhubung surat pekeliling berkenaan yang tersebar di dalam media sosial.  Jamil berkata, tindakan melarang calon peperiksaan memakai atau membawa jam tangan adalah atas pelbagai sebab termasuklah kecanggihan teknologi atau gajet itu yang boleh menghubungkan dunia luar sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.
"Bagi mengelakkan perkara salah laku calon, larangan membawa masuk jam tangan ke dalam dewan peperiksaan adalah tepat," katanya yang surat pekeliling itu sudah diedarkan sejak minggu lalu. Jamil berkata, beberapa badan peperiksaan besar lain di dunia sudahpun melaksanakan peraturan yang sama.   
Beliau berkata, kegagalan calon mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan mereka didakwa melakukan salah laku dalam peperiksaan mengikut takrifan yang tertulis pada Kaedah 3 dan Kaedah 4, dalam Kaedah-kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku) 1986 bagi Undang-Undang Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 (Akta 225).



Apa pandangan rakan-rakan? Situasi ni samalah seperti kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar? Oleh sebab risau akan 'kemampuan' teknologi canggih masa kini, maka anak-anak dinafikan hak mereka untuk memakai jam tangan. Agak sinis senario ini kan... 

Itulah, negara lain dah lama mengamalkan 'open book test', malah ramai ibu bapa dah mengamalkan konsep home schooling. Namun, kita? Konon mahukan guru-guru mengamalkan konsep PAK 21, namun sistem peperiksaan masih di takuk lama! Masih menguji kemampuan daya hafalan murid-murid! Kadang-kadak produk PT3 berasa terganggu minda mereka kerana pada usia 15 tahun, mereka diuji dengan 'open book test' untuk sesetengah subjek atau lebih kepada kajian seperti subjek Sejarah dan Geografi, namun di peringkat SPM dan STPM kembali kepada konsep hafalan! Kejutan budaya juga kan kalau anak-anak diuji sedemikian rupa? Masuk ke Universiti pula, segala-galanya yang dihafal tu kurang digunakan kerana adanya konsep kajian lapangan bagai, tapi apabila lepasan Universiti ni melangkah semula ke sekolah untuk mengajar anak-anak murid, mereka terpaksa kembali 'menyuap' anak-anak tu untuk mampu menghadamkannya dalam peperiksaan! Kesian kan kita? 

Hari ini, nasib malang menimpa jam yang tidak boleh dipakai, esok lusa mungkin nasib cermin mata yang dilengkapkan dengan aksesori canggih pula tidak dibenarkan dan akhirnya, kemudahan wifi pula ditamatkan di sekolah semasa peperiksaan! Biarlah labu,.. kekadang terfikir sampai bila guru-guru dijadikan alat untuk mengeksperimen anak-anak bakal pemimpin masa depan Malaysia tercinta ni..






  

Download Teka Silangkata Novel Tirani dan Leftenan Adnan : Percuma di sini

Pening memikirkan nak mengajar apa esok? Murid-murid kurang mood nak belajar? Cikgu2 syok sendiri di hadapan kelas? Murid2 x berminat nak membaca novel? Jom kita ubah pendekatan mengajar novel dengan teknik bermain... main teka silangkata.

Image result for download software eclipse crossword

Dah download dalam laptop ikut saja step yang dia suruh sampailah akhirnya kita boleh print teka silangkata tu. Tapi nak bina teka silangkata tu kenalah rujuk nota, nak mudah buat 2 paparan, sambil rujuk nota sambil buat teka silangkata. Kalau nak lebih faham, rujuk gambar ye..


dah download, klik la icon eclipse cw tu dan taiple macam dalam gambar

 tambah le seberapa banyak soalan dan clue, tekan add list.. dah puas hati tekan next dan save

 tekan next an next jer sampai le terpapar teka silangkata yang kita nak

lepas tu print le, esok perbanyakkan dan boleh digunakan dalam kelas

Mudah kan? Hanya tepuk dada tanya selera dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan... Moga-moga sedikit usaha ni mampu menarik minat anak2 murid mama untuk belajar novel. Bukan mudah tau nak menarik minat mereka, kena berusaha sebaik mungkin ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut x putus, tepung pula x berselerak.. almaklum.. budak2 ni kalau diajar dengan marah2 mereka tak mau belajar, malah memberi tekanan pulak pada guru2, akibatnya SPM merudum. Jadi guru kena masuk dalam dunia mereka, jadi kawan2 mereka, belajar dengan mereka dan akhirnya situasi win win akan wujud, in sha allah...

Mama dah buat 3 teka silangkata untuk digunakan time komsas minggu hadapan. Rakan-rakan guru yang nak share bolehlah klik link di bawah ye.. Satu lagi, leka2 le daftar Google Drive kerana banyak bahan boleh dikongsi secara maya selain kita x perlu meyimpan bahan dalam external hd atau pendrive atau thumbdrive yang sah2 ada virus jika cocok di sana sini. Jadi jom ubah.. jom Google Drive...

Teka silangkata Tirani
Teka silangkata Latar Tirani
Teka silangkata Leftenan Adnan

Jom kongsi bhaan ye kawan2.... sama2 kita buat .. sikit lama2 jadi bukit...

Website Nuffnang kena Hack lagi?

Apabila mama google, banyak berita tentang ni dah dipost tapi semua entri dah lama. Tak ada entri terkini, so nuffnang mama je ke yang problem? 

Nuffnang kena hack oleh Melvister.com

Nuffnang kena hack oleh Ariffshah

Tapi yang berlaku pada Nuffnang ni tahun ini dan saat ini, jadi adakah Nuffnang di hack lagi? Fuiih, tak selamat juga ye website yang femes ni. Kawan2 menerima nasib yang sama atau masalah ni cuma masalah mama je?

haa cam ni.. bila klik nuffnang.com

entri yang dah lapuk

Mama meng google untuk mendapatkan masalah tentang Nuffnang ni. Tapi nampaknya masalah ni cuma mama yang hadapi. Ada yang rakan2 blogger senasib dengan mama, jika ada apa solusinya ya? Nak juga chek duit mama dalam nuffnang tu, entah2 dah ribu riban rupiah?

pernah join forex, duit lesap bila website kena hack!


Koleksi BBM Percuma

Rakan-rakan guru sedang kekeringan idea nak menghias kelas atau bilik khas, sedangkan cuti dah nak habis? Jangan risau, kerana banyak sumber yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan idea dan bahan yang semestinya percuma!



Sebenarnya banyak grup dalam FB tu yang boleh membantu kita untuk menyerikan kelas n bilik khas masing2. Cuma, kadang2 grup BBM ni dah condong ke arah grup bisnes, almaklum mereka kreatif, jadi kreativiti tersebut dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan.  Tapi, jangan risau kerana masih banyak grup yang free, jadi cari yang free je le kan.






















credit untuk rakan2 maya.. fb dan telegram

Kesemua bahan ni mama dah muat turun dalam laptop, tinggal nak print dan laminate kemudian tampal dan selesailah kerja.  Semudah tu ke.. memang lah tak tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tentang kos? Tak pa, kita memberi tentu suatu masa nanti kita akan merasa... betul tak? So apa lagi, right klik, copy gambar n kumpul dalam folder kawan2. Naik cuti nanti p print.. gerenti jadi kelas terceria minggu ini!


Nak lagi? p le ke link kat atas tu, berbaloi2 atau search je BBM FB...
Ok le selamat menghias kelas dan bilik khas
Gua caya sama lu la lau ser...





Kalau Tambah Cuti ..

credit HM

baca di sini kalau tambah cuti


Kalau tambah cuti lagi... Mama rasa :
1. Semua orang akan marah cikgu
2. Semua orang akan kutuk cikgu
3. Semua orang akan maki cikgu
Maka...
Cikgu-cikgu pun akan bertambah2lah pahala pecuma.. yee
Sebenarnya mentaliti warga Malaysia ni perlu diubah terhadap tugas guru ye...
1. Tugas guru bukan setakat mengajar di bilik darjah
2. Tugas guru meliputi tugas A - Z, tugas di bilik darjah tu hanyalah tugas A yang tidak dapat dilakukan ..kalau tambah cuti..
Sebenarnya, kalau tambah cuti, macam tambahan cuti akibat jerebu dulu-dulu tu...
1. Cikgu tetap ke sekolah tau...  buat bbm untuk PAK1 guna duit sendiri, hias bilik khas, siapkan dokumentasi, dan 1001 macam lagi tugas selain mengajar
2. Cikgu2 tetap ke sekolah cuma anak-anak murid je yang x p... x caya? cuba check ke sekolah.. ada bran? 
Okey lah, sebenarnya guru-guru dalam dilema sama ada nak sambung cuti atau bersekolah macam biasa coz program dalam takwim tetap berjalan macam biasa dan peperiksaan tetap akan dijalankan pada November nanti.  Kalaulah semua orang berasa yang cikgu2 ni suka bercuti, memang lah betul kami suka time cuti kerana time cutilah kami dapat buat macam2 di sekolah dengan tenang... bukan buat kerja sambil jadi baby sitter kebanyakan anak zaman sekarang. Harapkan umur saja sudah menjangkau belasan tahun, tapi sikap jauh lebih rendah daripada umur sebenar. 

oppps tersedak mungkin anak2 form 5M mama... sorry
opppsss jom bercuti di bilik MBMMBI sambil mengecat, alamak tingal 3 hari lagi sompatke siap ni???



sapa kata cikgu cuti time cuti...

sapa kata anak cikgu bercuti time mama dia cuti?

Manjakaki : first time memanja-manjakan diri

Manjaaaaa.. bila lagi nak bermanja-manja kan? Asyik tengok iklan manja tundukkan playboy itu je.., kekadang terasa juga nak mencuba memanjakan diri. Sebenarnya, dah lama nak ke Manjakaki ni, tapi x tau la kenapa tadi terdetik untuk pergi. Mungkin kerana tensyen tugas untuk menceriakan bilik MBMMBI tanpa guna sebarang kos, menyebabkan mama pun 'mengenakan kos' tu dengan memanjaaaaa kan diri...









Fuiih... sakit juga time kena urut tu. Puas tukang urut berbangsa seberang tu ter ek ek ek.. buang angin, mama steady je x berbunyi pun! Terasa sapa sebenarnya yang berangin ek? Sakit tau kena urut ni, tapi lepas berurut memang confirm ringan melayang2 badan tu. Rasa menyesal kerana selama ni x mau bermanja2 di Manjakaki. Kalau x confirm kalau bukan kaki x lenguh, kepala otak pulak lenguh tengok duit lesap. Apa taknya, sekali bermanja selama 60 minit, rm53 melayang. Memang pandai kan orang sekarang cari duit, cuma yang tak mau cari duit je yang x da duit...

Cerita bab duit ni, rasa geram plus hot juga kerana puas mama meminta bantuan, dah buat kertas kerja bagai untuk memohon bantuan menceriakan bilik khas di sekolah, namun 'depa' kekal mendiamkan diri, tapi bila bab menyindir bilik x ceria, 'bijak' betul mereka bersuara! Kalau arahan beserta barang atau arahan beserta modal, saat tu juga mama bergerak... tapi kenapa mama kekal membatu sampai bulan 3 ni? Haa, betul, coz arahan mereka cuma dengan ayaq liuq! Depa pikiaq ayaq liuq boleh ganti duit ke? Last sekali sebelum cuti haritu, mama terima wassap, 'bolehlah ceriakan bilik cuti ni..' Haaaa? Duit datang bergolek ke time cuti? Tak pa, duit poket mama masih banyak, mama terima derma dot dot dot, mama boleh buat semuanya, mama boleh tukar bilik stor jadi bilik pengantin hanya guna jelingan mata je! Betul,.. tadi mama jeling je kat nyonya kat nagoya tu, tup tup 30 meter kain dimasukkannya ke dalam beg mama! Lepas tu, jeling2 plus senyum2 je, apek ni pulak masukkan 3 tong cat ke dalam bonet alza! Wow, tu le kuasa 'senyuman' dan 'jelingan', kerja lain x mampu buat tu semua, cikgu je mampu. Arahan dengan ayaq liuq boleh menggantikan duit... sapa nak belajar dengan cikgu?

Orang lain bijak cari duit time segala2nya memerlukan duit dan nilai duit semakin mengecil ni, namun kami, cikgu ... me'nabur' duit semoga kami dapat kutip butir2 permata pahala di Sana nanti, in sha allah. Hanya harapan itu yang boleh menghiburkan hati mama, tapiiii... semua resit drpd nyonya nagoya dan apek kedai cat mama simpan dalam handbag, moga2 terbuka hati mereka untuk menggantikan semuala duit mama... aminnn....

posted from Bloggeroid

Dokumentasi Minggu Bahasa 2016 : muat turun free


Janji dicapati? Tak, mama kalau janji akan ditunaikan, in sha allah... Hari tu, dah belanja pic pelancaran, pic Ujana Buku DBP dan pic AdaP Berita Harian, jadi hari ni mama belanja pic majlis penutup..


Explorace

Pementasan Drama Aku Bukan Gila

Nyanyian

Majlis Penutup

Penyampaian Hadiah oleh PK Koku dan GKMP Bahasa...

Kepada rakan2 guru yang ditugaskan sebagai ajk dokumentasi, bolehlah jadikan dokumentasi ini sebagai rujukan. Boleh cnp tapi jangan lupa tukar nama ajk, nama sekolah dan tarikh ye... Almaklum, mama selalu terkantoi kerana cnp tanpa menukar nama! Tapi boss sporting,.. asyik2 kena sindir 'kuat minum kopi'!.. Alaaa... kita kan sibuk, so work smart ye...



Program Ilmu Gerhana Matahari di Sekolah

Memang betullah sekolah mendidik orang menjadi manusia... Memang benarlah guru arkitek membangunkan 'orang' menjadi 'manusia'. Mama terfikir, jika di rumah, anak2 dapat tak ilmu dan pengalaman tentang gerhana matahari ni daripada ibu bapa?









Di sekolah, pagi tadi proses mengilmukan murid tentang fenomena gerhana bermula dengan solat hajat gerhana matahari, selepas itu khutbah gerhana matahari, diikuti sketsa tentang proses berlakunya gerhana dan akhir sekali murid dididik teknik sebenar 'melihat' gerhana matahari. Terfikir dalam fikiran mama, jika di rumah ilmu sebegini mampukah diberikan oleh ibu bapa? Sebenarnya, ilmu ni boleh diajar hanya di dalam kelas-kelas sains atau oleh cikgu agama di kelas2 mereka, namun ilmu tanpa proaktikal tidak mungkin berjaya diserap masuk dalam jiwa anak2 kita. Justeru, berterima kasih lah dengan sedikit pengorbanan guru yang berusaha untuk 'memanusiakan' anak2 kalian. Walaupun tugas ini dianggap jauh lebih mudah daripada usaha pakar bedah menyelamatkan nyawa di dewan bedah, namun doktor hanya mampu menyelamatkan 1 atau 2 nyawa pada satu2 masa, namun usaha 'mudah' guru ini mampu menyelamatkan '1000' anak kitaada satua2 masa.. percayalah bahawa usaha mudah ini tidak semudah yang disangka..

posted from Bloggeroid

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012